Wednesday, September 30, 2009

the tremors

sedang aku syok2 tengok family outing kat youtube yang ketika itu streaming memang laju ah. tayah nak tunggu-tunggu pon. high sekejap dengan internet nih, tiba-tiba aku rasa aku bergoyang-goyang.

ASAL LAK NIH?

aku ingat hanya ilusi. pandang table fan kat sisi pon bergoyang-goyang jugak. takkan lah ade orang dok gegarkan umah aku.

aku keluar dari bilik. tgk kipas bergoyang-goyang. aku ke yang dah bengong? apekah yang terjadi?

dah la sensorang kat rumah. aku dah cuak dah. dan fikiran kembali waras. terfiir mungkinkah gempa bumi di negara jiran sampai bergegar malaysia nih.

bukak facebook sume orang dok cakap pasal gegaran tersebut.

jadi aku google pasal latest earthquake.dan mendapat tahu rupanya gempa buni kat south sumatera.


serius bergoyang-goyang. bagai di awangan sekejap. huhu

Sunday, September 27, 2009

gambar kekasih hati ;)

seperti yang dijanjikan. mari saya perkenalkan!
errr. baru sedar beliau masih belum bernama (-_-")

3M Littmann Classic II SE Stethoscope: Ceil Blue

welcome to my life. mari menemani hidupku 3 years ahead. ;D






baby baby my baby..... (sila nyanyi macam dalam cerita upik abu dan laura. sumpah aku tak tengok cerita tuh. ok tipu. tengok jugak kadang-kadang)


terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Zamrin dan Dr Wan Zalilah kerana sudi mensponsor stetoskop comel tersebut. hehe.

di kesempatan ini marilah saya mempromosi
Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah kepunyaan mereka yang baru setahun lebih dibuka. ;)



Friday, September 25, 2009

saya masih dapat duit raya. hahaha

rasanya masih belum terlambat nak wish kat semua orang selamat hari raya aidilfitri.
hehehe. sesungguhnya sangat bz tiada masa nak blogging. lagi pula raksaksa-raksaksa yang sentiasa berebut2 nak rampas laptop sangat bermaharajalela. tambah-tambah sejak beberapa hari lepas meksis brokbeng ini telah menjadi lembap tahap siput mengandung sembilan bulan 15 hari yang di mana ketika situasi ini anak siput tersebut hampair lemas dan ibu siput telah ditahan di wad tidak boleh bergerak. mari kita tinggalkan kisah siput2 ini.

raya tahun ini sangat meriah. oh, tak berkesempatan lagi nak upload gamba raya. kakak tahun ini beraya di kedah di samping suami terchenta beliau kerana sudah lima tahun suami beliau tidak beraya di kampung halaman.

raya pertama dan kedua hanya melepak2. pulang ke kampung. kemudian setelah kakak pulang mula lah perjalanan raya yang sebenar. habis semua sedara mara dikunjungi. penat2. hari ni baru la dapat berehat di rumah. huhuk.

ucapan raya yang sebenar.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. MAAF SALAH SILAP KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BANYAK DIBULI DAN DIGUSIK DAN MACAM2 LAGI SALAH DAN SILAP SAYA SECARA SENGAJA MAHUPUN TIDAK. SAYA TAK LAYAK LAGI UNTUK MEMBERI KALIAN DUIT RAYA. TAPI JIKA KALIAN NAK MEMBERI DUIT RAYA SAYA AKAN MENERIMA dengan malu-malu kucing konon eh malunye dah besar pon dapat duit raya lagi. hikhik DENGAN SEIKHLAS HATI.



P/S: dah dapat stetoskop comel. nanti i upload ok! hehehe

Thursday, September 17, 2009

good morning!

ohh, sangat jarang aku buat entry pagi2 buta nih. err, jam menunjukkan 10.27am. masih pagi la kan? hehe

secara jujurnya aku baru 10minit membuka mata. bukak je mata berjalan 2 langkah duduk kat meja mengadap laptop yang aku xoff dari subuh tadi. tak keluar lagi dari bilik. terasa mahu tidur balik. kaki kiri lenguh, dan jugak tangan kiri. mungkin sebab bawa kete semalam kot. jangan gelak la baru first time bawak kete tangan dah lenguh.

pasal driving klas semalam. yer, secara jujurnya semalam adalah first time aku drive kereta. cuak ooooo. haha. aku cakap ngan pakcik tuh memang aku xpenah bawak kete lansung. so pakcik tuh ajar the basic.

mula-mula kene tahu 5 basic sebelum drive. perlukah aku beritahu di sini? korang kan sume dah pro kan. tak yah la ek.

then turn aku pulak bawak kete. fuh! bismillah banyak2. serius cuak.

at first, just pakcik tuh suruh drive ke depan then reverse. berulang2 ade lah dalam 5 kali. bila dah rasa bosan buat tuh mula lah perjalanan. tangan aku keras gila pegang stereng bila first nak turn kat selekoh. pakcik tuh tolong control. cuak tetibe pakcik tuh suruh start jalan terus. tak bersedia lagi. eceh.

so akhirnya tangan aku bleh dah la nak control stereng kete. ;)pakcik tuh suruh pusing2 kat roundabout comel 5 kali dan make sure tak kene line kuning kat tengah2. kene la pepandai adjust. aku buat dengan jayanya.

the bila part 3 penjuru aku agak blur. nasib baik tak langgar tiang. disebabkan bende nih la tangan aku sakit. kene pusing stereng sampai habis. mula2 ke kiri. then ke kanan. kete tengah stop. berat gila weh! sakit tangan aku. kaki sakit plak sebab dok asik tekan clutch je. takde daya tahan lansung. haha.

then pakcik tuh suruh bawak naek bukit turun bukit. erk! bukit tuh tinggi semacam je aku tengok. nih sume ade kat tempat latihan memandu tuh ok. aku membayangkan kete akan terbang bila naek bukit tuh nanti. hahaha. tak payah merepek noure, takde ape pon. selamat je naik dan turun bukit. hehe.

penat la jugak first day of my driving lesson. haaa. lepas ni kene la rajin prektis sendiri kat umah. next driving lesson seminggu lepas raya nanti. bz lah nampaknye.

test jpj 8 oktober. 12 oktober balik mesir. nasib baik sempat. semoga xfail lah! haha

Monday, September 14, 2009

lucky number?

aku tak faham bagaimana manusia yang tidak pernah aku kenali lansung got my numbers. i mean both of my maxis and egypt number as well.

#1
hari ini seseorang yang tidak dikenali dari canada katanya tetapi gaya bahasa seperti mamat arab telah menembusi talian henpon ku. setelah membuat sedikit research, it is true the call is from canada. ohh, how did u get my number???? dan memang sejak beberapa hari lepas manusia itu asik call jer. hmmphh.

#2
tiba-tiba dapat 2 miskol dari nombor yang tak dikenali. dan miskol la balik. takde jawapan. dah la siap bagi msg bunge2. ala msg yang orang forwad2 slalu tu yang ayat macam2 tuh. aku ingat member mane la terlupe nak bagitaw name. dan bile tengah malam nombor tersebut call balik rupenye makcik mane ntah. i hate la when people called and ask me "SAPE NI?" ok, salah nombor rupenye.

#3
penah jugak dapat miskol. them miskol la balik. no macam belah2 terengganu kelantan. aku nih berbelas kasihan la jugak unknown number miskol aku miskol balik mana tahu kenkawan or panggilan penting ker kan. the he/she sms me. NIH FARAH KE? dan aku dengan baik hati nye reply nih bukan farah. lepas tuh boleh pulak si he/she ni reply TAK PAYAH LA NAK TIPU. omg. aku tak tipu lah! dan jgn harap aku nak reply balik. heh (farah adalah nama rekaan sebab aku tak ingat apa ntah nama yang disebut haritu)

#4,5,6,7,
ini kisah di mesir. berjuta-juta manusia dah yang aku tak kenal langsung call. bila di mesir semestinya arab lah. baek lelaki mahupun perempuan. penah ada satu nombor tuh keep bugging me days and night agak lama lah jugak. aku tengah lecture pon nak call. aku tgh study memalam call, pepagi aku ngah tidur pon call. kekadang pukul 3 pagi pon penah call. makcik tuh macam mencari anaknya yang lari dari rumah dan suruh anaknya pulang mungkin. haha. aku tak paham la apa org tuh ckp. yang lain-lain tuh ntah sapa-sapa la call. haish. dan bila dengar mamat arab terus la aku letak.

#8
sedang aku sebok mendengar lecture tiba-tiba mendapat panggilan. aku angkat dan dengar helo. arghh. orang arab mane pulak ni. so aku letak call. kemudian nombor yang sama call. aish. tak paham2. jadi aku angkat kemudian aku biar je kasi orang tuh dengar lecture yang aku sedang dengar. haha. kemudian kawan aku di sebelah dapat call dari nombor yang sama. and guess what! beliau adalah orang dari travel agent yang nak beritahu pasal tiket kami! HAHAHA. kesian gila. kemudian aku call balik dan aku mintak mahap la explen ade kelas hape bagai. hihihi.

#9
ini pula kisah tahun lepas. tiba-tiba ada manusia sms nak berkenalan. serius aku ingat member aku saja nak kenekan aku. rupa-rupanya beliau adalah cikgu sekolah rendah adik aku yang pernah aku jumpa ketika makan di kedai bersama mak dan abah. mak ngan abah la bersembang sakan ngan cikgu tuh aku dok diam je busy makan. ohhh, gatal sungguh cikgu! nak berkawan lah hape lah. euwww. ini bukan nak menjatuhkan martabat cikgu tapi disebabkan hal itu la aku menyampah gila ngan cikgu tuh. gatal tak bertempat kot. haih. ye masih muda belia lagi. dan aku xpernah pon cerita hal ni kat parents. just keep to myself. dan yang hairan nya mane beliau dapat no aku? aku sangat pasti mak abah bukanlah yang bagi nombor aku tuh.

#10
harituh ada orang hantar sms dan berkata NAK NGORAT BOLEH? lalu aku mereply TAK BOLEH. SAYA DAH KAWEN. dan kami pon bermsg2. oh no worry, aku memang dah boleh agak itu nombor siapa. budak gedik yang baru bertukar kepada hotlink youth club.. mesti la pakwe i kan. hehe


phone number aku universal sangat ke ek?

Sunday, September 13, 2009

esok!

mari berpuasa kembali.




hehe.

Friday, September 11, 2009

HAIHHHHHHHHHH






jangan mengeluh.






;)






(=_=")

Tuesday, September 8, 2009

numb3rs

09/09/09




bukan lah sekali je pon. seratus tahun kemudian. akan jadi jugak 09/09/09 kan? am i right?
cuma mungkin lah aku takkan bertemu tarikh tuh lagi. tapi andaikan hari ni aku misplaced simcard etisalat aku yang dalamnya ada lebih kurang 100L.E (ni contoh je, xpenah pon aku topup sampai 100.heh) dan seratus tahun kemudian ada orang jumpa simcard aku tu. mari kita andaikan arceologist yang tengah syok-syok korek tanah nak carik rangka chibi (sobsobsob) terjumpa pulak simcard aku. ( oh, rupanya chibi telan simcard aku. ade ke patut) dan beliau saje2 on simcard aku menggunakan handphone beliau. TARA! akhirnya arceologist tersebut berjaya bergayut selama enam ratus enam puluh enam perpuluhan enam enam enam enam enam enam minit apabila menalifon isterinya yang juga pengguna etisalat.

oh, kesimpulan di sini. aku cuma nak cakap yang ETISALAT aku lifetime validity so boleh diguna selagi ada kredit sampai bila-bila pon. tak macam maxis yang kedekut nak orang topup je keje. tapi sekarang ok la since aku guna hotlink youth club aku perlu tambah nilai sebelum 23.07.2013 untuk panggilan seterusnya ( tiru kat ayat check balance tuh. BM. ada masalah? haha). bertahan la nombor ni sampai aku habis belajar kot. tak payah dah la aku menadah telinga bila semua orang bising every year aku asik tuka nombor je bila balik malaysia ni. nak msg semua nombor maxis pon 1 sen jer call pon murah, 12 sen. EH EH ASAL AKU SEMANGAT PROMOTE NIH? thanks to adik aku yang membelikan aku youth club what so ever ni. aku mane la tau kan. aku gune je.

HAHA. korang paham tak paham diam-diam je ah. aku merepek je ok.


soklan:
berapakah rate panggilan seminit etisalat itu? sila jawab. untuk pengguna etisalat korang DIAM!!!!

sape betul aku nak bagi duet raye nih. cakap jer nak matawang ape. dollar? euro? dirham? lira? rm? egyptian pound? kalau nak pound sterling aku bagi lepas balik uk nanti ok! hahaha. cakap je!


soklan senang la pulak.

aku nak bagi 1 geneh je ah. biar la nak kedekut.






T____________T
sebenarnya this is how i feel right now. apsal aku semangat merepek meraban memalam buta ni? aish. nak tido lah.

goodnite sume orang.

Monday, September 7, 2009

alhamdulillah ;)

result yang ditunggu-tunggu akhirnya keluar juga dari persembunyiannya.
what can i say?
ALHAMDULILLAH. at least takde fail! itu yang paling penting. dan tade jugak C. ;)

no regrets. walaupun result takde mantap mane pon. tapi aku bersyukur. siapa suruh banyak main-main. u get what u deserve lah. tahniah kepada rakan-rakan result yang mantap. ;)

SELAMAT DATANG TAHUN 4!

sudah mintak pakcik mensponsor stethoscope. hehe. sesuka-suki je aku kan. ala, pakcik aku pon cakap kebetulan die nak beli 10 stethoscope. ade projek ape ntah. dah alang-alang tuh tambah je la lagi satu kan untuk aku. aku mintak kale biru sebab sebelum tuh aku baru je tengok dr yang dalam greys anatomy pakai kale biru cam smart. pastuh td aku tgk lagi dr Bailey pakai kale merah. arghhhh. lagi smart dowh!



clinical year! :DDDD

Sunday, September 6, 2009

fiona

Posted by Picasa

hai. ini sandal baru saya yang bernama fiona.serius tak tipu. ade tulis kat kasut tuh kan. emak yang pilih dan semestinya emak juga yang bayar. hehe. mak cakap baru lah nampak dewasa sikit nak jumpa mak mertua pakai kasut macam ni. aku ada berkenan satu kasut sebelum jumpa kasut nih tapi dengan jayanya mak telah merejek.T_____T
tapi memang sangat suka lah. cantik kan. baek cakap cantik! HAHA
dan semestinya comfy gila. sedap dipakai.
bila balik rumah catwalk depan abah dan beliau xperlu risau lagi anaknya yang sorang ni asik pakai kasut plastik kale purple tak kira dengan baju apa sekali pon. hahaha
sekian.






untuk pembaca di facebook yang dikasihi sekalian, anda dinasihatkan untuk membaca original post kerana ada tulisan-tulisan yang dipalangkan tidak kelihatan di fb. time kaseh. ;)

Friday, September 4, 2009

jantung berdegup kencang

sudah sebulan lebih exam berakhir. namun result tak jugak muncul-muncul. dari last week adalah detik-detik yang mendebarkan. sampai sekarang ni pon gak. T___T

result 1st year 2nd year dah berkurun keluar (last week je pon. hehe) tapi result 3rd year tak jugak menampakkan batang hidung apatah lagi rambut walaupun sehelai. eh bercakap pasal rambut, haritu ade la aku ngah tengok tv, sambil main-main rambut. tiba-tiba terpegang sehelai rambut kat blakang kepala aku ni kemain panjang. panjang gila. yer, akar rambut tuh masih intact kat kepala aku. jadi kesimpulan di sini aku ada sehelai rambut panjang macam sebelum dipotong pendek. HAHAHA. cane la boleh tertinggal cik penggunting rambut tuh yer.sehelai pulak tuh. oh yeah, still ade lagi taw sehelai rambut panjang at the moment. gembireeee. ;DDDD

owh, kembali kepada penceritaan asal. RESULT. menurut HEAD BUREAU OF ACADEMIC AFFAIRS, ALEXANDRIA MALAYSIAN STUDENTS MEDICAL SOCIETY (nampak la sangat copy paste dari email) di dalam offline msg yang dihantarnya harituh result untuk 3rd year paling awal mungkin hari sabtu (esok) dan paling lambat hari isnin. biarlah ceat sikit keluar. dah tak sanggup menunggu. penantian itu satu penyeksaan tahu.

huwarghhhhh.
saya sungguh cuak. mari sama-sama doakan result kita bagus-bagus hendaknya. doakan ye rakan2. cuak nih. T__T

Tuesday, September 1, 2009

pengakuan berani mati

bukan senang untuk membuat pengakuan ini.

tapi. takpe lah.
mengaku je la.

nur qhalida a.k.a kay yang berada di ipoh, perak.
dan
asza azia yang berada di sarikei, sarawak.


rindu ah kat korang.
rindu nak gelak ketawa ngan korang.


the sengal roomates.(eh, asza pon bleh la jugak dikire roomates)
i miss them both.


bila ngan minah 2 ketul nih gelak tak bleh nak berhenti. yup, we always have things to laugh about. biasanya akan gelakkan sesama sendiri la dan rasa nya aku la mangse paling banyak kene gelak. haih. eh, aku jugak suka gelakkan mereka. hanya kami yang paham. hehe.

serious rindu minah 2 orang nih. i miss the laughter. rindu jugak bila berjemaah korang berdue buli chibi lepas tuh gelak2. kesian chibi. rindu ah asza marah chibi. rindu gak kay yang jeles chibi melepak ngan aku then gi curik chibi untuk duduk bersama nya tapi chibi tros lari balik ke aku. haha. rindu bersoal jawab the night before exam sampai pukul 3 -4 pagi tido. rindu kat kay yang suke wat perangai pelik. HAHA. sori kay.

yeah, they have become part of my life. and i feel like something is missing now. ceh, poyo je ah.

they give colors to my lifeless medic life. in some part at least.




kay, if you are reading this. diam ah! gi muntah jejauh. HAHAHA.