Tuesday, April 13, 2010

hurmm

aku dah banyak dah dengar cerita-cerita kurang enak didengar sepanjang-panjang sukan yang tak habis-habis nih. like seriously, dah sebulan tak habis lagi. aku tanak lah cakap apape lebih-lebih sebab aku tak pon join mana-mana acara. tapi aku menyokong ah rumah merah. bayar la jugak kan. nak jugak support batch sendiri.


tapi sepanjang perlawanan-perlawanan nih aku tengok macam lagi buat manusia manusia nih bergaduh je. haih la. biasa lah, wanita kan emosi. pelbagai cerita-cerita kurang enak didengar, masing-masing tak puas hati. kan dah bergaduh, cakap belakang, kutuk-kutuk kat facebook. ak yang dengar pon macam . perghh. tapi aku rasa benda nih tak lah teruk sangat pon kan. semua orang cool kot pasal nih.

it's about to close soon pon. tapi berapa banyak yang injured tuh toksah cakap. lepas tuh tengok member macam tak study risau pulak aku. aku yang tak buat apape pun tak study sangat. apatah lagi orang yang busy.. lepas tuh bergaduh dengan arab lagi, game malam-malam sampai kena kacau dengan arab, bila penat esok ada yang tak pergi kelas. dengan injured lagi. macamana nak belajar elok-elok. hai lahh, risau aku kawan-kawan aku nih lah. aku tak lah cakap benda nih tak elok. bagus lah nak bersukan sukan nih. bagus untuk kesihatan. tapi macam over sangat. nak sangat buat besar-besaran. sampaikan pelajaran terabai? ok kalau semua orang memang semulajadi bijak fine then. takde ape lah nak dicakap.

lepas tuh hari-hari pon buat maskot tak siap-siap? ish. kesian jugak bersusah payah mereka kan.

hurm, aku tanak dah cakap macam-macam. aku harap budak alex tak baca blog aku dan mengutuk-ngutuk aku bising je lebih. hahahahha. diam ah. aku pon nak jugak buat ayat nih kat blog nih boleh tak? BLOG AKU SUKAHATI AKU LA. oh tipikal tipikal. ;P

majulah sukan untuk negara. belajar jangan dilupa.

dan kenapa aktif sangat dorang nih macam-macam benda semua nak on? study je boleh tak? haih laaah, aku bukan nak menghalang. nak join tapi macam aku harus tamakan diri untuk belajar. hidup pon tunggang langgang sekarang ini. T__T walaupun sebenarnya tak belajar sangat pon. hurmm.


nampaknya aku menyokong lah pepatah budak medik nih lifeless. hahaha. lifeless weh. tolonglah jadi budak medik kuno yang belajar 24 jam tanpa henti mengadap buku. barulah aku termotivasi sikit nak study. ini tak, sibuk nak anjurkan blog paling kontroversi. oh myyyyy, BUANG MASA TAHU TAK? tolong lah tengok MELODI tv3.

kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi

mari belajar medik! haha

bye bye.

contraception tak habis baca lagi.

6 penyebok:

k h a y said...

ko apsal xjoin sukan?

aku main bola tau semalam. hahaha.
main saje2 je la ponsss~~

samat belajar!

z a w a n i b a d r i said...

slmt la pak arab x pndi bm :) bule ngumpat2! :)

ain_dira said...

BLOG AKU SUKAHATI AKU LA--> statment bila marah n bebel kat blog sendiri..

noure said...

khay: sebab aku xfitness lansung. hahaha. jadi rasa xlayak :P

wani: haahhh, sangat boleh mengumpat depan2. dah selalu sgt dah. haha

ain: oh well. pemes ayat tuh kan. muahahaha

noure said...
This comment has been removed by the author.
noure said...
This comment has been removed by the author.