Thursday, April 29, 2010

cover

hehehe. a fast update sebab nak cover entry sebelum nih. kang bakal mak mertua terbaca tajuk dari blog beliau habis lah rosak keayuan ai nih. hehehe. kerol, akak ayu je taw. no worry. haha


teremo sekejap, like i said before. blame the luteal phase pleaseee.. ;P

esok jumaat cuti. hari sabtu jugak cuti! yeayyyyy. labour day. walaupun student bukan lah labour atau sebarang jenis pekerjaan pun, tetapi tahukah anda tenaga yang digunakan untuk belajar adalah sama sahaja dengan labour bekerja siang dan malam. eh correct me of i'm wrong. i dont know how to explain. tapi kan, kire kau perah otak kau berfikir macam-macam masa belajar, tenaga yang digunakan adalah sama sahaja dengan tenaga buruh kasar bekerja. ada paham? bagus. jadi, memang patut lah kita cuti sempena labour day. horay! tak bermakna cuti daripada study T____T apabila seluruh ahli keluarga will have this little vacation in south. kakak kakak aku pulak saja bikin jeles. cissss. sungguh tak matang lah. hahahhaha.

tahniah ain nadhirah roomate dari form 4 sampai form 5 kat serting kerana telah habis belajar di universityyyyy. hoh. seronok nyaaa... serius aku ingat kau akan akan jadi cikgu sejarah. serius weh. haha. seronoknya hidup bergelumang dengan nombor. but for now, im happy wit the alphabetss. mungkn. hurmm. bila kau grad weh? ok nanti aku tanye kat formspring sudehhh.

last but not least, 2 days off! heaven, not?

kecoh ah lu bro

tak payah nak aibkan orang sampai macam tuh sekali kot. nak gelak, gelak lah. gelak kan sepuas hati. aku tak kisah lansung. serius tak kisah. tak mengganggu hidup aku pon.


tapi bila aku rasa macam mengaibkan rakan-rakan yang tak bersalah, aku rasa kau nih kecoh ahhh. panas weh panas.

gelak la puas-puas. sile2. tapi lepas tuh just let it go tak payah nak sambung kecoh boleh tak?? blerghhh.

bende kecik pon nak kecoh. adoi!





hahahaha. sejak bile pulak aku pandai melaser nih. eceh melaser la kunun. this is sooooo not me. aku tak amik pusing pun hal sekeliling. TAPI. tak baik la mengaibkan orang. adoi!
blame the luteal phase pleaseeee.

later!

;)

Wednesday, April 28, 2010

bertiduran

hari ini hari yang mengantukkan gila. padahal tidor banyak je dah. ish ish ish.
dari berjalan ke kelas mata pedih gila bila kena angin. mengantok. macam ada orang jampi serapah suruh tidur. oh my, takutnye.


hari nih kelas kat N.I.C.U. atau kitorang sebut nikiu. neonatal intensive care unit. masa doc ajar pasal resuscitation tuh gila lah mengantuk. mata macam ada magnet je. kenapa ini kenapaaa......????

lepas tuh masa break macam mamai2. ingat nak lelap kejap kat rumah ewa tapi busy sungguh makan macam2.hahaha. but still, aku mengantuk wehhh... its time for lecture! i dont sit at my usual place. sebab aku rasa i might need a little sleep. there goes the lecture begin. baru 5 minit doc mengajar kat depan aku dah melentokkan kepala. lepas tuh suara doc macam agak slow. lagi lah macam lagu lee seung chul (read: aku panggil lagu2 beliau lagu tido. hehe) berkumandang di telinga. good spot i've taken, lalu aku tidur. walaupun macam tak selesa. but who cares. the only antidote when i sleepy is SLEEP! tak kisah la dapat 2 minit deep sleep lepas tuh akan ok punya lah. aku tak lah doze off tak sedar diri terus. kejap2 bangun jugak apa lah doc nih ajar.

bila masuk 2nd part of lecture aku dah segarrr!!! weeee, gembireeee. segar sesegarnye lah. hahaha. dah tido dah. gembire weh... so mendengar lah lecture sampai habis. toleh kiri kanan depan belakang ramai gila tidur. hahaha.

ok bye!



Tuesday, April 27, 2010

round round round

round paeds nih macam dah makin seronok lah jugak. dah amik case-case yang menarek. like today, case kitorang kwashiorkor. korang ingat lagi tak kita ada belajar pasal kwashirkor masa form 2. kwashirkor yang disebabkan kekurangan protein dalam badan. memang melekat dalam otak aku sebab nama macam bom kebabom susah bebenor nak sebut time tuh. menarek lah.


aku ingat kwashirkor ni ada kat afrika je tempat-tempat mangsa kebuluran tuh. rupanya kat mesir ni pon ada. tapi sekarang dah semakin berkurang. tak mustahil pon kan kat malaysia pon ada jugak, kalau tak, takde lah masuk dalam silibus subjek sains kannnnn.

aku bukan nak mengajar pasal kwashiorkor nih, sume budak alex boleh rujuk buku paeds korang semua. budak selaen alex, nak tau lebih lanjut tanya dokter google okai. ;) to simplify the name, kitorang panggil kwash sahaja. aku tataw kenapa aku rasa nama itu seperti cool saje. hahaha. KWASH. KWASH. they have doll's face. chubby gila pipi. yang sebenarnya itu adalah edema of the face. muka apathic. macam case tadi budak tuh macam psycho gila. gila lah apathic. i mean, macam takde perasaan lansung. kitorang dok pegang-pegang pon budak tuh tak senyum tak ape. itu sebenarnya memang salah satu manifestation kwash nih. so beware lah sapa yang rasa psychopath takde perasaan tuh, anda mungkin KWASH! hoh

semalam pulak belajar pasal down syndrome, which remind one of my cousin. seronok lah belajar sekarang. at least menarik lah jugak kan.

dan doc hannan cakap aku ada slanting eyes, which one of characteristic feature of down syndrome. >.<>

ok gotta goooo.

later!



sukaneka sukahati

semalam masa aku tengah tengok gambar-gambar lama tiba-tiba terplay pulak video masa family day 2008 yang memang sangat obvious aku kat mesir time tuh. tsk. so aku tiada lah di tempat kejadian.


kat bawah ni video masa sukaneka. hahaha. semua orang pon main tipu. hahaha. teringat pulak aku the nation siblings. siapa lagi, yoo jae suk ngan hyori lah dalam family outing. rindunya kat ahli keluarga. tsk.


lebih kurang 2minit je video. tanak bukak xpe jeh. ;)

video

video description : masa sukaneka kanak-kanak kecik. amsyar tanak baling belon air tuh. last2 semua atirah yang baling. haha. tapi nak habis tuh ada jugak lah amsyar baling. main fokus amsyar sebab nih dari camera acik zana lah. haha. notice one of my cousin, she is down syndrome. teringat beliau semalam, sebab tuh tengok gambar family.

rugi pulk tak attach video masa dorang main isi air dalam botol. tuh lagi lahhhh. memang maen tipu habisssssss. hahaha.

Monday, April 26, 2010

twitter twitter


since dah beberapa rakan bertanya cane nak letak benda kejadah twitter kat tepi tuh kat blog. so here i copy and paste it down. eh tak, snap the step. sebenarnya aku pun lupa macamane. nasib baik ingat lah jugak. tak susah mana pun sonang ajer.

bila snap shot xde pulak arrow. so nak tak nak kene lah explain jugak.

nampak kat bawah skali gambar. ada banyak perkataan. pilih goodies.

pilih widgets

pilih my website

pilih profile widget

edit edit edit

finish and grab codes. ;)

semoga berjaya. yang dah berjaya tahniah diucapkan. haha. agak sengal di situ.

Sunday, April 25, 2010

hahahahhaha

manusia nih memang pelbagai. hahahah. diingatkan awal-awal entry ini macam akan banyak je perkataan. HAHAHAHA. maknanya aku kelakar dengan perangai manusia nih.


hahahaha.

hahahahha

hahahahaha

hahahahahahah

hahahahahahahha

i IS CRAZY

so bear with me. tak gile lah. cume gelihati tahap maksima je.

cuma nak cakap, i hate blogging world more and more. despite that, i still love to blog about my daily life. just to let friends know how things are going on in me. tapi takde lah sampai nak cerita masalah rumah tangga in every detail kan. ini bukan open diaries aku supaya orang baca dan tahu dan akan berfikir macam-macam dan konon bersimpati lah. nope nope nope. kadang-kadang kalau terlalu detail pon orang akan salah paham. banyak lah mulut yang bercakap. nak dapat kepastian apa semua. lagi tambah dosa ada laaaahhh. astaghfirullah. kena lah pandai nak limitkan benda kat blog nih. ini peringatan untuk diri sendir je lah.

alamak apa pulak aku merepek nih. tak lah, cuma certain people nih yang aku tak paham. yang kitorang tak paham. serius kitorang tak paham.

hahahahhahaha.

hahahahha.

cuma, tingkatkan sensitivity tuh sikit. tak semua benda kita yang betul. selalu kita tak sedar kita pon salah. no one is perfect okay. mari semua kita berfikir.

oh hey, back to my sanity. harini cuti. yeay! sinai day or something. tapi aku pon tak ingat ade ke cuti nih sebelum nih. takpe yang penting cuti! hehe

later!



Friday, April 23, 2010

another jumaat

wah, its been a week i'm not updating my cekodokmanis nih. ahahah. yelaaa, last entry pasal hari jumaat, nih dah the next jumaat. isnt that we call it a week? lame joke i know. diam ah.


bukan tanak update lerr, tapi i have gone through the same exact routine almost everyday. from saturday to thursday. oi stop whining about paeds already lah noure.

hehehe. ok nak cakap pasal ape yeh? hurmm. this is just another random entry of mine. life tak lah busy mana pon. tapi macam dah tergugat bila kawan-kawan mula dah study. do you know, my exam will be on 15th of May. peer pressure. peer pressure. tapi aku tak start2 study pon. serius nih. hurmmmm.. new week, new azam. yosh! boring nye hidup revolve around study je kan. tak lah, suka je pon. ;) sebenarnya nak tak nak kena lah suka jugak. tsk.

like seriously, i have nothing to say nowwwwww. sekadar untuk memenuhkan masa terluang. ok lah, menyampah pulak aku tulis entry nih bila takde apape nak cakap. bye bye lah. ;)


sekadar nak menggunakan choc chips yang aku bawak dari malaysia haritu maka terjadilah home-made cookies nih. walaupun rupa buruk tapi aku rasa sedap je. hahaha. habis dah ponnn. sob sob sob. penuh satu tupperware besar tapi sekarang ilek dah. yelah, semua orang pon dok mengunyah je. hahaha. bagus bagus.

Tuesday, April 20, 2010

kisah hari jumaat

hari jumaat haritu acara untuk kawad kaki dan tarik tali. oh lompat jauh juga. tabah gila bangun awal pagi jumaat sebab nak pergi tengok kawad kaki tuh taww. seronok, seronok. like always, biar gambar berbicara. eceh eceh. bila dibahasa melayukan macam berbunga-bunga pulak. malas nak tulis caption boleh tak? nak skip skip saje lah caption. hehe

jumaat yang lengang. nak terbaring tengah jalan pon boleh.
fire fire fire






#1
ke kanan
ke kiri pula
smart oh tarik tali pakai kebaya. hihi.
ini nancy. gila aktif! bagus bagus
the tarik tali-an. well done guys! eh. girls!


balik je terus doze off sampai petang. hahahah. penat dan panas.

berikanku keminatan

ohh sangat penatlah round paeds nih. walaupun balik pukul 2 or 3 tapiiii, sungguh lah masa yang berlalu sangat la lama.


setakat ini lecture tak berapa nak menarik hati. sejam setengah lecture. lama gila! T___T oh tadi lecture on how to do your assignment, haha. comel je tajuk lecture. eh penting oh penting. aku mendengar sampai tertido-tido lecture tak habis2. tsk. macamana nihhh, tolong lah menarik sikit paeds nih. hurmm. i mean lecture la. masa obgyn dulu mengekalkan rekod bersih tak ponteng lecture lansung. hoho. sebab menarik la belajar. tolong lah bertabah hati noure jangan lah start ponteng lecture sebosan manapun lecture tuh. dan suruh noure start baca buku merah dan slide lecture pleaseeeeee... kenapa tak menarik minat lansung nih?? konflik dalam diri.

eh macam banyak nak membebel tapi tetibe mental block pula. dehydration kot otak tak betul dah. nih belum kira berapa banyak typo aku buat nih. aduyai, panas gila sekarang. serius panas. standard lah nama pon mesir kan. macamana nak survive sampai bulan 8 nih. habis laa muka yang hitam bertambah-tambah hitam. tsk tsk

saya bercadang nak membela ikan. nani la banyak gila ikan die. serius banyak. kalau jual tuh memang kaya meleltop-letop la. eh bukan la ikan besar gedabak yang kena buat kolam ikan berhektar-hektar tuh. nih ikan kecik-kecik comel tuh je. aku nak adopt lah seekor dua ekor ikan nani, sebelum die pergi jual. hahaha. tunggu lah beli aquarium. wah, aquarium.

baby kakak yet to be known boy or girl. tuh la malu sangat nak tunjuk masa scan. bagus baby nih, kecik-kecik dah tau apa itu shyness. kakak pon semalam msg cakap kena buat mgtt next week. sila google apa itu mgtt. sebab berat naik 3kg in a month. sepatutnya sebulan naik tak lebih 2 kg je. kakak sila control pemakanan ye, hope takde ape lah. nanti lah anis bukak buku balik bagitaw what to eat and what's not. wah, dah macam dietrician pula.

tadi balik kelas macam biasa la singgah kedai beli air mineral yang dah habis kat rumah. pergi kedai pakcik biasa lah. aku ambik air 2 botol dan syibsi merah macam biasa. tapi harini tak beli chixo or mandolin sebab tekak aku still rasa tak selesa nak makan coklat2. ada je pon lagi chixo aku beli haritu tak makan. lepas tuh masa nak bayar tuh pakcik tuh tanya, tak beli chixo ke harini? hahahaha. aku pon gelak la cakap tak la pakcik. saya sakit tekak sekarang so rasa gatal kalau makan coklat. tipu je aku membebel panjang-panjang kat pakcik arab tuh. aku cakap tak je pon. ;P oh mesej yang nak disampaikan di sini pakcik kedai tuh dah kenal sangat lah muke aku nih memang akan beli bende yang sama hari-hari pon. segan la ngan pakcik tuh dah.





Sunday, April 18, 2010

hari ini esok dan hari-hari seterusnya

hari ini esok dan hari-hari seterusnya kelas start 830am. tak remaja lansung lah. tsk. hari ni baru lah proper sikit belajar paeds bila doc dah memunculkan diri. dah rasa ok lah belajar, banyak benda baru pasal children nih. tapi memang lah sebijik macam internal meds pon.


serius ngantok gila dah nih.mahu tidur. mahu tidur. tak jadi lah nak memebebel banyak-banyak. roomate dah nak tido gak tuh. isk mane boleh. nak tido jugak. serius busy dan penat lately.

later rakan-rakan. gunnnaaaaiittteeee.

*xlarat jugak nak iron baju malam nih. esok pagi je lah*

nite!

Saturday, April 17, 2010

paediatrics-first day

first day yang berlegar-legar. tataw kelas kat mana takde briefing apa bagai. semua orang pon dah start kelas tapi kami stil menunggu doctor yang tak kunjung tiba. only about 9 something baru masuk bilik belajar dan still menunggu cikgu. then selepas call coordinator about 10am we were divided into half and joining other group yang dah belajar almost half. kitorang takde doc harini. hurmmm. agak kurang menarek di situ yeh.


takpelah, we'll see esok pula. hari ni pon just belajar history and general examination. sebijik je macam internal meds. ohh, keminatan itu sangatlah pudar.

walaupun balik pukul 2pm arini tapi rasa penat gila. lepas clinical round kena berjalan ke convention centre for lecture. berjalan tuh pon dah ambik separuh tenaga aku. jauh laaaaa weyh. kalau dekat takde nye aku nak bising. takpe noure, sebulan jeee okai.

selamat berPaediatrics!! first day pon aku macam dah mempangkah paediatrics dalam hidup aku. haha. tapi comel je tengok kanak-kanak nih. we'll see je lah. yang menarik setakat nih, buku paeds yang berwarna merah. nice. menarek jugak nak di tengok muka depan tuh. haha

petang nih ada makan-makan obgyn group. yeayy. dah nak masak apape yang patut untuk dibawa bersama.

later!

Thursday, April 15, 2010

hey there people.

alamak alamak.


nampaknya dah start dah link from merahsaga06dotblogspot hit the counter. my blog got listed there. just as i read, it's the blog for our batch eh? nice there to begin with. tataw lah where they got my link kan. WAHAHAHA. padahal kau letak je kat mana-mana link blog kau nih nak tanya lagi WHERE THE HELL THEY GET YOUR LINK? ceit.

i wont make it as an issue pon. tapi macam dah cuak sikit nak merepek-repek. tak, bukan cuak. saya segan lah. ok i'll try to behave. hehehe. ini macam riak-riak perasan orang nak baca blog nih. ceh, i know they might be just the regular reader of cekodokmanis nih. i really have no idea who really read my blog. yang aku tau siti khairiyah dan ain nadhirah dan kawan-kawan terdekat sahaja.

gue segan ah beb. just a reminder, eceh. eceh. blog nih takkan mendatangkan faedah kepada pembaca berbanding rakan-rakan alex yang lain. sebab itu lah saya segan. inferiority complex? oh something like that lah. haha.


anyway, take care!

a temporary goodbye

as we all know already, today is our last day in OBGYN. but no worry, we will complete this obgyn round for another 2 months(?) next year. by next year i mean, 5th year lah.
i was in group 5. which i think we have the most dedicated and devoted teacher. ;)
sume cikgu sangat punctual ohh. tapi yang tak menarik dipandang, bila student yang selalu lambat. sampai cikgu nak start kelas pon kene tunggu semua orang sampai. bila dah tau doctor akan datang awal, get the tune, comes early. what they might say when we alwaysss come late for class. sungguh kurang enak sekali, kawan-kawan datang la awal ye kalau dah tau cikgu akan datang awal. 5 minit lambat tak kisah sangat kot. but 15 -20 minutes kind of bit too much lah. kita pun akan rugi masa nak belajar. ini juga peringatan untuk diri sendiri di masa hadapan. ;)

Dr Ameera, the beautiful light grey iris. i adore her eyes!
Dr. Sameer. Always get home at 4-on-the-dot.
Dr. Hossam. like the way he teach tho.
Dr. Mahmoud .ultrasound time. ;)
the busiest Dr Hisham. our head of department. drooling over his Macbook Pro. haha
Dr Hassan Mansour. i think he is the coordinator for our group.kot. good job. good job.
Dr. Amru(?). thanks for the Suzanne Mubarak trip. ;)

bye bye OBGYN. sure im gonna miss jeritan ibu-ibu nak beranak. haha. oh, i have no picture with one of the professor because i was not going to class on that day. the day i fell sick, remember?

paediatrics group, take a good side of it. surely i miss surgery group.

Wednesday, April 14, 2010

esok last OBGYN!


saya busan dan mengantuk. mengantuknyeeee. nak tido awal lah. i dont feel like doing anything right now. oh mengantuks.

Tuesday, April 13, 2010

CS

hari nih doctor tunjuk proper way of C section procedure. explaining every step done during the operation. simple je CS ni. 20-30 minutes and done!

view from OR. suka gila mengadap mediterranean. :D

penat ah bersin sepanjang hari. batuk batuk. haiyoh.

hurmm

aku dah banyak dah dengar cerita-cerita kurang enak didengar sepanjang-panjang sukan yang tak habis-habis nih. like seriously, dah sebulan tak habis lagi. aku tanak lah cakap apape lebih-lebih sebab aku tak pon join mana-mana acara. tapi aku menyokong ah rumah merah. bayar la jugak kan. nak jugak support batch sendiri.


tapi sepanjang perlawanan-perlawanan nih aku tengok macam lagi buat manusia manusia nih bergaduh je. haih la. biasa lah, wanita kan emosi. pelbagai cerita-cerita kurang enak didengar, masing-masing tak puas hati. kan dah bergaduh, cakap belakang, kutuk-kutuk kat facebook. ak yang dengar pon macam . perghh. tapi aku rasa benda nih tak lah teruk sangat pon kan. semua orang cool kot pasal nih.

it's about to close soon pon. tapi berapa banyak yang injured tuh toksah cakap. lepas tuh tengok member macam tak study risau pulak aku. aku yang tak buat apape pun tak study sangat. apatah lagi orang yang busy.. lepas tuh bergaduh dengan arab lagi, game malam-malam sampai kena kacau dengan arab, bila penat esok ada yang tak pergi kelas. dengan injured lagi. macamana nak belajar elok-elok. hai lahh, risau aku kawan-kawan aku nih lah. aku tak lah cakap benda nih tak elok. bagus lah nak bersukan sukan nih. bagus untuk kesihatan. tapi macam over sangat. nak sangat buat besar-besaran. sampaikan pelajaran terabai? ok kalau semua orang memang semulajadi bijak fine then. takde ape lah nak dicakap.

lepas tuh hari-hari pon buat maskot tak siap-siap? ish. kesian jugak bersusah payah mereka kan.

hurm, aku tanak dah cakap macam-macam. aku harap budak alex tak baca blog aku dan mengutuk-ngutuk aku bising je lebih. hahahahha. diam ah. aku pon nak jugak buat ayat nih kat blog nih boleh tak? BLOG AKU SUKAHATI AKU LA. oh tipikal tipikal. ;P

majulah sukan untuk negara. belajar jangan dilupa.

dan kenapa aktif sangat dorang nih macam-macam benda semua nak on? study je boleh tak? haih laaah, aku bukan nak menghalang. nak join tapi macam aku harus tamakan diri untuk belajar. hidup pon tunggang langgang sekarang ini. T__T walaupun sebenarnya tak belajar sangat pon. hurmm.


nampaknya aku menyokong lah pepatah budak medik nih lifeless. hahaha. lifeless weh. tolonglah jadi budak medik kuno yang belajar 24 jam tanpa henti mengadap buku. barulah aku termotivasi sikit nak study. ini tak, sibuk nak anjurkan blog paling kontroversi. oh myyyyy, BUANG MASA TAHU TAK? tolong lah tengok MELODI tv3.

kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi

mari belajar medik! haha

bye bye.

contraception tak habis baca lagi.

Monday, April 12, 2010

virus

welkam selesema ke dalam hidup noure. oh my, kat lecture tadik aku rasa macam nak je keluar tengah tengah lecture tadi bila batuk tak henti-henti. itu pon penat oh aku cover. T___T


antara semua benda, to be honest aku memang paling tak gemar kalau dapat batuk. aku cool lagi kalau seleseme atau demam. tapi kalau batuk. TSK. TSK. SEKSAAAAA. dah lama tak batuk nih, selalu selesema je pon paling kurang. takpe lah. sekali sekala batuk.

bila sms mak, cakap aku batuk dan sebenarnya nak cakap exam tak jadi. then aku expect mak akan reply macam "makan madu ngan air panas or something something that her thingy lah." but it turn out to be "makan ubat batuk la"
HAHAHAHAHAHA. aku nak tido dah time tuh gelak kejap bace msg mak. ohh emak. tak terkata aku dibuatnya.

hey org lain semua cakap "makan ubat.. makan ubat... makan ubat.." so far mak sorang je cakap makan ubat batuk la. spesifik. bagus.

here the thing, antara ubat-ubatan semua lah kannn. yang paling aku benci adalah ubat batukkkk. seriusly. memang dari kecik aku benci gila ubat batuk. tak sedap langsung!! aku masih tak paham kenapa ain nadhirah suka sangat makan ubat batuk time sekolah dulu. hahahahha. kan ain kannn. mengaku cepat.

aku hairan kenapa dengan tiba-tiba aku dapat batuk selesema dan sebagainya. lalu teringat balik. beberapa hari lepas ada webcamming dengan makcik khay di korea yang ketika itu muka sememeh tak sehat. sejak bila virus seleseme batuk nih dah pandai online kan diri pergi berjalan dari korea ke mesir yang jauh beribu batu??? inikah yang dikatakan dunia tanpa sempadan? oh dunia.

contraception tak habis baca lagi. byee byee

Sunday, April 11, 2010

Faith is life itself

Those that are wretched in the full sense of word are those that are bereft of the treasure of faith. They are always in a state of misery and anger.


The only means of purifying the heart and of removing anxieties and worries from it is to have complete faith in Allah, Lord of all exists. In fact, there can be no true meaning to life when one has no faith.

Whoever works righteousness, whether male or female, while he is a true believer; verily, to him We will give good life [in this world with respect, contentment, and lawful provision]. And we shall pay them certainly a reward in proportion to the best of what they used to do [i.e. Paradise in the Hereafter].
(Qur'an 16: 97)

The 'good life' that is mentioned in this verse refers to having a firm faith in the promise of our Lord and a steady heart that loves Him. People who lead this 'good life' will also have calm nerves when afflicted with hardship; they will be satisfied with everything that befalls them, because it was written for them, and because they are pleased with Allah as their Lord, with Islam as their Religion, and with Muhammad as their Prophet and Messenger.

Saturday, April 10, 2010

confirmed

pagi tadi SR da konpem kam exam takde. patut kah gembira atau harus kah bersedih? sekarang gembira lah. tengoklah lagi sebulan. menangis tak berlagu. tamo2.


sebenarnya masih mamai baru bangun tidur, sekarang pukul 9.37pm.

sakit tekak sakit kepala gila sakit perut segala galanya sakit lah. tsk.

bangun pon sebab teringat nasik goreng pataya yang beli kat romansa tadi tak dimkan lagi. oleh itu, mari kta makan dan sambung tidur.

tadi time aku tidur chibi menyebok-nyebok jugak, tergugat kot sebab tempat lepak die slalu aku pulak konker harini, tuh ngah sedap tidur kat tepi katil. muahahaha.

bye. mata berpinar-pinar lagi nih. sakit tekak wehhh. tsk

Friday, April 9, 2010

sekejap ada sekejap takde

tuh tengok sebelah kanan kat nota tuh. aku dah jote down exam untuk osce ngan mcq exam. mula-mula dorang kata habis je obgyn nih takde exam. terus masuk paeds. tapi hari rabu harituh sorang prof tuh buat announcement kat lecture akan ada exam which stated as kat sebelah tuh. then semalam pulak member yang balik lambat sebab ada presentation cakap prof dorang cakap exam dah dibatalkan. but tataw lahhhhh. betul ke? adehh.


hai lah university, oh aku baru saje bertanya kepada SR (read: student representative) mari copy paste.

noure nisa10:39 AMsalam
noure nisa10:39 AMexam ade ke takde?
FaKHruddiN baik10:39 AMwsalam
FaKHruddiN baik10:40 AMcepu emasnya soklan
FaKHruddiN baik10:40 AMpjg ceritanya
FaKHruddiN baik10:40 AMlong made short
FaKHruddiN baik10:40 AMx komfem
FaKHruddiN baik10:40 AMsori la weh
FaKHruddiN baik10:40 AMhuhu
FaKHruddiN baik10:40 AMboss kata nak buat
FaKHruddiN baik10:40 AMtp dean xmau
FaKHruddiN baik10:40 AMdie nak suh wat after paeds
FaKHruddiN baik10:41 AMtp maybe nak fight utk midsem dulu la
FaKHruddiN baik10:41 AMosce lambat
FaKHruddiN baik10:41 AMstill trying




iyewhhh, dorang nih kaaan, suka hati je. student jugak yang jadi mangsa. kitorang jugak jadi mangsa. aku jugak jadi mangsa. nih yang menyampah nih bila dijadikan bahan eexperimen. for me lah, baik la buat exam after habis round nih. otak masih fresh ngan obgyn nih. kot-kot tak sempat ke nak baca some topic, at least mana tau tetiba teringat lagi doctor baru mengajar beberapa hari sebelum tuh kan. kalau nak tunggu habis paeds, hancur harapan punah berkecai. nanti nak refresh balik otak ngan obgyn. aiyohh.

hai dekan, saya rasa awak pon pernah belajar dahulu bukan? kami bukan tikus untuk dijadikan bahan eksperimen sesuka hati awak ok!!!

blerghhh.


Thursday, April 8, 2010

have you?

pernah tak rasa bila kau mula bercakap atau nak bercerita atau apape je la nak bagi pendapat ke ape ke nak menyampuk ke, baru bercakap lepas tuh kau rasa macam orang-orang sekeliling bagi suasana yang nak suruh kau "diam ah boleh tak? atau "kau nih bile nak habis bercerita nih?aku malas ah nak dengar".


well, it happen to me all the time. yer, aku rasa bile aku bercakap je macam sume orang pon macam nak suruh aku berenti cakap duduk diam-diam je. maka lebih baik diam sahaja kan. so aku hanya dengar je lah orang bercakap. fine fine.

aku rasa orang yang tabah gila mendengar aku bercerita atau mengadu atau membebel atau apape lagi lah ialah makcik siti khairiyah zulkifli. mek, aku rindu kau ah. bukan senang nak carik kawan yang memang buat kita rasa dia memang dengar dengan penuh semangat lah bila kita bercakap dan bagi respon yang kita rasa " haaa, cerita lah lagi. tak yah berenti bercakap. cerita je sume bende". kau tak rasa bersalah lansung nak bercakap macam-macam dan kau rasa nak cerita semua benda kat beliau.

oh my, i miss you khay!!! to be honest, this one person je lah i felt that way.

but hey all my friends, thanks kerana sudi mendengar apape je lah aku cakap pon. ;)


Tuesday, April 6, 2010

dah agak dah. HAHA

sebenarnya kan masa aku tulis entry sebelum nih masa tanya kakak apa baby nak, aku macam dah terlintas dalam hati "kakak aku nih ntah ntah kang die mintak stroller baby lah, katil baby lah apape lagi lah"


haaaaa, dah agak dah. memang dah agak dah.

Anonymous kakak said...

baby nak apeeeeeeeee yeeeeee.......

acik anis, baby nak stroller besh leh.....
mak baby ngan abah baby lak nak microwave yg ditunggu2 sekian lama x sampai2 tuh...hohohoho

April 6, 2010 8:30 AM



hahahahha. aku memang dah agak dahhh.

iyorrr, dah janji la kan nak bagi microwave. amboi macam mahal benau kan. aku ingat lagi ayat kakak "abang ipar ko tuh takleh hidup tanpa microwave"
lepas tuh teringat masa bukak hadiah abang ipar cakap kat amsyar "nanti cakap kat ibu, bagi hadiah tv Bravia tau, amsyar cakap kat ibu macam tu ye" ayat aku reka lah sikit tapi pesanan yang nak disampaikan tuh memang la nak tv gedabak besar nipis tuh. hahahaha. melampauuuuu. hahahaha. ok ini tade kaitan pon, tapi tetiba teringat je.

aah kawan-kawan aku tak bagi lagi hadiah kawen kakak harituh. nak dekat setaun dah kaaann. ;P yerla, aku sampai rumah je kakak kawen keesokan harinya. lepas tuh bila nak carik hadiah kawen kakak ngan adik jenuh la pusing jusco last-last call acik zana mintak pandangan. eceh. acik lalu berkata "ala korang tunggu je la kakak pindah rumah sendiri baru bagi ape bende yang tak cukup kat rumah die tu nanti" kenapa mesti microwave? T___T pokai lah pokai. macamane nak menabung nih? haih. ;P

hahaha. merepek di malam hari. esok presentation. harini belajar cane nak masukkan Intrauterine device ke dalam uterus. as simple as ABC.


gunnaaaiitteeeee.

Monday, April 5, 2010

easter holiday

cuti adalah hari yang amat jarang berlaku kat sini. tak macam kat malaysia, tahun baru cina cuti, thaipusam cuti, raya puasa cuti, hari gawai cuti, hari keputeraan sultan selangor cuti, hari merdeka cuti, hari-hari cuti. ohh seronok itu.


hari ni cuti easter. esok sekolah la balik dah. cuti bukan bermakna boleh rest. ok lah, in terms rest dari berjalan kaki ke sekolah, mendengar ajaran cikgu-cikgu dan pulang semula berjalan kaki balik rumah. cuti lah tu kan.

bangun pagi terus mengadap private practice ep 18 dan 19. lepas tuh sepanjang hari menghabiskan assignments. hari rabu ni nak present dah. agak lembap sikit progress sebab terkial-kial guna microsoft office for mac. sama je function tapi susunan lain. jenuh la aku try and error macamane nak buat itu, macamane nak buat ini. sekarang dah makin power dah. hohoh. alhamdulillah, dah siap dah assignmets, esok kene kumpul pulak dari group members. nasib baik 3 orang je satu group. kalau lah berbelas-belas orang macam sebelum ni, uih, jenuh eden. tapi bila makin sikit satu group, makin banyak lah kena present. boleh noure boleh, oh by the way, our group topic is Endometriosis. aku di assign untuk buat clinical picture and investigation. prof awal-awal dah remindkan kitorang sorang not more than 10 minutes. tapi slide banyak kooooot. huhuk.

bila dah habis buat asignments, apa lagi. layan lah family outing. tak payah tanye dah berapa juta kali ulang episode yang sama pon. hihih. rindu la kat mereka. hurm.

oh, do you know, cuti summer telah dicepatkan bermula 11 august. ini yang buat aku menyampah dengan alexandria university nih, tolong tetap pendirian sikit boleh tak? hurm. tiket aku 22 august, bila bagitau mak, mak suruh balik awal. mana tahu dapat tengok kakak ketika masih gemok buncit edematous dan nak beranak. hahah. well, everything is under control ye mak.

hye kakak, cepat bagitau baby nak apa. walaupun bukan baby yang nak, mak baby yang nak sebenarnya kannn. haha. bagitau awal-awal senang nak carik kalau keluar bebila nanti.

sekarang dah maghrib dah, oklah nak solat dan japgi kena baca ectopic pregnancy and normal labour. esok ada TBL maaa.

later!



say anything

Here I am on the phone again and...Awkward silences on the other end
I used to know the sound of a smile in your voice But right now (right now ) all I feel (all I feel) is the pain of fighting starting up again
All the things we talk about You know they stay on my mind, on my mind All the things we laugh about they'll bring us through it every time, After time, after time
Some say that time changes, best friends can become strangers But I don't want that, no not for you If you just stay with me we can make it through
So here we are again the same old argumentNow I'm wondering if things will ever changeWhen will you laugh again, laugh like you did back whenWe'd make noise 'til 3 am, And the neighbors would complain


not a full lyric pon. ah sudah, sekarang suka lah pulak mengepost-ngepost lirik lagu. oi sejak bile kau berjiwa-jiwa nih noure? hmmm. well, the song suit me well lah. suka hati ku. ;)

Saturday, April 3, 2010

red sangat smart oh!

saringan untuk acara balapan semalam. tengahari-tengahari buta pon sanggup aku turun taw. panas gilaaaa!!!
tak masuk pon, sekadar memberi sokongan. hehe
kemarau di alex maka air swimming pool terevaporate dan kering. tsk. tsk

go merah go merah. ;D

nadiah penat berlari. menang menang! ;)

penjual karipap dan kek batik. tuh haaa yang pakai baju hijau ngan spek mate lalat.
woot. woot. jauh ke hadapan. housemate. housemate. hahaha

berapa ramai masih tidak tahu kak iba adalah sepupu noure? huhuh

bersama cik gigi besi. HAHAHA


Friday, April 2, 2010

kenapa? kenapa? kenapa?

aku dah sedikit lega bila tulis panjang gilaaaaaa tadi. rasa dah ringan sikit beban. tapi bila hilang macam tuh je, aku rasa macam semua benda yang aku luah tadi masuk balik dalam diri nih. sakit sangat. terasa berat gila yang aku kene tanggung lagi. tak terluah sampai bila-bila kot. hurm. aku rasa nak nangis dah nih. sedih sangat.pedih pedih. ;( i want to let it go, but it wont. pleaseeeeee go away. i need my normal life back. ;(

aku dah takde kekuatan nak tulis semua benda balik, nak luah semua benda. maybe next time. sedih sangat. ;(

stupido

penat aku membebel panjang gila gila punya panjang. lepas tuh bile tekan publish post terus keluar bad request lepas tuh bila tengok balik kat edit post apa yang kau membebel panjang-panjang tak tersave pon. T____T tak dapat lah korang nak baca luahan hati aku sepanjang-panjang nya. sejam aku menaip tak henti tau tak????