Wednesday, April 29, 2009

Grave's disease

terasa nak memblog.

tapi like always la kan tataw nak cakap pasal ape.

hari ni rabu, esok khamis, kemudian jumaat. sabtu mid-term.

endocrine system. male genital system.female genital system.

physiology.pharmacology.anatomy.histology.biochemistry.pathology.microbiology.

huhuhuk.

thyrotoxicosis aku camni. hadeyh...

lapa. lapa. lapa. hadei.

Tuesday, April 28, 2009

mid-term exam

mid-term exam pada 2 May 2009.

7 subjek dalam 1 paper.

huwaaa! cane nak study nih. aku sangat cuak yer.

study. study.

exam pada hari yang penuh bersejarah. uhuk. :P

Friday, April 24, 2009

kata kepada diri sendiri


study ye noure.
study. study.

Thursday, April 23, 2009

daylight saving time

so malam ni jam akan bertukar dari 11.59 pm kepada 1.00am terus.
abeh masa sejam aku menghilang. huuuu T_T

eh, macam kesian je sape besday malam ni sebab takde pukul 12.00am. penat-penat menunggu 11.59 lepas tu trus pukul 1.00 am. dah kene tidur dah sebab dah lambat. hahaha. kejam-kejam.

tak siap lagi power point untuk micro. esok dah kene hantar kat kat iman. baru beberapa ketul slide aku buwat. kejap lagi la sambung. sakit kepala. lepas makan tadi terus sakit kepala. hypertension trus. adeh.




melayan nafsu makan kanak-kanak ini yang dari aritu bising nak makan kat buffalo steak house. so aku mencuba sirloin steak. not bad. penat mengunyah. huhuk. duit pun terbang melayang. huwahuwa.

gamba hanya mengguna 2mp camera SE. beriye la bawak camera skali terlupa nak sumbat memory card. sebelum tu aku keluarkan memory card sebab nak masuk gambar dalam laptop.sob3. sengal.

nexweek midterm exam. untuk 2 block sekaligus. huwaaa. bayangkan betapa banyak nak kena baca. so kene start study dari sekarang. asik maen-maen je. haih. STUDY LA NOURE!

dalam masa sebulan aku sudah ada 2 new little cousins. hehe. satu lelaki dan satu perempuan.

zahirah sofia lahir bulan 3 haritu. menurut sumber(read:mak) kakak si baby nak nama yang laen. tapi si bapak senyap-senyap daftar nama laen. hahaha. kesian athirah, nama yang dia nak kene rejek.

dan muhammad aiman.about a week or two kot. adik amsyar. ni amsyar yang bagi nama.
"baby nama aiman. tapi takboleh panggil aiman. kene panggil baby" kata amsyar. haha.
how i miss that little kiddo. tadi masa call acik zana amsyar tade gi pasar ngan ayahnye. xdapat la nak cakap.

and of course, balik malaysia nanti macam aku la yang akan jadi baby sitter untuk aiman. acik zana dah cakap awal2 dah. dan skang nih da chop kakak aku untuk menjaga si aiman. hahah. oh, nak tengooook baby!


err, aku tgk semua kekawan aku sebook dah dapat anak sedara. aku dapat sepupu baru pon nak kecoh ka? haha. haih.biler laaa nak dapat anak sedara nih yer. :P

Monday, April 20, 2009

i will be

at last, i have something to blog about! clap. clap. clap.

ouh, hye all.
i'm doing great now. just drowning with my own-created hectic life.
life can get very busy sometimes aite.
my dear bestie, will reply to you email soon keh. promise! =)

studying microbiology for practical exam this coming wednesday.
tomorrow will have presentation for histology.

oh. back to main topic.



aku terdengar lagu nih dinyanyikan oleh other female singer kat flyfm few weeks ago up till now. sangat lah kurang sedap. huhuk. rupa nya leona lewis yang nyanyi yeh. haih. aku lebih suka avril sendiri yang nyanyi lagu nih. kipas-susah-mati avril lah katakan. hehe.
kat atas tuh amik kao, dua2 skali nyanyi bersama-sama. siapa lagi anda suka?


ok2. nak sambung study.
oh, btw. hari ini cuti Easter kat egypt ni.tapi sangat busy juga yer.. huhuhuk.

Wednesday, April 15, 2009

karangan berdasarkan gambar.

1.KUTNER'S DEAD!


uwaaaaaaaaaaa.... :'( sangat terkejut kot. takde angin takde ribut kutner was committed suicide by a gunshot in his apartment. House M.D [S05E20] ohhh, ape kah?

and the truth is,

he was offered the position of Associate Director of the White House Office of Public Liaison in the Obama administration, which he accepted. This necessitated his character Lawrence Kutner being written out of the TV series House
(wikipedia)
erk!
haih. gonna miss you kutner.

2. KUIH BAKAR BISKUT BAKAR?

eh hari ni baru aku tau nama kedua-dua benda tuh. macam same je ngan bingka. anyway, esok mahu cuba try test. agak-agak sama je ke ngan bingka. oh, rindukan kuih tradisional! huhuhu. eh itu untuk gamba yang pertama. gamba di bawahnya pula menurut kay nama nya ialah biskut bakar (?). ye ek? weyh.. itu pun aku suka! suka! suka! huhuhu. kay cakap selalu ada waktu raya je. biskut kale putih bla. bla. bla. aku cuba mengingat balik. dan bila google. tadaaa. oh padan la macam selalu makan dulu. huhuhu


3.AIR BATU CAMPUR AIS BATU CAMPUR(?)


panas la sekarang. nak. nak. nak. nak. nikmat gila kooot kalo dapat makan bende nih. huu
eh, kalau korang perasan. aku sangat eksaited bila bab makanan ni. hehehe.
yer. aku memang la gemar makan. :P



ps.
aku asik kene gelak je ngan kay sebab cakap tunggang langgang. haih. haih. bukan setakat kay, sesiapa la yang terdengar aku salah cakap.ada masalah ker Broca's Area aku nih? risau weh risau.

Tuesday, April 14, 2009

brownies


tiga-tiga ketul berbaju coklat. tak plan pun. apa lagik, tangkap la gamba. hehe.
dari kiri : ewa sengal, farahin sengal jugak, noure cant3k. hohoh


p/s: apsal aku cam malas nak update blog dah? mungkin kah busy? tak. tak. aku terlupa sebenarnya. hehe. takde cerita menarik pun. dan mungkin juga agak malas. haih.
maaf ye. tapi aku tetap suka membaca blog2 korang semua. heehe. teruskan berblog yer rakan-rakan.

Sunday, April 12, 2009

the last weekend

mentang-mentang elaun baru masuk terus berjalan-jalan bersuka ria ye.








yer. ke cairo semata-mata untuk pergi ke citi stars. haha. eh tak, sebenarnya asza nak ambik barang kat rumah membe kitorang.
pergi khamis petang balik jumaat petang. sabtu ade kelas la.
sakit kaki.

Friday, April 10, 2009

menghayun langkah sepanjang petang


rubik cube takde?

sedih gila kooot.

dush!

more picture coming soon. heheh

Wednesday, April 8, 2009

another cat story.

not a story about chibi-takde-gigi-taring-dah. this is another cat story.



kamu tahu itu apa? cuba teka di mana. kalau salah teka sila bunuh diri. eh2. bunuh diri itu haram. sila buang negara je lah wehhh.

aku membangkitkan kisah ini selepas melihat gambar rakan aku bergambar di patung kucing ini di mukabuku. yer. mukabuku anda la ros nazira. huhuh.

selepas habis peperiksaan SPM, aku hanya melepak di rumah tanpa buat apa-apa. setelah sebulan kebosanan di rumah, aku telah diterbangkan ke Sarawak oleh pilot AirAsia. masa tu AirAsia masih lagi kat KLIA. LCCT masih tak siap lagi. betapa cuaknya aku fly sensorang ke sarawak. takut je aku sesat tersalah masuk gate ke hape ker. berjuta-juta kali aku cek boarding pass dan cek gate. haha. AKU SANGAT LA TIDAK SUKA SENSORANG lagi-lagi aku tidak pernah naik airasia. MAS penah la jugak. :P

tapi alhamdulillah. aku telah sampai ke sarawak dengan selamatnya. sepanjang perjalanan aku tido tanpa menghiraukan manusia sekeliling. wah, kuat jugak ingatan aku ye. haha. sampai-sampai kuching airport masih dalam usaha nak upgrade. ehhh, ape exact word ye? blank. aku hanya berjalan ikut manusia-manusia sampai la kat imigresen. wuuu. serius aku cuak sampai nak nangis. eh yeke. mungkin tak. tapi memang cuak takut sesat tak dapat keluar dari airport. hahah.

ok lah, cut the long story short. pakcik aku telah mengajak aku melepak rumah beliau menjadi bibik disebabkan aku tak buat apa-apa kat rumah. eh agak la jadi bibik. melayan little kazen yang tak nak pergi sekolah. masa tu little la. sekarang nih dah darjah berapa ntah. eh lupe la. tapi still tammo pergi sekolah jugak kazen ku itu. adehh.

cerita sebenar bermula. hahaha. dua bulan aku duduk melepak kat sarawak tu. banyak juga tempat aku pergi. seronok-seronok. TAPI yang aku masih tak berpuas hati sampai sekarang. sepanjang dua bulan aku kat Sarawak tu, aku TAK PERNAH jumpa cat statue tu! apekah? SADIS GILA hidup. hahaha.

ehh tayah gelakkan aku boleh tak? aku sedih ni tau. hahaha.

kat celah mana sebenarnya bende tuh? serius aku sedih tak jumpa.huhuhu. ke banyak kali lalu tempat tu tapi aku yang tak sedar? masih menjadi misteri.

tasik biru, bau, sarawak.. ingat lagi belajar sastera BM?. itu form 1! baik korang ingat balik!!! yer, aku ingat sampai sekarang sebab aku suka. huhuhu. dan ketika di Bau, aku hanya nampak signboard TASIK BIRU dan tanda anak panah ke kiri(atau ke kanan?). makcik aku cakap takda ape pun tasik tu. ok lah, pasrah. huhuhuh.

entah bila nak sampai sarawak lagi. pakcik aku juga telah selamat berpindah balik ke semenanjung terchenta. huhuh.



the-entah-hape-hape.
perlu menyiapkan assignment micro. ohhh, agak blur di situ. how to get start. selalu macam tu. nak start kemaen payah. but bila dah start akan jadi mudah la sikit semua. :) START CEPAT LA NOURE!

sila baca balik ayat first entry ini. yer, chibi rongak takde gigi taring. HAHAHAHA. kelakar! kitorang baru perasan semalam dan gelak guling-guling. uhu, kesian kat chibi. sampai sekarang masih ejek chibi lagik dan bagi menunjukkan kemarahan kene ejek die asik nak gigit je. HAHAHHA. takde gigi lagi mau gigit ka? sori ye chibi. usik-usik je. tak. chibi tak baca blog ni.

ingat lagi my bloody money yang ditolak tanpa keluar duit dari bloody ATM kat carrefour harituh? sampai sekarang aku tak check lagi sama ada duit tu dah masuk balik ke belom. takut je tak masuk lagi. apa mau bikin? BOM bank tu ke? esok nak check. please.please. return back my bloody 800 dalam account. boleh beli 3-4 pasang crocs tuh taw! haih


Tuesday, April 7, 2009

dulu lain. sekarang lain

chibi yang dahulunya kecil kini sudah sangat besar.baru beberapa bulan je pon. baru aku tahu kucing membesar dengan sangat cepat lagi-lagi kucing sedentary life seperti chibi yang kerja hanyalah makan dan tido

saje nak tunjuk gamba chibi. kenapa semenjak due menjak ni aku rase chibi makin comel ye?? haha. geram-geram.







dahulu kay sangat takut dengan kucing. masa mula2 chibi hadir dalam rumah ni pintu bilik sentiasa ditutup sebab kay takut chibi masuk. yer, kay memang sangat takut dengan kucing. chibi nak datang dekat je terus menjerit sampai satu bangunan dengar. hahah. kelaka-kelaka.

sekarang? sekarang tidak lagi. tak takut dah minah tuh. sekarang ni siap berebut lagi nak pegang chibi. kalo nampak aku pegang chibi sebok jer nak ambik dari aku. heh. sungguh tak sangka ye. hahah. psychogenic je takut ngan kucing tu.

dulu pun aku agak takut kalau chibi nak gigit. hehe. bukan la agak. memang takut. macam sakit je kene gigit ngan kucing. sebab tu la aku tak suke kucing. haih. tapi bile once die dah gigit and i felt nothing, dah tak takut dah. tak rase ape dah. lantak la nak gigit kuat mane pun. heheh. tapi chibi selalu gigit main-main je.

sangat manja itu chibi ye. pagi tadi seperti biasa kalau nampak je aku tengah tido mesti nak menyebok jugak. aku malas nak layan so aku biar je. bila aku dah bangun tengok sedap gila dia tido sebelah aku. bila aku balik kelas pulak terus kejar aku panjat atas meja. yer, nak makan la tu. makan cheese dengan penuh semangat. lepas tu aku duduk ngadap laptop beliau pon sebok nak tido kat tangan aku. biar la nak bemanja-manja. huhu. tapi bila dah ramai orang balik terus blah. heh. aku pun dah tak dipandang. macam tu la chibi punya perangai. ces2.

Sunday, April 5, 2009

mission accomplished!

yeah! tahniah untuk diri sendiri kerana mission telah berjaya akhirnya. hohoh. proud of myself. mahu tahu apa mission noure? rahsia lah! ceh, baik tak payah cakap kat blog kalau macam tuh. tapi hari ni aku berjaya. setelah sekian lama okeh. bangga dengan diri sendiri. haha.

professional skill class today. lets palpate everyone!



semua orang pun kene palpate thyroid gland patients. the male patient with normal thyroid gland size. the middle with nodular goiter and the last presenting with diffuse goiter. feels the different!

assignments. assignments. mula menimbun.

histology- gland of male genital system (functions of prostate gland)
physiology- acid-base balance
microbiology- mycoplasma pneumoniae
PBL- pathophysiology of ectopic pregnancy

esok confirm dapat assignment pharmacology pula. and whats next? bring it on!

Saturday, April 4, 2009

dah nak kawin

of course la kakak aku yang dah nak kawin bulan 7 nanti.
bukan aku ye. aku bila? bila dah sampai seru. heheh.

jauh bukan penghalang untuk catch up things for the wedding.
zaman dah berubah. dunia dah maju. semua benda boleh tahu dengan satu klik saja. eceh.

dah tengok baju nikah yang dah siap. masa balik haritu pegi ikut hantar je sambil memberi idea-idea bernas. ye kak, anis tau kakak sedih sebab adikmu ini jauh untuk memberi idea-idea mantap. hohoh. takpe la kalau ade apape sila la tegur je kat ym okeh. anis online jer most of the time tapi hanya invisible je. ops, kantoi la pula. :P



huuu. nak balik rumah. nak balik. nak balik. nak balik. :(
eh, tammo lah sedih-sedih. bosan ah bersedih. hahaha. POYO LA NOURE!

kak,
jangan lupa pos kad jemputan kahwin itu ye. nanti ai bagi alamat okeh! :D
simpan giftbox kale cream. hehe. tahu je la kan i am so not into pink. but dont worry, cantik je pink. yer, xberapa suke pink pon kene cakap cantik nanti ada orang nangis2. hahah. dont worry lah. cantik jer tema pink.

mak sungguh busy sebagai wedding planner secara tak rasmi. hahaha. sungguh busy ye. setiap kali call ada saje update about the wedding. aku pula yang excited macam aku yang nak kawen. hahaha

sori tak dapat tolong untuk persiapan kawin nih. sedih tak kak? sedih kan? sile lah nangis. hahaha. saje nak psiko. :P

rindu. nak balik rumah cepat. huuu...

kene sambung study! bubai.

tahukah anda keputusan peperiksaan telah keluar?

yer. sangat benar sekali.
result untuk semester 5 tempoh hari telah selamat keluar dengan jayanya.
clap. clap. clap.


errr. aku?
alhamdulillah. takde fail.
memang itu je la kat kepala otak aku.
huhuhuh.

semua orang result mantap2 ye.
sampai buat aku agak sentap!
result tak jauh beza ngan sebelum ni. tapi turun sikit la.
parasit yang paling aku risau dapat B. dan agak sedih paling teruk PBL, B-.
serius PBL haritu aku jawab hanyalah berdasarkan sisa-sisa ingatan setelah exam hampir sebulan. huhuk.


noure. belajar!
no movies. less internet. more books.

serius! serius! serius!

Thursday, April 2, 2009

mogok lapar?

lapar tapi malas nak makan.
boleh ke makan pun takde mood?
boleh la kan? yer. yer. boleh. boleh.

aku takde mood nak makan sekarang ini.
dari semalam lagi.
eh, semalam aku terlupa untuk makan malam.
serius terlupa.
nak kata kenyang lagi mungkin juga kot. petang tu dalam pukul 3 baru makan sepinggan mee dan lauk pauk.
bila dah pukul 11 malam baru aku teringat. laaaaaaaaaa, tak dinner lagi. padahal aku yang masak.
sungguh la malas aku nak bergerak ke dapur. serius malas.
bile dah pukol 12 lebih tu aku berkira-kira nak makan atau tidur. macam nak tidur terus je.
makan la esok pagi je. kemudian perut terasa lapar dan aku tersedar.
"buat apa nak seksa diri berlapar?"
terus aku bangun dan makan nasi pukol 1 pagi. huhuh.

dan pagi nih. walaupun makanan melambak-lambak boleh dimakan tapi aku rasa malas nak makan. ok2. nak menjejak ke dapur dan masak. hehe. hanya makan choco pops bar seketul.
ehh, lapar lah. MENGADA-NGADA LA NOURE! PEGI LA MAKAN YOUR USUAL BREAKFAST! sesungguhnya saya tiada mood. huhuk.


hari ini juga secara tak official aku cuti. heehe. lepas subuh aku tido balik terjaga pukul 7.53am. itu pun bila noni call. aku ada PBL class pukul 8am.

"norannisak, kamu da bangun ke belum?"
"belum. malas nak pergi kelas" dengan suara serak-serak baru bangun tidur aku menjawab.
tak ingat dah apa noni cakap lagi dan terus tidur balik.

bangun lambat hanyalah alasan. padahal aku tak kunci jam pun. ini first time ye aku ponteng kelas semester ni. lagi pula hanyalah PBL new problem untuk block baru, so i think takpe la aku nak ponteng. sangat takde semangat untuk pergi kelas. alasan alasan. alasan.

haih. haih. i dont feel good dari semalam. semangat aku bagai melayang-layang di angkasa raya dengan bebasnya. nak buat semua benda pun malas. pulangkan semangat aku boleh tak? haishhh. apsal aku ni ye? aku pon tataw. haih. haih.


i am not sad.
but not as happy as usual.
emotionless.

need some help!

Wednesday, April 1, 2009

stress dan ok sudah. mungkin.

dua tiga hari ni memang agak stress. treshold kemarahan aku agak rendah jadi sedikit je stimulus yang biasanya boleh diabaikan menyebabkan aku agak marah. haih.

kisah sadis terjadi semalam. aku mahu withdraw duit dari ATM kat carrefour tapi tidak berjaya. terus kad keluar tanpa keluar duit. jadi aku try sekali lagi dan akhirnya berjaya. tapi malangnya amount yang aku nak keluarkan kali pertama yang gagal itu tetap ditolak. almost thousand okeh untuk first yang aku nak keluarkan tu! sewa dan belanja bulan April. haih. haih. kejadian yang sama terjadi kepada membe aku. haih. haih. kemudian bershopping dengan agak kurang perasaan. sebakul penuh dengan stok makanan saje. huuu, suka baju tu. nak. nak. nak. haih. mungkin jika kejadian awal tidak berlaku aku pasti terus grab saja baju tu. baju ape? ade la. :P

kemudian hari ni check balik balance kat bank. kat ATM la tapi still tiada perubahan. duit tetap ditolak. oh, elaun juga belum masuk. dan bila masuk dalam bank dan berjumpa banker (?) beliau hanya tengok je mini statement kami dan dengan konfidennya berkata "your money will be refund to your account after 3 working days"

and that it? aaaa.. mari la kita tunggu. tidak la aku berapa kisah jika duit itu kecil saja jumlahnya. banyakkkk tuuh. huu.

minta maaf jika ada terkasar bahasa kepada kalian semua ye.

aku dah call mak tadi so dah agak ok lah juga. dah seminggu lebih tak call. aku dah agak mak mesti tunggu aku call. mak biase la ada je cerita dia. huhuh. so aku dah ok balik. tapi entah la.


nih rakan-rakan. bukti aku berinai.. sudah percaya sekarang? huhuh. letak kat kuku je la. takde la sampai ke jari2 macam pengantin tuh. nampak macam nak kawen sangat dah tuh. hahahaaa.

tolong la kata aku skema ye. :) tadi aku datang agak awal ke lecture hall. sebelum tu aku ada kelas sebenarnya kemudian aku kehilangan rakan-rakan yang entah melepak di mana lepas aku pergi bank. aku call tak angkat jadi aku melepak la depan lecture hall yang masih tidak berlampu. ada lah juga manusia di situ. kemudian ade orang tegur.

"eh noure, apsal datang awal hari ni?"

erk. aaaa. tadi ade kelas la. haih. haih. muke da di chop datang lambat ke ha? hahaha. kalau la aku si datang awal takde la mission failed!
mission aku dah 3 hari failed. what mission??. shhhh. rahsia la. heheh. bile ntah nak berjaya. haih.