Wednesday, April 8, 2009

another cat story.

not a story about chibi-takde-gigi-taring-dah. this is another cat story.



kamu tahu itu apa? cuba teka di mana. kalau salah teka sila bunuh diri. eh2. bunuh diri itu haram. sila buang negara je lah wehhh.

aku membangkitkan kisah ini selepas melihat gambar rakan aku bergambar di patung kucing ini di mukabuku. yer. mukabuku anda la ros nazira. huhuh.

selepas habis peperiksaan SPM, aku hanya melepak di rumah tanpa buat apa-apa. setelah sebulan kebosanan di rumah, aku telah diterbangkan ke Sarawak oleh pilot AirAsia. masa tu AirAsia masih lagi kat KLIA. LCCT masih tak siap lagi. betapa cuaknya aku fly sensorang ke sarawak. takut je aku sesat tersalah masuk gate ke hape ker. berjuta-juta kali aku cek boarding pass dan cek gate. haha. AKU SANGAT LA TIDAK SUKA SENSORANG lagi-lagi aku tidak pernah naik airasia. MAS penah la jugak. :P

tapi alhamdulillah. aku telah sampai ke sarawak dengan selamatnya. sepanjang perjalanan aku tido tanpa menghiraukan manusia sekeliling. wah, kuat jugak ingatan aku ye. haha. sampai-sampai kuching airport masih dalam usaha nak upgrade. ehhh, ape exact word ye? blank. aku hanya berjalan ikut manusia-manusia sampai la kat imigresen. wuuu. serius aku cuak sampai nak nangis. eh yeke. mungkin tak. tapi memang cuak takut sesat tak dapat keluar dari airport. hahah.

ok lah, cut the long story short. pakcik aku telah mengajak aku melepak rumah beliau menjadi bibik disebabkan aku tak buat apa-apa kat rumah. eh agak la jadi bibik. melayan little kazen yang tak nak pergi sekolah. masa tu little la. sekarang nih dah darjah berapa ntah. eh lupe la. tapi still tammo pergi sekolah jugak kazen ku itu. adehh.

cerita sebenar bermula. hahaha. dua bulan aku duduk melepak kat sarawak tu. banyak juga tempat aku pergi. seronok-seronok. TAPI yang aku masih tak berpuas hati sampai sekarang. sepanjang dua bulan aku kat Sarawak tu, aku TAK PERNAH jumpa cat statue tu! apekah? SADIS GILA hidup. hahaha.

ehh tayah gelakkan aku boleh tak? aku sedih ni tau. hahaha.

kat celah mana sebenarnya bende tuh? serius aku sedih tak jumpa.huhuhu. ke banyak kali lalu tempat tu tapi aku yang tak sedar? masih menjadi misteri.

tasik biru, bau, sarawak.. ingat lagi belajar sastera BM?. itu form 1! baik korang ingat balik!!! yer, aku ingat sampai sekarang sebab aku suka. huhuhu. dan ketika di Bau, aku hanya nampak signboard TASIK BIRU dan tanda anak panah ke kiri(atau ke kanan?). makcik aku cakap takda ape pun tasik tu. ok lah, pasrah. huhuhuh.

entah bila nak sampai sarawak lagi. pakcik aku juga telah selamat berpindah balik ke semenanjung terchenta. huhuh.



the-entah-hape-hape.
perlu menyiapkan assignment micro. ohhh, agak blur di situ. how to get start. selalu macam tu. nak start kemaen payah. but bila dah start akan jadi mudah la sikit semua. :) START CEPAT LA NOURE!

sila baca balik ayat first entry ini. yer, chibi rongak takde gigi taring. HAHAHAHA. kelakar! kitorang baru perasan semalam dan gelak guling-guling. uhu, kesian kat chibi. sampai sekarang masih ejek chibi lagik dan bagi menunjukkan kemarahan kene ejek die asik nak gigit je. HAHAHHA. takde gigi lagi mau gigit ka? sori ye chibi. usik-usik je. tak. chibi tak baca blog ni.

ingat lagi my bloody money yang ditolak tanpa keluar duit dari bloody ATM kat carrefour harituh? sampai sekarang aku tak check lagi sama ada duit tu dah masuk balik ke belom. takut je tak masuk lagi. apa mau bikin? BOM bank tu ke? esok nak check. please.please. return back my bloody 800 dalam account. boleh beli 3-4 pasang crocs tuh taw! haih


7 penyebok:

dijahsaad said...

noure, akak pegi kuching pun tak jumpa statue kucing tu.kekeke.
Last2 gi muzium kucing sajork..kekeke
Taper, nnti gi cari statue tu sesama eyh? keke

zyRa j said...

noure!!!!bggenye aku!!!
nmeku ditaip serta d'link dgn pnuh b'gaye kt blog ko..huahahaha!

eh..cat statue tuh bleh jmpe on the way nk g kuching waterfront la..siap leh jmpe 2 cat statue lg..
yg 1 lg tu kucing2 putih..;)

sile pergi lg ye?haha..
gdluck la dlm p'carian anda itu..

zarf_iera said...

wah..aku pn x pnh g swak..
kt swak de ptg kucin ea..
ooo~~~

eppygurl said...

mukabuku???

ain_dira said...

amboi.. imbau kesah dulu nampak nye..

igt agi, ko penah msg aku time duk sana, "kalo aku xreply msg ko, maknanye malas nk taip msg."Ahaha.. Kuat msg n lilau kat hp, mana nk nampak kekucing di sana..Keh3

k h a i r i y a h said...

ape lagi mek.. pergi la sarawak lagi skali. ak nk ikot ek. hoho

noure said...

kak dijah, ohh. saye pun pegi muzium kucing gak. wokai. nati kiter gi sesame yerkk. hehehe. kene carik sampai jumpe! haha

ros, ehhh. dekat nga waterfront. beribu kali kot aku gi waterfront tuh. haih. apsal xjupe????

zarf, anda layak dibuang negare. T_T

paani, facebook makcik. haha

ain, ehh. ade ek aku msg ko camtuh? seyes xhengat. hp aku simpan jer lah. haha

khay, jom2. ko sapot tiket okeh! haha