Tuesday, April 20, 2010

berikanku keminatan

ohh sangat penatlah round paeds nih. walaupun balik pukul 2 or 3 tapiiii, sungguh lah masa yang berlalu sangat la lama.


setakat ini lecture tak berapa nak menarik hati. sejam setengah lecture. lama gila! T___T oh tadi lecture on how to do your assignment, haha. comel je tajuk lecture. eh penting oh penting. aku mendengar sampai tertido-tido lecture tak habis2. tsk. macamana nihhh, tolong lah menarik sikit paeds nih. hurmm. i mean lecture la. masa obgyn dulu mengekalkan rekod bersih tak ponteng lecture lansung. hoho. sebab menarik la belajar. tolong lah bertabah hati noure jangan lah start ponteng lecture sebosan manapun lecture tuh. dan suruh noure start baca buku merah dan slide lecture pleaseeeeee... kenapa tak menarik minat lansung nih?? konflik dalam diri.

eh macam banyak nak membebel tapi tetibe mental block pula. dehydration kot otak tak betul dah. nih belum kira berapa banyak typo aku buat nih. aduyai, panas gila sekarang. serius panas. standard lah nama pon mesir kan. macamana nak survive sampai bulan 8 nih. habis laa muka yang hitam bertambah-tambah hitam. tsk tsk

saya bercadang nak membela ikan. nani la banyak gila ikan die. serius banyak. kalau jual tuh memang kaya meleltop-letop la. eh bukan la ikan besar gedabak yang kena buat kolam ikan berhektar-hektar tuh. nih ikan kecik-kecik comel tuh je. aku nak adopt lah seekor dua ekor ikan nani, sebelum die pergi jual. hahaha. tunggu lah beli aquarium. wah, aquarium.

baby kakak yet to be known boy or girl. tuh la malu sangat nak tunjuk masa scan. bagus baby nih, kecik-kecik dah tau apa itu shyness. kakak pon semalam msg cakap kena buat mgtt next week. sila google apa itu mgtt. sebab berat naik 3kg in a month. sepatutnya sebulan naik tak lebih 2 kg je. kakak sila control pemakanan ye, hope takde ape lah. nanti lah anis bukak buku balik bagitaw what to eat and what's not. wah, dah macam dietrician pula.

tadi balik kelas macam biasa la singgah kedai beli air mineral yang dah habis kat rumah. pergi kedai pakcik biasa lah. aku ambik air 2 botol dan syibsi merah macam biasa. tapi harini tak beli chixo or mandolin sebab tekak aku still rasa tak selesa nak makan coklat2. ada je pon lagi chixo aku beli haritu tak makan. lepas tuh masa nak bayar tuh pakcik tuh tanya, tak beli chixo ke harini? hahahaha. aku pon gelak la cakap tak la pakcik. saya sakit tekak sekarang so rasa gatal kalau makan coklat. tipu je aku membebel panjang-panjang kat pakcik arab tuh. aku cakap tak je pon. ;P oh mesej yang nak disampaikan di sini pakcik kedai tuh dah kenal sangat lah muke aku nih memang akan beli bende yang sama hari-hari pon. segan la ngan pakcik tuh dah.





2 penyebok:

han.nan.ni said...

hoho,dtg ambil cepat la ikan ni noure.diorg x sabar2 nk duk ngan mak angkat diorg =p

hurmmm,jgn lupa,beli akuarium jaga elok2.kan jadi cm nida n kak iman,blum ambil ikan lg akuarium dah retak seribu....

noure dtg noure..lompat je ikut beranda rumah ko..hahah

noure said...

kene tunggu aku beli akuarium dulu laahh. aku rase nanti aku nak angkut ko tolong pilihkan akuarium untuk aku.

kite kene bine jambatan nih supaye tayah nak turun bawah naek atas balik kalo nak gi umah ko. haha

weh, terkejut aku ko bace blog nih. segan segan hihi