Wednesday, December 31, 2008

goodbye 2008.

esok dah 2009.
aku tidak cuti esok.mane penah cuti pon tahun baru sejak duduk kat mesir nih.

tahun 2008 diakhiri dengan kejadian agak mengerikan. mase aku dok busy buwat keje tetibe dengar kekecohan kat bawah umah. aku sebagai sorang yang agak bz body lah jugak jenguk la kat tingkap nak tgk ape yang terjadi. umah aku tingkat 4 by the way. agak samar2 jugak tengok kat bawah tuh. gulpp... ternampak seorang arab memegang parang panjang. kemudian nampak lagik sorang jugak membawa parang panjang. aku xnampak sangat sebenanye. memule perati tengok cam bawak kayu jer. tapi biler perati betol2 nampak seperti pedang!

mereka dok terjerit2 ke arah seseorang. tetibe tanampak pulak seperti parang panjang itu terbang. dan xlame kemudian mereka mengejar seseorang tersebut sambil terjerit2. sangat cuak okeh.huwah! tros tachycardia. masih terasa kecuakan sampai sekarang. ramai jugak arab2 di sekeliling melihat. tros aku xberani nak tengok. kay ngan asza pulak menyebok2 nak tengok ape yang terjadi. tapi dah xnampak pon. org2 tuh da pegi tempat laen.

up till now, aku still konpius. betol ker ape yang aku nampak?? tapi scene tadik memang menampakkan arab bergaduh. mengejar seseorang sambil berparang. xkan la ade shooting pulak kot? huhuk.

CUAK! aku trauma lah! huwaaaa...


kisah semalam.

mase aku ngah dok wat keje tetibe terdengar macam ade perarakan. aku yakin tuh mesti dorang wat demonstrasi palestin.so dengan pantas aku asza and kay pegi tengok. nak jugak join kan. orang arab berarak sepanjang Port Said street. kitorang tade la join. just tengok jer dari tepi. dapat snap bebrape ketul gamba jer. seblom tuh aku baru kuarkan memory card dari camera and lupe nak masokkan balik. pastuh batery camera lak abeh. adeh.


it shows that, they still care.



1 january- Muslims around the globe are fasting and making Du'a for the Gazans. this is the least we can do. Jom puasa esok!

-YM status kak Jojie-


jam blom pukol doblas. tapi apsal orang2 arab nih da sebok dok maen mercun ngan bunge api? xpaham aku lah!

locked #002



cause i am so pissed off with your attitude.

Tuesday, December 30, 2008

wah. tak sangke la.

"arini bape hb ek?" tanye aku kat kay.
"30. esok ari las 2008"
"wah!"

aku baru jugak menyedari walopon aku tawu tahun 2009 akn menjelma tak lame lagi. so, 2008 come to an end soon. walopon aku rase pertukaran tahun baru tidaklah memberi kesan sangat kat aku.

sejak aku masuk medikal skool nih. tahun baru bagi aku adalah setiap kali pertukaran tahun belajar. dari tahun 1 ke tahun 2. dari tahun 2 ke tahun 3 skarang nih. walopon tahun masihi masih lagik sama. tapi biler da mula kelas tahun baru aku rase macam da tahun baru lah! hahaha...oi,cakap tunggang tebalek

tapi xmengapa. aku still akan buwat wishlist untuk sepanjang tahun 2009 nih.
uwah. aku mahu masuk 21 suda. trase macam masih kanak-kanak yang comel lagik.

"hey moon please forget to fall down... hey moon, dont u go down"

break sekejap. lagu feveret bekumandang. heheh.


aku mahu tunjuk cekgu feveret aku. :D

ini Dr. Yasmin. doc yang ajar practical utk section 4D. aku sangat suke cekgu nih!! sebab ape? aku suke tengok mate beliau. cantik.! hahah... itu kire sebab utama lah tuh.

tapi memang die ajar bes la. die bagi lecture 3rd year physio utk last part of CNS. serius aku suke die ajar. :D

direct and indirect circuit of basal ganglia. aku stil ingat beliau ajar. function of hypothalamus tuh pon. stil aku ingat. heehe.

dan sumer prac klas die yang ajar. suke lah! sangat amik berat bout us and akan explain kat kitorang sampai la sorg2 paham.

serius aku suke cikgu nih, tutur kate yang lembut bagai. hehe. mase questionaire arituh aku sumer column pasal physio by doc yasmin aku tulis HS(highly satisfied).

itu saja. bubai.

kembali kebizian

special sense block da stat. aku semakin sedar final da nak dekat. huwaah! practical exam start mid january. wei2. nak final da ka??? assignment pulak semakin menimbun.adeh! ari ni baru dapat assignment untuk histology. NEUROGLIA. so sebagai kepala utk histo nih aku kene la bahagi2 subtopik. sket jer. cene nak bagi seplo? huhuk

jenuh laaa nak present weh! dari tadik aku dok carik maklumat pasal anti-epileptic untuk pharma. physio punye presentation pon xbuat lagik. on 17th january. pastuh ngan anatomy aku dapat Glossopharyngeal nerve. tengok la list kat sebla tuh. segale macam bende yang aku kene present. sunguh banyak ok! and each brings 15 marks for final!

oh, aku lupe mahu berciter pasal journey aku ke Port Said semalam. sangat jauh itu port said yeh. dan rupenye tidak lah best seperti yang diharapkan. i bought nothing! so, aku semakin tidak percaya tempat2 shoping kat mesir nih. waaa, rindu kat malaysia laaa... nak shoping wei! tapi aku nak pegi lagik lah ke port said ituh. sebab aku nak melintasi Suez canal. kuciwa2 semalam xpegi suez canal tuh. menyeberangi canal menaiki feri ke Port Fuad.. impian aku dari form 4 gak nak gi Suez canal tuh!

impian aku laen aku nak pegi laut mati. jeles tgk gamba farid terapung2 kat laut mati tuh.farid yasir dan rerakan pergi tyme cuti raye haji arituh. nak jugak! dan aku jugak mahu pegi Rafah city. sempadan antara mesir dan palestin. sesape nak pegi ajak yek!

haha.. again aku out of topic.. by the way, save sket duit aku utk bulan nih. hehe. bagus2. penat bejalan. aku sakit kaki skang nih. hadehhh... berejam2 bejalan and xbeli pape sangatlah membosankan.

bahan bukti aku pegi port said.huhu.

Monday, December 29, 2008

the shocking truth

aku amik kat sini.


Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.

Isnin,29/12/2008 -Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.

Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut.

Di al Nusseirat, tentera rejim Zionis telah mengebom kenderaan dua Warga Palestin, sumber-sumber perubatan berkata.

Saksi-saksi melaporkan beratus-ratus penduduk itu lari ke kawasan sempadan antara Gaza dan Mesir dalam satu percubaan untuk menyelamatkan diri tetapi pengawal sempadan Mesir telah menembak mereka, seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk-penduduk lain cedera.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/


lagi kisah menyedihkan.

MESIR halang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Isnin,29/12/2008 -Pihak berkuasa Mesir melarang sebuah pesawat Libya yang membawa bantuan ke Gaza daripada melakukan pendaratan di Al Arish Airport di Mesir'

Hannibal Al Gaddafi, anak lelaki Presiden Libya, Moammar Al Gaddafi, berkata dalam satu temubual telefon dengan al Jazeera yang berpusat di Qatar, Mesir bekerjasama dengan Israel dalam melakukan pengepungan di Gaza kerana bertindak melarang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke sana melalui sempadannya.

Hannibal menambah, Libya akan terus menghantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom rejim Zionis.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/


ini ker yang dipanggil negara islam? siapa lagi yang nak bantu orang palestin biler saudara seagama sendiri buat camtuh? sangat menyedihkan!

Sunday, December 28, 2008

hari yang kurang produktif

bile tade lecture gamaknye xkuar umah la nih.
err... i was supposed to have skill class but due to some circumstance.
aku telah memburnkan kelas itu. hehehe...
bukan ape. tyme aku bangun nak besiap air tadak.
tade walo setitik pon! cene aku nak mandi apatah lagik gosok gigi. huhu.
jadi terpaksa aku cancel kan klas tersebut. tape, ini baru fes tyme aku ponteng skil. :P

nourenisa: weh
noure nisa: ramai xtd g skil?
farahin nordin: pompuan 13
farahin nordin: laki bpe ek 9 cmtuh kot
22 out of 40 kepala.not that bad huh.

biler da nak dekat tengahari baru la ade air. biler pas zohor sampai la skang nih da masok asar tros tade air balik! haih. haih.

sepanjang ari aku dok tebongkang kat atas katil. xkuar dari kepompong. skang nih pon laptop di pangkuan sambil komfoter membaluti separuh badan. dengan lampu yang tak terpasang. sangat lah kondusif untuk tido. aku mengantuk sebenanye. tapi cam malas nak tido plak. bes nye melepaaakkk... heaven! hohoho...

kene nikmati sebetul2 nye ari2 cuti sebegini. pasnih aku rase jangan harap lah nak ade tyme free cemnih.

pas maghrib ade sc kat green plaza. pizza queen. buy 1 pizza u get 1 pizza free. huhuh. aku rase pizza queen is much better than pizza hut kat cni. xsabau ler nak makan malam nih.

selamat menyambut awal muharam 1430H!
semoga tahun baru ini disertakan dengan azam dan semangat yang baru.
lets us make tomorrow better than today.
buang tabiat2 pelik yang xelok dan berazamlah untuk menjadik insan yang lebih baek dari tahun lepas. :)

jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun juga!

his life.

ini kisah hidup chibi. chibi itu jantan la. that is why "his life" .

mcm aku ckp seblom nih chibi nih asik tidoo je la keje. haaa. port die pulak same. kat komforter aku. pandai ko ek pilih port bes. mentang2 komforter aku sedap wat tido.

ade la aritu, bile die melepak kat katil aku die akan bemaen2 ngan penyek(read:penyek adelah name teddy bear aku.aku sebenanye lupe ape ak bagi name bende tuh lalu aku panggil jer lah penyek. haha) dok geget2 penyek. yerlaaa.. dah itu jer la sof toy yang paling kecik ade kat umah nih. so bajet die hebat la kunun dapat kalahkan penyek tuh. kalo ngan atan and leman jangan harap la. nak gerakkan menatang2 tuh pon xbegerak2. hahaha.. chibi...chibi.. (read: atan adelah harimau. leman adelah monyet)

wei, aku nih suke la out of topik. aku nak cakap aritu die melepak2 kat katil aku bemaen2 ngan penyek. pastuh biler aku toleh 5 menet kemudian. lol. da tidoooooooo daaa... adoi! maen 5 menet. tdo beghejam2.

ade la satu ari tuh aku nak gi kelas. chibi lak ngah tdo kat katil aku cam bese. so aku bia la. biler aku balik aku tgk muke die cam mamai. masih lagik melepak kat katil aku. oi, baru bgn tido ka? adoi! bape jam laa budak nih tido. dasat la chibi nih. hohoh.

tapi bile da bangun tido tuh. mule la begerak aktif xhengat! dok belari sane. dok belari sini. langgor pintu bagai. dok kejar kaki org. haha. chibi nih sangat kelaka la aku rase. dan sangat comel lah! geram aku weh. pas penat tuh sambung tido balek! adoih.


tyme nih die pi konker katil aku. dok kat tengah2 katil lak tuh. aku lak yang kene tido kat tepi. chibi....chibi.... tuh tido besame si penyek. aku yang letak kat tepi tuh. hehe.

seee.. aku kene tido kat tepi. besnye tgk chibi tidoooo..

besfren! chibi dan penyek.

battle yang xkan berkesudahan.

hiiiyahh.. tebalik ko penyek dikerjakan chibi. mungkin chibi ngah belatih nak lawan Baby. haha. (read: baby adelah kucin kak shu)

pas penat maen ape la gik. tido laa...

tido lagik!


"kucing hybernate tyme winter kot" kate noni.

Saturday, December 27, 2008

locked #001

ini entry rahsia
















okay..okay... since i'm just testing on it. i give u the pass key lah. heheh

pasword: cantik

jangan komen pasal password itu! huwahuwahuwa

yeay!yaey!

exam da abeh. huwahuwa..
macam bese la 30 menet utk brape soklan tah. 25 soklan kot.
alhamdulillah.
biarkan ia berlalu. hehe..

maka berakhirlah neuroscience blok aku secara rasminye.
mampuih laa nk study tyme final nanti. adeh.
so arini tade lecture.
esok tade lecture.
isnin jugak cuti awal muharam.
wah! *mate besinar-sinar*
tapi ade practical klas la mcm bese.adeh.
jap agi kol 2 ade physio. pastuh kol 5 ade arabic handwriting. T_T
esok lak ade skil kol 10. T_T
isnin pegi port said untuk bersoping. HohOHo...
biler aku leh menabung untuk hari tue nih.?haih

aku nak abehkan seigi no mikata.
pastuh nak masak utk dinner. aku balik lambat arini.
so kene la masak awal. wawawa.. da tebayang ayam masak lomak. boleh cube inih. heheh.
daaaa~


*edited 1.08pm*

ayam masak lomak cili ijau. huhuu. sodap weh. sodap!geler perasan!
biler bleh makan nih? haih. lambek ler lagik.

Thursday, December 25, 2008

methylxanthine

gud mornin rakan dan taulan!

oh, arini krismas rupenya.
and of course we never have day off.
here in egypt, the holy day for christian is somewhere in january if i'm not mistaken
since they are the christian orthodoks. whatever lah.

tapi aku officially cuti sebab ponteng icdl tade kelas arinih.
okeh, aku kene study sebenanye skang nih.
kene abehkan thalamus and hypothalamus before move on to never-study-pathology!

exam kali nih ade 5 subjek:

pathology
physiology
anatomy
pharmacology
parasitology

PBL format like always.

dan semalam. maka berakhirlah neuroscience block. NEXT! is special sence block. uwarrgghhh. tahniah noure. sile study.

mahu breakfast. egg sandwich and mango juice like always. aku suda mule amik methylxanthine semalam. untuk stimulate facilitatory reticular formation aku. huhu. methylxanthine yang aku amik tuh ialah caffein yer rerakan. CAFFEIN. hehe.... padan la muke korang asik dengo name pelik2 jer. aku ngah blaja pharmacology skang nih

okeh! aku malas nak mandi lagik pagi nih. nati lah tengahari2 sket. hahhaaa.. winter suda datang maaa... nih pon aku dok atas katil sambil beselimu dan bestoking. trase malas geler nak bangun pagi tadik. bes geler dok kat bawah komforter.huhuk.

sejak kesejukan menggila datang. chibi asik tidoooooooooo jere. nati aku updet pasal chibi okeh. chibi da gemok lah.

tetibe rase nak makan cereal. tade susu la pulak. oi, aku teringat frappucino lah pulak. same again tade susu lah pulak nak buwat bende tuh.

buku dah terbukak dari tadik. chow!

Tuesday, December 23, 2008

hidup yang sangat lah busy

mahu saje aku sekeh kepale sorang2. baru puas ati.
aku sangat stress dua tiga ari nih.
sangat yang sangat. huwahuwaaaaaaaaaa....

esok presentation micro.
semoge hidung aku xtesumbat sangat .
dan xterbatuk2 sangat. dan sore tak sengau2 sangat.
batuk aku datang balik. haih.

another mid-term exam ari sabtu nih.
tahu tidak betape banyak nye nak kene bace?????
arghhhhhhhh...... tension up!

tensi!
tenso!
huwaaaaaaaa....

aku penin kepale lah pikir sume bende nih.
mahpa rerakan yang menjadi mangse emosi aku yang tak betol
same ade korang sedar, korang separa sedar atau korang xsedar.
aku yang sangat lah tah hape.
menyampah dengan emosi sendirik. heh.


aku dah telan:

5mg loratadine and 120 mg pseudoephedrine sulphate
trade name: clarinase
long-acting non-sedating nasal decongestion.

1 g ascorbic acid.
trade name: vitacid c
vitamin c lah. not a drug.

esok aku tammo makan drug. drug menyebabkan short-term memory aku hilang. penat la aku study pastuh xhengat pape nati.. tolong la short-term. pegi la tuka jadik long-term memory. haih.haih.


Sunday, December 21, 2008

ini tag dari najwa_la

1. Snap the picture of both inner and outer of your wallet
2. Introduce your wallet brand, price, and where you bought it.
3. Take out what ever is inside your wallet ( at least 5 pictures)
4. Snap a picture of your wallet with yourself
5. Tag other 5 persons.



nih wallet aku sejak 3tahun lalu. beli seblom fly kalo xsilap. brand planet ocean.harge 20 sumthing rm kot. xhengat ler. beli kat midvalley jek. kat stall depan kedai TL yang ade jual byk2 wallet tuh.err.betol ker x memori aku nih... sudah buruk. huhuk. tapi aku sayang wallet tuh ! sebab die kale merah. hehee. kalo tgk kat bahagian dalam wallet tuh, sebenanye aku telah membuang bahagian tgh wallet yang tempat letak gamba whatsoever. gomuk la.. bagi kurus cket.



seriusly inih jer la ade kat dalam wallet tuh. meh aku enumerate sesatu.kad kunin n yg ade gamba tuh ialah kat U aku. kale merah tuh mmg ade sejak aku beli wallet nih n blakang skalik TL nye pree calendar 2008. simkad maxis aku, mungkin dah xleh digune kot. 1st tram ticket. hahaha. aku korek2 ade lagik upenye. kale bende kale biru tuh wrapper coklat dari swiss yang dibeli kat itali.paan yang bagi arituh. ade tket wyg gsc n tgv. aku bukan la pengumpul tiket wayang tapi ntah nape aku simpan. last but not least, kad topup etisalat 20geneh. masih valid lagik tuh taw.blom digune. huwahuwa. aku xsumbat pon ic, kad bank dan blablabla. malas nak sumbat bende2 penting. kang ilang lagik kang. naye aku. phobia!


duit yang tinggal kat dalam wallet. 50 sen duit kertas. segenih kertas.50geneh tuh yang aku simpan utk beli jam sebenanye. heehe. duit dolar mase g turkey ritu. lupe lak nak simpan. syiling 1 genih dan bebrape syiling lira(YTL turkey). jadiknye bebrape geneh jer la tinggal utk beblanje. adoih!

kau dan aku.


aku nak tag.
-ain nasir. sebab aku xjawab tag beliau arituh. heehe.
-khay. sile buwat.
-aida. kamu jugak buwat! :P
-redza. ko kene buwat jugak!
-beliau. tapi beliau tade blog. aleeeee...

Saturday, December 20, 2008

jangan berdegil

bleh la dikire agak sehat. batuk sudah bekurang dan hampir tiada.
bersin juga sudah behenti.
semalam aku mengeluarkan segala thick2 mucus yang ade kat hidung aku nih.
heh. puas ati.
tapi accumulate balik. cis2.
emosi jugak mungkin sudah agak stabil.



beliau: gaye cam dah sehat jek
noure nisa: gaye?
noure nisa: camne tuh?
beliau: haha
beliau: time sakit cam emo sket
noure nisa: erk
noure nisa: haha
:P

aku telah dipakse oleh beliau berkumur ngan air garam.
untuk hilangkan batuk.
fes tyme aku denga sebenanye.
bukan ker slalu kalo kumr ngan air garam untuk ulcer ker?

haih. haih. haih.
paksaan demi paksaan.
yelaaaaaaaaaaaaaaah. buwat lah.
selagi aku xbuwat slagi tuh la akan dipakse. hmmmphh.
aku dengar kate okeh! :P

magic! batuk da kurang. tapi aku rase smlm mmg la batuk mcm da kurg cket. huhuh.
tp yela... feel the difference lah.
sampai aku nak temuntah gargle air garam tuh.
mau nye tertelan.
hypertension tros aku.
malignant hypertention cause cerebral haemorhhage yer rakan2.
especially kat circle of willis kat base of the brain.

aku semakin percaya kuasa drug.
semalam jugak aku geler2 la sakit kepale.
SANGAT SAKIT OKEH!
frontal headache. mase aku sujud tyme solat lagik lah precipitate headache tuh.
aku terbaring longlai kat bawah slimut.
akhirnye aku akur dengan menelan paracetamol 500mg.
atau trade name die ialah panadol.
paracetamol sangat berkesan lah! huwahuwa.
entah da brape tahun tah aku xmenelan panadol tuh. berkurun jugak kot.

oleh itu, jangan berdegil
denga cakap ye noure.

hari inih sangat penat. kelas tanpa henti.
stat kelas pukol 8 pagi dan abeh kelas pukol 7 malam.
pukol 7 malam tuh dah isyak yek!
mcm nih biler la aku nak gemok. haih. haih.

Thursday, December 18, 2008

serabut

yer.
hari ni hidup aku trase sangat serabut.
kesejukan tahap melampau aku rase.
biler bejalan kat luar aku rase artery kat idung nih nak rupture.
sangat saket! dan sangat sakit hati!!

ngan bersin dan batuk yang xsudah2.
lega la biler da bersin tapi penat la ant abdominal wall muscle aku asik kene contract jer.
pastuh aku nye mate nih pon dah rase sembab cam pas nangeh.
aku tade nanges pon yer walopon tadik mmg aku ade rase macam nak nanges.ade la sebabnye. grrrr...

dah lame xsaket cemnih. nasib baik xdemam.
tapi seblom tido mlm tadi aku rase mcm ade lump kat bawah mandible aku nih.
submandibular lymph nodes aku enlarge.
tapi aku tade lah pulak demam ker hape. hurmm...
nampaknye bacterial infiltration kot.
supposed demam la kan. sebab inflammation.
aku kebal kah? hahah


korang pakse la aku makan ubat macamane pon.
tammo.
wekkkkkkkkkk...
memang dari skolah menengah dulu biler masuk ostel aku xpenah makan ubat kalo seseme ker batuk ker.
ain as my rumet u shud know me well. haha.
aku ingat lagik ubat batuk kale biru yang ko ckp rase mcm pepsi. heh.
sesudu jer aku telan.
pastuh aku tammo dah.
tetibe tringat mak pulak.
mase balik summer fes year dulu aku batuk..
kene pakse ngan mak minum virgin coconut oil.
minyak kelapa dara ye rakan2. kakak aku bawak blk mase die keje kat utm daripada atuk saudara aku yang mengikut pemahamam aku beliau la yg bertanggungjawab pasal virgin cocnut oil nih. kire bende tuh masih dalam experimen lah kot gitu. aku pong tataw sgt. ngeeee
jenuh laaa mak aku suh aku minom bende tuh.
akhirnye aku akur dan memang la mujarab. hebat!
yang paling penting tade rase ubat batuk. dan bukan kale itam! kale transparent macam air.
aku pon memule musykil gak ngan ubat tuh. tp serius mujarab.
balik msia arituh sebok laa pakcik aku si doktor tuh macam nak menkomersilkan virgin coconut oil tuh.
tunggu dan lihat lah yek.

pastuh mak pulak batuk .
haaaaaaaaaaa... aku pulak la jenuh bebel suh mak minom bende tuh.
yes2! hahahha..

mase kecik2 dulu aku penah suh mak aku mintak kat doktor ubat batuk pil. ade ker weh?
dan semestinye doktor tuh bagi jugak ubat batuk cecair. cesss.... kecewa geler!

medikal info:
morphine adalah strong anti-tussive. tapi disebabkan morphine menyebabkan addiction, codeine is the best drug for anti-tussive, which not cause addiction. aku nak morphine! heh.



dah. aku nak dinner. nak makan telur goreng ngan kicap. dah 2hari aku xmakan telur okeh. aku perlu kolesterol dan segala macam nutrient kat eggyolk tuh.
pastuh nak wat physio note.
emosi aku sangat lah tidak stabil yer rakan2.(ini ayat khay,aku daoat bayangkan care kao ckp mek. hahaha)

aku sedih. tapi aku akan buwat2 xsedih. aku merajuk. aku akan buwat2 xmerajuk. aku sakit. tapi aku xleh nak wat2 xsaket. aku sakit hati lah!


dan aku tawu kao kisah hape kan.dan aku jugak tawu aku nih yang tah hape2 kan. i am such a l.o.s.e.r




*edited at 11.43*

uwaaaa... preauricular lymph node pulak enlarge. adeh! aku baru sedar. ;(

Wednesday, December 17, 2008

sneezing non-stop.still.

virus spreads in the air. oh, aku sangat berbangge.
sekarang nih memang musim batuk dan seseme la upenye.

kisah hari ini.

aku bangun after tido pas subuh tepat pukul 7.26am.
huwah. kagum!
kelas pukol 8 okeh.
aku bagi pluang kat adon mandi dulu sementare aku sambung tido.
tade la tido bareng2 jer. sebab asza pon tgh iron baju tyme tuh. so tade bende yang aku bleh buwat.
dengan lemah-lembut aku mandi dan besiap. iron baju bagai. bepikir 5 menet nak pakei baju ape. haih. problemo sungguh.
oh jam di tangan dah pukol 8.

semalam

noure nisa : sok g anat lambat leh x?
noure nisa : kol 8 dr umah ok kan?
noure nisa : heheh
farahin nordin : ces
farahin nordin : jgn doe
farahin nordin : kuar kol 7.50
farahin nordin : hehehehe
farahin nordin : ko da la xdtg rituh
farahin nordin : byk terlps
farahin nordin : hahahaha
noure nisa : erkkkkkkkkk
noure nisa : ye laahhh
noure nisa : 7.55 ak kuar
noure nisa : haha
farahin nordin : ces
sambung balik pagi hari.

aku hanye makan satu coklat cket. at least nak bekal glucose utk kelas anato.
nak minum jus pong aku da lupe. kunun2 gelabah da lambat.
bejalan ke tram dgn agak laju lah jugak.
aish, tade ker dak2 section aku nih???
tetibe tenampak boodoo(sile sebut budu. aku tataw la eja name die cene)
tehendap2 dari atas stesen tram tuh mengusha tram.
mungkin die jugak bekire2 nak naek tram or taxi.
sejurus nampak aku trus die turun tangge ke stesen tram. haha.
oh aku pon tros merelax.
erk. apsal lak tade tram nih. jam di tgn dah kol 8.06 am.

akhirnye tram bekunjung tibe. 15 menet perjalanan sampai la aku ke klas anatomy.
dan...........
bagus! klas blom stat. hehe. 5 menet kemudian cikgu datang klas pon bermulaaaa...



moral: sile bangun awal jika tidak anda tidak dapat makan egg sandwich dan mango juice. sesungguhnye coklat tidak lah mengenyangkan.
moral kedua : sile pastikan jam bekunci dengan betol. letak henpon dekat2 ngan badan supaye anda akan tekejut ngan vibrate. apsal jam aku xbefungsi pagi tadik ek? musykil2.



aku lupe nak introduce housemate baru aku! nah. ini gamba si comel. :D


chibi maruko chan!
kawaaaiii ne..

Monday, December 15, 2008

penat.penin.

haaaaachuuummmm! haaachhuuummm!
sroooooot....sreeeeeeeeettt...sroooooott...sreeeetttt..
uhukkkkk...uhukkk....uhuuukkk...
srooottt...sreeetttt...srrroooootttt...

penat.nye.asik.buwat.bende.yang.same.
sakit kepale dari bangun tido sampai sekarang. :(
sore throat...
running nose.
coughing.
headache arr. headache.
lagik betambah headache biler ade manusie masih lom bertemu jalan pulang. heh

;(


*edited*

suke!

lagu dah di delete sebab bising! haha. tp aku suke lah lagu itu okeh!


Sunday, December 14, 2008

she's flying soon

die musti dah xsabar nak fly.
bz settelkan sume bende dan keperluan untuk fly.
waaa, biler bace blog die aku rase sedeh lak.
ntah biler lagik aku akan jupe die nanti.
cuti tak same.
die winter aku summer.
aku summer die winter.
huhuk.

ngan sape lagik aku nak meronggeng balik malaysia nanti.
huhuh.
my dear frens. do not forget me okeh.
u are one of my bestest frens on earth!
and i mean it.

wuuuuu..
mesti excited kan nak fly dah.
see you in the next four years. ;(
mari datang alex okeh! :D


dear nurul izzah abdul halim.
take care in NZ.
sayang kamuuuuu...
xoxo


ps: ain,sowi xdpt buwat tag lagik. tggu agak free. nota parasito yang stil xsiap. adeh!

Saturday, December 13, 2008

the constantinople

"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."



aku tak gheti nak cerita detail2 pasal trip aku nih. jadi aku hanya akan summarize jer ape yang aku buwat sepanjang kat sane okeh! selebehnye sile la lihat gamba aku yang cantik tuh.

antara tempat2 yang aku pegi ialah grand bazaar(capali carsi) the oldest and largest covered bazaar in the world! ade lebeh kurang 60 streets kat bazaar berbumbung tuh dan memang sgt besa! banyak geler kedai but sadly sumer bende cam lebeh kurang jer pakcik2 tuh jual. huhuh.

then cruising along bosphorus. selat yang membahagikan istanbul kepada europe dan asia. oh, hotel aku hamidiye hotel dan terletak di european side. dekat ngan banyak tempat yang perlu dilawati. bagus! dari cruise tuh nampak la byk bangunan2 masjid2 dan tembok2 bersejarah sekitar istanbul.

then tempat yang paling aku suke! blue mosque! hehe. atau dikenali sebagai sultanahmet mosque. digelar masjid biru sebab kat dinding masjid penuh ngan tile kale biru. sangat cantik. masjid paling cantik kat turkey. :D

then pegi topkapi palace yang sekarang dah jadi muzium.sangat besar dan bermacam2 barang dari zaman kerajaan islam dulu ade dipamerkan. dan yang paling menggembirakan bila dapat tengok kesan tapak kaki Rasulullah S.A.W. his beard and teeth. ade jugak barang2 dari zaman nabi2. subhanallah.topkapi palace sangat besar. malangnye xdapat pegi setiap sudut palace tersebut sebab kesuntukan masa untuk bersolat. agak terkilan jugak. topkapi palace tuh muzium yang paling ramai pengunjung kat seluruh eropah. wah! dan memang sangat ramai orang!.

hagia sophia(ayasofya) which is assumed as the first and the only unique application in connection with it architecture, magnificence, size and functionality.(copy paste tuh yek :P) aya sofya nih memang sangat dikagumi. but aku tade la interested sgt ngan bangunan nih. hehe. it was a church for 916 years, then mosque for 481 years! lame sangat! but now functioned as museum since 1935.

pegi jugak suleymania mosque. masjid terbesar kat istanbul or maybe turkey. tapi malangnye masjid tuh under renovation . we can see certain part of the mosque only.

bermain salji di bursa! :D menaiki cable car untuk ke puncak gunung. memang sangat sejuk! waaaa... numbness of extremities. but memang bes bermaen salji. haha. kami kanak-kanak yang tidak pernah melihat snow yer. sile lah bayangkan bagaimane reaksi apabila melihat salji. hahaha. then bbq for lunch. ape yang xbes kene tunggu berejam2 untuk naek cable car ke puncak gunung. huhuk. menggigil kesejukan menunggu untuk naek dan turun. haih.haih.

itu je kot tempat2 menarek. banyak berjalan2 melihat tempat jer pon. and kami xikut sangat trip oleh travel agent. tapi turkey bes! istanbul cantik!
seronok kalau belajar kat sane.. heee.. tapi sangat sejuk! adeh.

ramai geler orang malaysia kat turkey tuh. either dari malaysia or dari alex pon. huhuh.
terjumpa ngan pakcik2 dari KPT dan jugak pakcik mara yang penah datang last year ke alex. peace kantoi!
"mentang-mentang baru naek elaun...."
" xpe la, ade la alasan sebab nak melihat dunia. boleh naek elaun lagi" .
kate pakcik-pakcik tersebut. hahaha...


hagia sophia

bosphorus


kat depan beyazit mosque.

suke gamba nih! :P

aku tidak paham. uludag, bursa.

the blue mosque. sultanahmet mosque.

960 usd each.geler! but sangat cantik! and indirim(discount in turkish).nih kat leather outlet.

tidak lah sesat.

another leather jacket. smat! smat! smat! sales girl datang wat bodo tangkap gamba. hahaha.

autumn. aiyo! winter already.

the blue mosque and its 6 slender minarets.

sultan mehmet the conqurer sword.
(sultan muhammad al fatih)
sultan yang berjaya menakluk constantinople dan menukarnye kepada islambol(meaning:islam keseluruhannya) kemudian ditukar kepada istanbul oleh mustafa kamal attartuk.



gamba-gamba laen yang amatlah banyak sile la lihat kat fs atau my picasa web album okeh! :D
.link di sini.

turkey!


or klik saje gamba.


i'm done playing around. time to study hard!
insaf.insaf.insaf.
*tunduk penuh penyesalan*

nota kuku kaki:
my new housemate sangat comel! i'll introduce to you later keh. huhuh. serius comel geler! waaa... comel! comel!

Friday, December 12, 2008

so i am back.

i shud say that.
turkey sgt best!!!!
much better than malaysia. huhuh.
and of course la million times betten than egypt.heh.

geler excited biler tengok blue mosque.hohoh
at least, impian aku mase form 4 da tercapai.*sengeh nampak gigi*
cantik! istanbul cantik!
and snow itu sangat sejuk.

gamba later yeh!
geler sangat banyak gamba..
penoh 1gig memory card.

Friday, December 5, 2008

the journey begin


noure nisa: aku nk betolak dah malam nih
noure nisa: huhuh
noure nisa: sepanjang ari aku dok beceting ngan kao ek
noure nisa: nampak sgt ler ko tuh dok ngadap tenet sepanjang ari
noure nisa: hahahaha
khay: hoi
khay: kao tuh same jugak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
khay: hahahha

aku bgn sebab makcik ini menegur aku kat ym. skarang da kol 6.30pm. da isyak dah pon. stil aku masih berceting ngan beliau. hahahha... dan akhirnye, beliau pulak mahu tidoo.... da lame xberceting ngan besfren ku inih. seronok! begosip je keje kao mek! wahahahaha. :P





okeh, im off to turkey.

0612-1212
flight kol 4am dari cairo. betolak dari alex kol 10pm jap agi.

doakan aku selamat pegi dan pulang okeh!

:D


ja ne!

jika kamu rindu

gamba-gamba jika kamu rindu during my travel. haha... :P
tade lah. sebenanye i have nothing to do. and rase nak memenuhkan blog ini. jadi sumbat lah gamba. da lame pon xsumbat latest pic. kan. kan. kan.

king farouk palace, montaza. besaaaaaaa weh!


afta 2 years, baru berpeluang menjejakkan kaki ker montaza.. haha. sadis sungguh. try to find me! :P

rock garden, montaza.

gamba ini ditujukan kepada khay. mek! ini baju aku beli tyme kuar sesame tuh. xmenyesal aku ikot ckp kao dan farid. haha. cantek kan aku baju ituh. hehehe

sewaktu section 4 befday party. purple! shuwittt... =)


masih blom packing. adeh!
suda mahu betolak malam ini.
nak packing lah!

Thursday, December 4, 2008

holiday begin!

biler aku wat status kat ym cemtu ade la bebrape manusie menegur.

"bukan ker ari sabtu ade klas lagik?"

erk! hehehhe.... my holiday has begun. why bother anyway? eheh. dengan sukehati tepakse burn 2lecture, practical anatomy and PBL this saturday because i'm starting my journey tomorrow night! weeeee... wont tell ya till tomorrow. :P

wei2. really cant wait for tomorrow lah! not packing yet. adeh.

so, i will be neither in egypt nor in malaysia this eidul adha.

sowi dear aida, i cant make it to your new house. maybe next tyme okeh.


you can see how suck my english now. i think my malay also become worst. selalu kene tegor biler cakap.

" tolong amik buku kan"
"tolong amik gamba kan"

huuu... i used to say it like that lah. adeh...

and my friends even laugh at me when once i said

" yelaaa, salah je la sangka"

the rite sentence maybe " yela, salah sangka je la" (diharap anda paham lah yek)

erk! tetibe rase bahase melayu ini sgt pelik. hahaha... i always pronounce some malay words repeatedly then i think it sound damn weird lah. hahaha.... mau kene pancung inih mengutuk bahase melayu.

then i think it mayb because i am a jawa gurl! hohoh... yet, i cant speak bahase jawe. what a shame. haih.haih. but at least i still can understand them! errr, not all. terpinge2 mendenga org2 tue ckp jawe mase raye arituh. heheh.

Blank tetibe. huhuk. so my dear frens.. hepi holiday! kullu sanah wa antum bikheir.


"EYES DOES NOT SEE WHAT THE MIND DOES NOT KNOW"

physiology: somatic sensory association area (Broadman's area 5 and 7) combines various sensory informations received from the somatic sensory area, and interpret them so as to have a meaning.


Wednesday, December 3, 2008

hari yang penat

sepanjang hari dok kat konvensyen centre mendengar ucapan2 dan ceramah.
sesi pagi seronok. but biler petang cam bosan.maybe penat kot.
maghrib baru pulang.letih yang amat.



suda makan eskrimmmmm. sedap!!! hehhee

Tuesday, December 2, 2008

sleepy

untuk kesekian kalinye tak study malam ini.
aku mulai risau.tapi............. risau hanye tinggal risau. hahah.
xstudy sebab ade SC.
oh, macam la xbleh nak study pas balik.
tetibe terbz depan laptop. heeee...

esok cuti secare xofficial.
hanye cuti dari lecture dan prac.
tapi stil kene gi U untuk program GERAK USAHAWAN MESIR 08.
yang diterbangkan khas dari malaysia.
MARA oh MARA.
selaku anak MARA kami diwajibkan pegi. huks.
yeah, lunch nasik hadralmaut.
dinner lak KFC. bagus!

aku suda menantok sebenanye.
tapi menunggu ikariam inih lagik 19m 24 s.
untuk diupgrade.
saye yang menurut perintah. huhuh.
kene tuntut eskrim yang xdapat lagi la cemnih!
jgn lupe.
kalau tidak merajuk okeh! :P

sudah dapat ticket hari inih.
:DDDDDDD
visa juga suda dapat 2ari lepas.
wawawa.
cant wait!

- - - - - - - -

hari ini tade mud.
haih. haih. haih.

tensen.
sengal nye..........


nak makan eskrimmmmmmmmmm... :(

Monday, December 1, 2008

apsal xbleh ek?


rakan-rakan suda ramai berblog.
aku nak letak link mereka-mereka.
tapi xbleh pon.
mengape kah?
wireless ini tidak bagus lah! heh.

by the way,
bagaimane wajah baru blog ini?
hehehe...
simple sudey.



busy morning.

arini aku bangun waktu standard bile tade klas pagi setelah tidur panjang yang lena tanpe gangguan dari kol 1 semalam. oh, buwat mase ini tidak perlu solat subuh. :P

dan bile aku tersedar aku tringat aku kene pegi bank, sebab aku sudah kepokaian. hari ini juga suda bulan baru bukan. mase untuk perbelanjaan baru.! heheh. dengan banggenye aku nak bagitawu korang bahawe aku bejaye menyimpan LE50 dari duit perbelanjaan bulanan aku untuk bulan ini. ui2 jgn ingat aku simpan LE50 dari jumlah elaun aku plak. geler boros ituh. huhuh. aku memang dah tetapkan untuk sekian-sekian LE untuk perbelanjaan bulanan termasuk lah sewa umah, duit umah, bil2, tenet, makan dan berjoli laen2 dari jumlah elaun bulanan yang MARA kasik. saving for your future. hohoh.

kenape menyimpan LE50 dari perbelanjaan? itu adelah azam aku mulai bulan november sebab aku nak membeli jam! dan jika LE50 tiap bulan bermakne aku bleh beli jam hanye pada bulan mei. sob3. lambat lagik. sebenanye kalo nak beli jam tuh sekarang nih jugak pon boleh. eh, at least lepas aku kuar duit dari bank la sebab skang da xde duit. hehe. tapi aku rase cambes jer buwat camtuh. so aku akan lebih menghargai barang tuh nati. dan aku masih berharap akan ade rakan2 ku yang baik ati membelikan aku jam itu.

wah. banyak nye aku merepek! aku nak cakap bende laen lah.

lepas aku tersedar, aku tringat aku ade study group kol 10. alamak! aku kene pegi bank dulu.sebenanye xde la lambat pon aku bgn. kol 8 lebeh jer. hehehe. lalu aku bertape kat bawah komforter sampai laaaa aku rase dah penat baring. sejuk weh! malas geler nak bangun. biler nak mandi berduyun2 lak manusie masok kat toilet. adeh. sementare tuh aku pon kemas katil cam bese and sapu2 bilek sket. penuh ngan rambut gugr kat lantai. haih!

aku berteleku lame la jugak kat toilet tuh sebab aku membasuh baju. sumbat kat washing machine jer pon. haha. abeh jer mandi tgk da kol 9.30! udah lambat dong!!!! adoi. cene nak g bank lagik, xsiap lagik. aku xiron baju lagi. xbekfes lagik. dan macam2 lagik laa yang blom aku buwat. so aku ingat nak bgtw kak tikah yg aku xdpt join. number not working lah pulak! jenuh la aku mencarik no beliau. adeh! aku msg lak kak iman ckp xleh nak join tapi tiade bereply. biler da dapat no kak tikah xberangkat la pulak. aku takot jer mereka tunggu aku. aku jugak suda gelabah. adeh2. las2 aku call kak iman and beliau cakap.
"study group cancel la. kak tikah xbagitaw ker? "

uwaaaaaaa.... xbgtw awal2. tapi aku legaaaa!!! aku yang ngah tgh iron baju ngan gelabahnye tros iron baju ngan rileknye. hohoh. yeay2! bleh bekfes! sebaek tade study group tuh. aku xsempat pon nak study semalam sebab ade ceramah pasal palestine. aku akan citer dalam entry yang laen okeh!.

ohhhhhhhhhh, hari ini sangat busy upenye. walopon kelas hanye lah lecture selame 2 jam.

gi bank before lecture.
gi rabah tours untuk setelkan bende2 after lecture.
gi pasar beli barang umah.
malam pulak gi green plaza untuk membeli sumting.

mintak mahap encik buku2. aku xdapat study selame bebrape ari. sangat busy minggu nih .

dah2. aku nak bekfes. skang kol 10 lebeh dah. daaaaaaa!