Monday, September 14, 2009

lucky number?

aku tak faham bagaimana manusia yang tidak pernah aku kenali lansung got my numbers. i mean both of my maxis and egypt number as well.

#1
hari ini seseorang yang tidak dikenali dari canada katanya tetapi gaya bahasa seperti mamat arab telah menembusi talian henpon ku. setelah membuat sedikit research, it is true the call is from canada. ohh, how did u get my number???? dan memang sejak beberapa hari lepas manusia itu asik call jer. hmmphh.

#2
tiba-tiba dapat 2 miskol dari nombor yang tak dikenali. dan miskol la balik. takde jawapan. dah la siap bagi msg bunge2. ala msg yang orang forwad2 slalu tu yang ayat macam2 tuh. aku ingat member mane la terlupe nak bagitaw name. dan bile tengah malam nombor tersebut call balik rupenye makcik mane ntah. i hate la when people called and ask me "SAPE NI?" ok, salah nombor rupenye.

#3
penah jugak dapat miskol. them miskol la balik. no macam belah2 terengganu kelantan. aku nih berbelas kasihan la jugak unknown number miskol aku miskol balik mana tahu kenkawan or panggilan penting ker kan. the he/she sms me. NIH FARAH KE? dan aku dengan baik hati nye reply nih bukan farah. lepas tuh boleh pulak si he/she ni reply TAK PAYAH LA NAK TIPU. omg. aku tak tipu lah! dan jgn harap aku nak reply balik. heh (farah adalah nama rekaan sebab aku tak ingat apa ntah nama yang disebut haritu)

#4,5,6,7,
ini kisah di mesir. berjuta-juta manusia dah yang aku tak kenal langsung call. bila di mesir semestinya arab lah. baek lelaki mahupun perempuan. penah ada satu nombor tuh keep bugging me days and night agak lama lah jugak. aku tengah lecture pon nak call. aku tgh study memalam call, pepagi aku ngah tidur pon call. kekadang pukul 3 pagi pon penah call. makcik tuh macam mencari anaknya yang lari dari rumah dan suruh anaknya pulang mungkin. haha. aku tak paham la apa org tuh ckp. yang lain-lain tuh ntah sapa-sapa la call. haish. dan bila dengar mamat arab terus la aku letak.

#8
sedang aku sebok mendengar lecture tiba-tiba mendapat panggilan. aku angkat dan dengar helo. arghh. orang arab mane pulak ni. so aku letak call. kemudian nombor yang sama call. aish. tak paham2. jadi aku angkat kemudian aku biar je kasi orang tuh dengar lecture yang aku sedang dengar. haha. kemudian kawan aku di sebelah dapat call dari nombor yang sama. and guess what! beliau adalah orang dari travel agent yang nak beritahu pasal tiket kami! HAHAHA. kesian gila. kemudian aku call balik dan aku mintak mahap la explen ade kelas hape bagai. hihihi.

#9
ini pula kisah tahun lepas. tiba-tiba ada manusia sms nak berkenalan. serius aku ingat member aku saja nak kenekan aku. rupa-rupanya beliau adalah cikgu sekolah rendah adik aku yang pernah aku jumpa ketika makan di kedai bersama mak dan abah. mak ngan abah la bersembang sakan ngan cikgu tuh aku dok diam je busy makan. ohhh, gatal sungguh cikgu! nak berkawan lah hape lah. euwww. ini bukan nak menjatuhkan martabat cikgu tapi disebabkan hal itu la aku menyampah gila ngan cikgu tuh. gatal tak bertempat kot. haih. ye masih muda belia lagi. dan aku xpernah pon cerita hal ni kat parents. just keep to myself. dan yang hairan nya mane beliau dapat no aku? aku sangat pasti mak abah bukanlah yang bagi nombor aku tuh.

#10
harituh ada orang hantar sms dan berkata NAK NGORAT BOLEH? lalu aku mereply TAK BOLEH. SAYA DAH KAWEN. dan kami pon bermsg2. oh no worry, aku memang dah boleh agak itu nombor siapa. budak gedik yang baru bertukar kepada hotlink youth club.. mesti la pakwe i kan. hehe


phone number aku universal sangat ke ek?

6 penyebok:

k h a y said...

stalker tu semua!!!!!!!!!!!!!!

meorsoleh said...

tu la... kat mesir nih slalu sgt tetiba orang mane ntah call... haih...

DAUD said...

bape no ko?
aku x tau pun, huhu

z a w a n i b a d r i said...

noure da sepemes taylor swift! :)

█▓▒░♥ p a n y ♥░▒▓█ said...

hahaha. ko byk peminat sgt.

weh camat ari rye,

maaf zahir batin~!

kakak said...

hmmmm.....i wonder who's dat noty teacher ek...hmmmmm....

GOSSIP GIRL!..meh story kat kkk..nak tau....hehhehehe