Monday, February 8, 2010

i'm off

akan berangkat ke tempat yang dinamakan sinai dan dahab untuk 3 hari.
packing tak siap lagi. sungguh last minute.

doakan selamat perjalanan pergi dan pulang.
dan semoga pendakian ke puncak sinai akan dipermudahkan.
semoga bertemu shooting stars along the way up to the peak.
tak sabar nak tengok sunrise kat puncak gunung. ;)

suhu macam negative-negative je bila tengok forecast. belum ditambah dengan angin menderu-deru kuatnya. semoga tak beku lah.

later!

kita hanya mampu merancang


konon je lah kan niat di hati nak teman je roomate yang nak cari satu benda je kate carrefour tuh. tapi....

lihat sahaja lah hasil kami pada hari tersebut.

ha ha ha


Sunday, February 7, 2010

super busy day

hari ini memang plan penuh. bangun pagi-pagi buta selepas subuh tak tido dah dengan suhu di luar 6 degree memang memeritkan untuk keluar. plan hari ini ke Book Fair di cairo! Gamble menaiki tramco dari Mahattah Masr (Egypt Station) yang pada mulanya lansung tidak ketemu tramco ke cairo but lucky enough bertemu seorang makcik yang juga ingin ke cairo lalu kami pon follow je lah makcik tuh. sangat baik yeh makcik tuh memastikan kemaslahatan kami semua. thanks makcik! pelbagai telatah arab aku dapat tengok walaupun pagi-pagi buta. rupanya ramai gila nak pergi ke cairo dan masing-masing berebut-rebut apabila tramco sampai. fuh. setelah beberapa ketika keadaan agak reda, tak lah ramai sangat dah. bila tramco dah penuh dan dah bergerak sikit, pakcik driver cakaplah tambang 22LE tapi tiba-tiba ada sorang makcik ni berkeras cakap sepatutnya 20LE je. last2 makcik tuh turun dan terpaksa lah sorang lagi penumpang untuk memenuhkan tramco tersebut.

ketika dalam perjalanan, baru je pon bergerak, tak sampai berpuluh kilometer lagi. tiba-tiba bunyi sesuatu seperti letupan. aiyoh. apakah? rupanya tayar tramco meletup(?) whatsoever. 15 minit juga lah berhenti tepi jalan untuk pakcik driver tukar tayar. nasib baik ada lelaki melayu menaiki tramco yang sama. so tak lah cuak sangat. sebenarnya takde ape pon. kemudian perjalanan bersambunglah ke cairo dengan selamatnya. ;)

sampai je terus ke Maarad Kutub tersebut. call Yana dulu nak makesurekan berapa tambang teksi dari Ramsis biasanya. untuk memastikan ketidak-kena-tipu-an oleh pemandu-pemandu teksi. heh.

sampai ke Maarad Kutub masuk kene bayar Segenih. Segenih untuk dapat tiket dan akhirnya masa nak masuk orang yang jaga tuh amik tiket tuh dan koyak dan buang dalam tong sampah. penuh satu tong sampah besar tuh dengan tiket yang berkoyak sahaja. apekah? baik tak payah bagi bende tuh, bukan boleh simpan buat kenang-kenangan pon. T____T hahaha. diam ah. first time aku pergi Book Fair tersebut taw.

berjalan lah ke sekitar booth-booth yang rasa-rasa ada buku medik. mahal la jugak, dekat kedai buku kat alex nih rasa nya lagi murah kot. serius. ke sebab kitorang tataw mane tempat yang menarek untuk membeli? hahahaha. lebih kurang je kot harga.



i bought myself some non-medical stuff which actually that's what i'm looking for with a reasonable price compared to outside. ;)



bila dah bosan-bosan dan penat berjalan tak henti lalu kami pon berkeputusan untuk pulang. Cairo nih memang terkenal dengan kejammed-an dan keserabutanya. serius pening kepala. nak pergi ke ramsis yang lebih kurang 6-7km pon berejam-rejam lah jugak. fuh. pulang juga menaiki tramco. penat duduk berejam-rejam. haiyoh.

then sampai kat alex around 830pm. tahan teksi terus balik rumah. berehat kejap, sambil berchatting ngan membe yang bertanya pasal ipod touch, sorry cant help you much. kemudian mereply email makcik pasal ubat-ubatan, haha baru nak reply kan.serius seblum nih asik terlupa je. T___T she complaint of some side effects tho.

kemudian perut berdendang sayang lah pula, teringin nak makan something soupy .oh tiba-tiba teringat baguette yang beli kat carrefour semalam. sedapnya kalau buat garlic bread! tak pon makan dengan mushroom soup. nyum! haruslah beraktiviti esok nih. eh sambung tadi, teringin nak makan something soupy, lalu membuat keputusan untuk membuat bihun tomyam untuk diri sendri dan housemate yang kebulur walaupun dah melantak makanan. start masak pukul 10 pm. sumbat-sumbat je bahan yang ada kat peti ais akhirnya siap! haha.

makan dengan gembira sambil menghabiskan reply email makcik. bila dah kenyang berehat sat. mandi dan basuh baju. dan sekarang blogging. 131am. lenguh kaki. but for sure lah susah gila nak tidur sebab kaki lenguh. yeah, itulah aku. kalau seharian berjalan tuh memang akan sakit kaki dan malam sepenat manapun mesti susah nak tidur sebab kaki sakit melampau-lampau. haih.

ok cuba untuk tidur, kat tramco pon dah tidur sepanjang perjalanan tadi. hilang dah sikit kepenatan tuh. huhuh.

okai, nite!

Saturday, February 6, 2010

conversation

boleh tak teman saya gi carefour hari ni?

boleh jeee, bile?

tak kesah je. lepas pegi bank ke nanti.

okai jommm. saya nak beraktiviti nihh. takut je kena DVT (read: deep vein thrombosis) bedridden lame sangat.

hahahaha. tengok la ada calf muscle tenderness ke tak.

nih baru nak squeeze calf muscle la nih. hahaha.



oh btw, my left legs feels numb when i try to stand up. oh my, tingling sensation, aku ada diabetis mellitus ke nih?hahahhaa. gila ke kau? tuh normal la setelah berkurun tak jejak kaki ke tanah. paham?



just a nonsensical rambling. ignored is the best thing to do. ciao.

ps: itu rumet lah

second day of holiday


night of the future daripada camera gabak sape entah.
terasa dah lama tak masukkan gambar. bosan lah asik tulisan je kan.

misi hari ini: pergi ke bank.

muahaha.
Posted by Picasa

Friday, February 5, 2010

winter break

happy hols to all. untuk pengetahuan kepada yang tak tahu, mulai hari ini aku start bercuti winter break selama 2 minggu. :D

ramai sudah meninggalkan bumi alexandria ini menuju ke destinasi masing-masing. ramai yang pulang ke malaysia, rakan sepembelajaran kini susah pon menjejakkan kaki di rome yeh untuk eurotrip mereka, seorang housemate sudah berada di bumi jordan, beliau pula akan berangkat ke london petang ini. maka tinggallah aku terkapai-kapai di alex ini.

tahun ini cukuplah menjadi local tourist di mesir ini. misi ke puncak sinai haruslah dilaksanakan. itu impian aku sejak sampai sini taw. tak berkesempatan sampai lah tahun ini. tolong jangan gelak yeh.

masa aku dok bersemangat waja nak menaip tiba-tiba blackout lah pulak. lepas tuh dah teringat nak sambung blackout untuk kali kedua. dan bila baru bukak blogger.com untuk edit kali ke tiga dan publish blackout lagi. ohhhh. tak aku cool je. tapi agak sengal lah juga ye.

selain misi menakluki sinai, aku juga mempunyai misi untuk ke PESTA BUKU ANTARABANGSA (?) yang memang tersangat lah famous di mesir. ok korang boleh lah gelak sebab aku memang tak pernah lansung berpeluang ke book fair tersebut. selama tiga tahun berturut-turut winter break adalah bersamaan dengan study leave untuk final exam. jadi bagaimana pula aku hendak berpoya-poya ke cairo sedangkan buku bertimbun-timbun untuk dibaca? lucky enough, tahun ini cuti winter break adalah cuti! lepas cuti nanti seminggu kelas dan osce dan study leave dan exam final. tapi dengan keadaan sekarang agak-agak aku berjaya tak pergi bookfair tuh tahun ini? haih. semua orang pon bermalas-malasan di rumah dengan alasan takdak duit. haiyohhh. aku nak pegi weyhh. tengok lah esok cane.

sinai on 9,10,11 hb. lambat lagi pon. ok sekarang dah terumbang-ambing kebosanan sebab takde org online kat skype ha ha ha tak tau nak buat apa. haih haih.

selamat bercuti semua! ;)

Wednesday, February 3, 2010

extreme temperature

winter kat mesir ini adalah tak menentu. sekejap sejuk gila. nanti kang tiba-tiba panas balik. kat sini takde peak untuk winter sebenarnya. tapi hanyalah clusters kesejukan. (macam itukah yang cikgu cakap haritu?) . bila dah datang clusters sejuk tuh memang sejuk gila kot tanpa turunnya salji lah.

last week adalah antara clusters kesejukan itu. but then on the other day bila aku beriya pakai winter coat tiba-tiba panas lah pula. bila tengok weather kat itouch nampaknya sudah seperti biasa. averaga suhu max 20 degree min 10 degree or something kot. tak ingat. dan beberapa hari lalu, aku check weather of the day, ye aku memang suka check suhu sekeliling bila nak keluar atau rasa macam sejuk atau panas semacam, terperasan lah beberapa hari lagi akan sejuk kembali. so aku bagitau lah beberapa rakan dengan gaya berseloroh bahawa hari rabu ni akan sejuk balik. berseloroh tapi serius. oh my, sejak bila aku pandai guna perkataan BERSELOROH? then for few days lah aku bising hari rabu akan sejuk. semalam sepanjang hari adalah panas. aku memang cakap kat roomate percaye lah esok mesti sejuk punye lah.

bila balik petang hari panas dengan matahari yang memancar-mancar. aku pon tak yakin macam esok takkan sejuk je. tapi ada lagi keyakinan tuh. manakala si rumate yang balik sekali dengan penuh konfidennya berkata, cuaca dah macam nak masuk summer dah la, takde punya esok nak sejuk. lusa lah kot. lepas tuh kami pon gelak. haha

so hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. pagi tadi sebelum keluar sempat tengok weather kat itouch, suhu sejuk. yelah sebab pagi hari kot. bila jenguk luar macam agak suram. yelah pagi lagi matahari tak keluar lagi. but then, bila keluar dari gate bangunan tengok langit mendung mensuram. huhuhu. angin pun agak kuat.

yes! sejuk harini. hahahaha. serius sejuk ye rakan-rakan. angin sangat kuat. ombak di laut menderu-deru memecah batuan. tinggi woo ombak tadi. laut pun tak nampak dah warna biru pekat yang cantik macam selalu. dah jadi warna hijau sebab angin sangat kuat.

so kesimpulannya, percayalah pada ramalan kaji cuaca. ;P

up till now, angin sangat kuat ye.