Monday, June 1, 2009

q

why q? sebab takde lagi title entry bermula huruf q. selepas ini x dan v pula yer.

dah 2 kali aku tulis ayat kat atas tuh sebab tadi punya lah panjang dah aku menulis kemudian tiba-tiba ter refresh dan hilang segala apa yang aku merepekkan. berkobar-kobar aku manekan-nekan keyboard tapi....................... cis.

ok lah. terasa nak menaip balik. since ai kan baru habis exam, boleh la membuang masa sikit menulis blog panjang. SEDAR LA DIRI NOURE AWAK TU ADE PRAKTIKAL EXAM HISTO ESOK. IYER TAWU LAH!

midterm tadi? erm. malas lah nak cakap ape-ape. exam dengan mate yang berpinar-pinar sebab tak cukup tidur. dah 2 hari ai tak cukup tidur taw. habis je exam terus balik rumah sensorang. berjalan dengan lemah lembik nye macam orang lalok. dalam kepala otak dah terbayang-bayang katil yang penuh dengan buku-buku dan baju yang tak berlipat lagik kat rumah.sampai rumah poyo je nak tidur, dok buat ape ntah dulu. nak maen tenet dan2 je tenet tade kan. time nak exam lajuuuuu je kan. gedik tol.

last2 aku pon tidor. TAPI! dan2 la nak tidur ade pulak bunyi mesin ape ntah kat bangunan sebla. ngilu nye gegendang telinga aku. rase nak sepuk pakcik tuh suh diam. lalu aku pon jerit kat pakcik yang ngah buat keje tuh. DIAM AR PAKCIK! ORANG NAK TIDOR NI!!!! dan korang pon kene tipu. sebab aku tak jerit pon camtu.HA HA HA. lantak pi la bunyik ape pon. aku sumbat je earphone layan good charlotte kuat2 sampai tidur. dah lame tak layan good charlotte weh. sebab aku dah curang dan suka pulak all american rejek. playlist skang adalah good charlotte dan juga all american reject. ;)

aku pon tataw berapa lama aku tidur. tapi sangat sekejap la. sebab tidur dalam kelaparan sangat lah tak best. dengan hosmet yang baru balik membuat aku terjaga. terpangil untuk keluar dan ow yaeh! mengepow makanan asza. HAHAHA. kenyang2. sambil buat muke bahagie.

ehhh, tiba-tiba aku dah tataw nak cakap ape. perlukah aku berhenti mengetuk2 keyboard?
banyak bende nak diluah, tapi aku rasa sangat lah tak selamat untuk memuntahkan segalanya kat sini. *pandang kiri kanan* penuh manusia membaca. ahaha. KO BAJET RAMAI LA BACE BLOG BURUK KO YANG TAK BEST LANGSUNG NIH? perasan je ok!


aku dah tak mampu mem-fake-kan senyuman. mem-fake-kan kehepian. dusta belaka. oleh itu, noure dengan segala hormat nya memberikan peringatan bahawa berjaga-jaga lah. jangan sampai noure meletop bukan di tempat nya. kang bersepai segale bende.skang mungkin masih mampu untuk membuat bodo. tabah la wei. asik nak emo jer. eh, aku da lame tak emo taw. heeehehe.

2 penyebok:

Nurul said...

sudae pening., awok happy ko sedih ni? bakponye?

k h a i r i y a h said...

pjg nye post kao neh.. haha.

still lyn gc upenye kao. hehe