Monday, April 5, 2010

easter holiday

cuti adalah hari yang amat jarang berlaku kat sini. tak macam kat malaysia, tahun baru cina cuti, thaipusam cuti, raya puasa cuti, hari gawai cuti, hari keputeraan sultan selangor cuti, hari merdeka cuti, hari-hari cuti. ohh seronok itu.


hari ni cuti easter. esok sekolah la balik dah. cuti bukan bermakna boleh rest. ok lah, in terms rest dari berjalan kaki ke sekolah, mendengar ajaran cikgu-cikgu dan pulang semula berjalan kaki balik rumah. cuti lah tu kan.

bangun pagi terus mengadap private practice ep 18 dan 19. lepas tuh sepanjang hari menghabiskan assignments. hari rabu ni nak present dah. agak lembap sikit progress sebab terkial-kial guna microsoft office for mac. sama je function tapi susunan lain. jenuh la aku try and error macamane nak buat itu, macamane nak buat ini. sekarang dah makin power dah. hohoh. alhamdulillah, dah siap dah assignmets, esok kene kumpul pulak dari group members. nasib baik 3 orang je satu group. kalau lah berbelas-belas orang macam sebelum ni, uih, jenuh eden. tapi bila makin sikit satu group, makin banyak lah kena present. boleh noure boleh, oh by the way, our group topic is Endometriosis. aku di assign untuk buat clinical picture and investigation. prof awal-awal dah remindkan kitorang sorang not more than 10 minutes. tapi slide banyak kooooot. huhuk.

bila dah habis buat asignments, apa lagi. layan lah family outing. tak payah tanye dah berapa juta kali ulang episode yang sama pon. hihih. rindu la kat mereka. hurm.

oh, do you know, cuti summer telah dicepatkan bermula 11 august. ini yang buat aku menyampah dengan alexandria university nih, tolong tetap pendirian sikit boleh tak? hurm. tiket aku 22 august, bila bagitau mak, mak suruh balik awal. mana tahu dapat tengok kakak ketika masih gemok buncit edematous dan nak beranak. hahah. well, everything is under control ye mak.

hye kakak, cepat bagitau baby nak apa. walaupun bukan baby yang nak, mak baby yang nak sebenarnya kannn. haha. bagitau awal-awal senang nak carik kalau keluar bebila nanti.

sekarang dah maghrib dah, oklah nak solat dan japgi kena baca ectopic pregnancy and normal labour. esok ada TBL maaa.

later!



1 penyebok:

kakak said...

baby nak apeeeeeeeee yeeeeee.......

acik anis, baby nak stroller besh leh.....
mak baby ngan abah baby lak nak microwave yg ditunggu2 sekian lama x sampai2 tuh...hohohoho