Thursday, February 18, 2010

sinai explorer: day 3

hari ketiga bermula tepat jam 12 malam. semua mula berkumpul kat lobby hotel sebab nak start panjat gunung. wow.semua sudah bersiap siaga dengan baju yang tebal glove mafla dan sebagainya. tapi bila nak dekat pukul 1 bayang bayang ustaz tak muncul2. lalu aku pon call ustaz aziz. nombor beliau je lah pon yang aku ada. first try takda orang angkat. ustaz nih macam tido je. T__T lepas tuh tunggu nak dekat 130 call lagi. baru lah ustaz angkat dengan suara baru bangun tido. T___T ustaz cepat la dah pukul berapa dah niii. aiyoh. rupanya ustaz dan isteri beliau tertidur selepas membuat sandwich untuk kami semua.

tidak lama kemudian muncul lah semua mushrif2. semua pon tertidur tak sedar diri rupanya. terus bergerak ke kaki bukit. ramai gila manusia. berduyun-duyun rombongan dari korea jepun arab sendiri dan macam2 lagi negara.


kami mula mendaki nak dekat pukul 230am. sempat ke nih nak sampai puncak sebelum matahari terbit? huhuk. kami dibahagikan group 5-6 orang satu group dengan seorang mushrif. pendakian sangat lah mencabar. disepanjang-panjang tuh ada lah orang arab badwi offer untuk naik unta. memang banyak gila unta dengan bayaran around 50-80LE. tapi haruslah gagahkan juga. aku yang fitness sangat kurang nih tabah gila memanjat.

serius sangat penat. tapi berkat dorongan dan keazaman untuk sampai ke puncak kami berjaya juga sampai akhirnyaaaa. ;) dan kami group pertama yang sampai ke puncak. worh! tapi dah ramai gila manusia kat puncak tuh penuh!. sampai puncak pukul 5 lebih. sampai-sampai je terus solat subuh jemaah ngan ustaz. rasa sangat syahdu pulak. dengan suara imam yang sedap. huhuk. perasaan yang tak tergambar.

selepas solat subuh menunggu beberapa minit kemudian matahari pon muncul sedikit demi sedikit. subhanallah. sangat cantik ye. bila akhirnya matahari keluar membulat. serius takkan lupa. cantikkkkk. ;)



selesai sesi bergambar-gambar kami pun turun. sejuk gila kat atas tuh. angin kuat. bila turun lalu jalan lain yang melalui perkampungan nabi ilyas. laluan yang sangat curam dan bertangga-tangga. tabah gila turun gunung. terima kasih ustaz tolong bawak beg. ;)









selepas berpenat lelah sampai semula ke kaki gunung. terus melepak kedai. minum air teh panas berharga 5 genih secawan. tak kisah lah. rasa nak minum air panas. asza belanja! yeay. sempat tertidur-tidur sementara menunggu rakan-rakan lain sampai ke bawah. untuk pengetahuan, dah 24 jam noure tak tidur ye. masa panjat gunung tuh punye lah mengantuk gila. sebelum tuh masa kat hotel tak boleh tidur lansung.

lepas semua dah sampai bergerak balik ke hotel untuk berehat mandi manda dan check out. baru tidur 3 menet ustaz aziz call suruh beritahu semua orang check out pukul 12. jam menunjukkan 1130. T_____T penat gilaaaaa. dengan kaki sakit ketuk bilik semua orang beritahu check out pukul 12. tabah sungguh.

kemudian check out hotel dan mula meninggalkan st catherine. dalam bus je terus doze off. dengan kaki sakit sangat tak best yeh. destinasi terakhir sebelum balik Hammam Firaun. air yang keluar dari sini air panas sebab high sulfur content. terdapat gua kat tempat tuh, duduk sekejap dalam gua dah macam dalam sauna. Natural Sauna. ;)





lunch di tepi pantai. sehingga matahari terbenam. di pagi hari melihat matahari terbit dari puncak gunung, di petang hari melihat matahari terbenam di tepi pantai. nice.


kemudian bergerak pulang. sampai rumah hampir pukul 4 pagi.

overall perjalanan yang sangat seronok! ;)


ps: sorry lah ye macam agak kurang proper sikit entry nih.. need to study marr.

3 penyebok:

k h a y said...

tngok muka kao time pnjt gunung tu pon gila penat. kalo ak kmpem da kurus ni. hahaha...

tgk ko pakai baju sejuk sume siap muffler n glove br teringt brg2 tersebut x msk lagi dlm list things to bring aku. hehe. thanks ingtkan secara x lgsng ye.

=D

noure said...

gile nak tercabut kaki aku dahh time tuh. T_____T
huhuhu. list cepat list. eh tapi kan nak masuk spring dah. tapi korea sejuk laaaa. sejuk itu adalah tak best. huhu

ain_dira said...

penat nye panjat bukit, pastu turun pastu dan2 kena checkout. kalon nyah, dh lame terbongkang...hehe..

sejuk tahap cameron pun aku x ske, apeyah sejuk mcm tmpt kp pg pakai baju ala2 org eskimo..hehe