Sunday, May 30, 2010

kryo podia


mental breakdown

sigh!

T_____T

falling off

sangat mengantuk sekarang ni. sekarang maksudnye at this very moment time aku menaip ni laaaa. nak tido, can? pukul 4.57 pm sekarang. baru habis siapkan assignment. tayah kene present. yeay.


eeee mengantuknyeee. tak elok la tido petang. not gud not gud. tapi mengantuk lah. kang malam susah beno la nak tido. sekarang macam asik tido lambat je. pukul 130 am baru tido. study? mungkin. hahahah.

nak tido 15 menet boleh tak? bagi segar sikit kepala otak. 15 menet jeeee. bile pas makan memang laa mengantuk.

15 menet je eh. jangan lebih2 ye noure.

ohh seminggu lebih kat ortho nih berjutajuta orang dah kitorang jumpe jatuh bangunan mostly dari tingkat empat. exagerated je berjuta-juta tuh. tayah percaya boleh tak. ada lah beberapa orang lebih dari dua. kira banyak la tuh kan. mostly multiple fracture patah dua belah kaki. spine pon patah. tangan kaki apa lagi. semua lah patah. kasihan kan. maka berhati-hatilah kalian. nak jatuh tu pon kena la pandai nak landing to minimal the injury. how? sile google but one thing for sure not your head kiss the ground first okai.

kat rumah ni pon ada makhluk yang sukaaaaa duduk kat tingkap rumah ni. melepak kat tingkap takde keje. dah la tingkap takde penghadang, free-free je boleh jatuh dari tingkat empat nih. nak ngorat jiran sebelah ape ke tatau lah. siapa lagi kalau bukan makhluk berbulu bernama muhammad chibi. kalau nampak je die duduk kat tingkap kitorang pon bebel kalau nak terjun boleh, tapi kene pandai landing. jangan bagi landing kepala dulu, bagi outstretch hand pon ok. tak pon landing kat blakang or whatever lah yang penting bukan kepala. beliau pon mengangguk je lahhh dengar kitorang membebel. hahahaha. sampai sekarang tak pulak terjun2 beliau tuh.

tak boleh jadi ni, serius mengantuk. gonna take a nap. malam.


Saturday, May 29, 2010

of the friday picture again










semua makanan pun sedap. gembira dapat gather balik ramai-ramai. ;)

Friday, May 28, 2010

sesi nani bersama peminat

tangan nani yang ber-cast. bahasa melayunya kena simen. pernahkah anda melihat orang yang kena simen tangan tersenyum gembira? tak pernah ek? maka saksikan lah. hehehe.
lepas tuh ramai pulak lah nak bergambar dengan si tangan yang ber-cast ni. ramai sungguh peminat yeh. haha








nani muka gembira, begitu juga semua orang. hahah. sebenarnya tangan nani tak patah pon lah, just doc nak demonstrate je macamane cast tuh dibuat. just balut balut balut, tada! siap lah. berat ohh.

terkilan tak dapek nak otograph kat tgn ko nani. tsk tsk tsk.

randoms 3

hey there!


pertama-tama sekali nak cakap terima kasih kepada rakan taulan atas semangat yang korang berikan kat entry sebelum ni. hehehe. tenkiuuuu. ;) ok noure cuba tabahkan diri okai!

hari ni dah hari jumaat. nih baru lepas bbq kat pantai di pagi hari bersama rakan-rakan section 4 tersayang. seronookkk. walaupun angin sangat kuat tapi aku suka sebab laut. ombak besar, angin sangat kuat, pasir berterbangan, serabut lah apa lah, tapi takpe la, bersama rakan-rakan tetap rasa seronok kan, hehe

mengantuk, macam nak sambung je tido. penat lagi tuh. kejap okai, pasni sambung tido. yeay! alamak, dah kena study dengan serius. tahukah anda hari khamis ni exam ortho. end round exam, yer rakan-rakan ortho nak habis dahhhhh. kena buat assignment lagi. oh tidak!!! penat lahh. rest kejap sampai zohor boleh tak. petang ni baru buat macam-macam lagi.

lagi nak cakap ape eh? oh hari jumaat adalah hari call rumah, tapi kredit skype tinggal 0.12euro saje. so how? tsk tsk tsk. kasihan.

gambar kalau rajin kejap lagi ye upload, another jumaat story. haha. macam menarik je hari jumaat hari untuk entry bergambar sahaje. kan kan. kalau ade aktiviti la. huhuh. penat penat penat. seronok potato salad berjaya habis. sekilo tuh aku buat. ingatkan dah cukup banyak tapi rupanya takde lah banyak sangat. yang penting habis. ;)

ortho dah takde lah bosan. stil rasa macam agak susah lah for me, tapi okay je. kena study je lah. study lah noure study!

aigo aigo nak merepek banyak banyak tiba-tiba otak cramp takde idea.

okay, later!

Tuesday, May 25, 2010

mentally exhausted?

life is dull and boring lah macam biasa. takde ape yang menarik pon terjadi. sebab tuh la macam malas nak update blog. oh hey by the way, hari ini birthday si busuk. happy birthday busuk! miss you dear. serius rindu!! selamat mengumpul beg sampai berjuta-juta lemon lepas tuh leh sale online. wahaha. all the best in the future undertaking. ;) ok dah, banyak pulak amanat. and one more thing, souvenir from korea not to forget okie!


hehe.

back to the topic, mentally exhausted?

aku rasa macam otak dah tak boleh nak terima new info lah. dalam otak macam dah tak sabar nak settle down everything, exam and balik malaysia. oh my, tipikal gila manusia homesick. tipikal itu bagus. come on noure, where the spirit huh. perlu ke letak countdown kat blog ni untuk balik malaysia. tak perlu kooot.

dah bosan dah duduk kat mesir ni, dealing with people, dealing with the language, dealing with the food, dealing with the weather, dealing with all medical jargon. what else? adoi serius saya rasa penat nak duduk rumah diam-diam doing nothing. by nothing i mean just NOTHING! erm mungkin tido sepanjang hari ok jugak. hehe

tak tak, takde masalah apape pon. im doing just fine now. pergi kelas balik kelas bermain-main study(?) tidur dan pergi kelas balik. itu lah cuma rasa macam dah takde tenaga nak memerah otak, nak belajar benda baru apa sume. ohh. i still need to complete another half of the of the semester before happily going back home. like half, HALF?! T_____T

ape bende la aku merepek ni, haha tak reti lah nak buat entry berjiwa-jiwa dari hati ke hati. this is so not me in the public. muahahahaha.

dah ah, nak berjiwa-jiwa pulak. jom tido. malas pulak aku nak membebel panjang. maaf entry merepek. sila abaikan. macam mesej tak sampai je. haha

ok babai.

nak tengok cerita pon dah malas wehhhhh. apekah?



Sunday, May 23, 2010

of the friday picture






dah upload dari semalam lepas tu kan tiba-tiba je malas nak publish. nih la aktivity hari cuti sehari selepas exam. tak plan pon, tiba-tiba je ada orang ajak pergi tempat ni. maka jom saja lah. seronok lah. ;)

randoms 2

seronok cycling bila dah lama tinggalkan arena itu. hahaha poyo gila macam la kau ni ahli lumba basikal(?) nak cakap arena pulak. duh! i like it sweat yo.


cuba merajinkan diri untuk merepek di blog ni, eish mane lah makcik sorang ni tak balik2 lagi dari seoul. bergembire sakan nampakk. dah lama xnampak kat twitter facebook ym whatsoever. harap2 ade lah baju i love korea aku. muahaha.

apa terjadi kepada kehidupan? seperti semua sedia maklum macam kat tepi nota tuh sekarang ni aku masuk posting baru kat hospital nariman untuk ORTHOPAEDIC SURGERY AND TRAUMATOLOGY. pergh, nama nak gempak sajee.

but the thing is, i am sooooo not into these bones thingy. -____- serius la tak minat lansung. so how? hurmm. dah la aku fobia masa first year belajar tulang temulang ni. serius fobia, aku rasa berkat doa mak abah je aku lulus anatomy dulu. sekarang kena revise balik tulang-temulang tuh. oh oh. revise balik noure revise!

bila jumpa patient pulak dengan patah tulang serata alam dengan screw besi lah apa benda bagai aku rasa ortho nih menakutkan gila. it's better dealing with soft tissue lah! haha. xpe lah noure, belajar je lah. suka tak suka kena jugak suka. nasib baik doc hari ini kacak la jugak. ha ha ha ha.

dah habis dah tengok chuck sampai current episode semalam. eeeee cepatlah keluar next episode! tak sabar gilaaaa.

ok lah, later!

Thursday, May 20, 2010

till we meet again

buhbye OBGYN dan juga PAEDS. till we meet again in final. ;)

perasaan yang tak tergambar apabila sudah habis end round exam dan juga OSCE. err, cane osce OBGYN tadi? hehehehe. tak tau nak cakap apa, apa yang tau tulis, apa yang agak-agak tak tau pon tulis jugak, asal tak tinggal kosong. penat jawab tak habis-habis jugak soalan. tak sabar nak menghabiskan. dah beruasa sehabis daya dah. lepas ni kena struggle untuk final pulak lah. lagi 2 bulaaaannnnn!!!
budak-budak uni lain kat egypt ni macam dah busy ngan final, kitorang ni pulak akan masuk round baru, ORTHO! yeayy, macam seronok je kan patah-patahkan tulang orang. ha ha ha. lepas orthopedic masuk pulak topical medicine. lepas tuh final exam, lepas tuh balik malaysia. yeay! cant wait cant wait. kakak please la baby jangan keluar dulu sampai la anis sampai rumah on 13th of august okai! pergi amik tocolytic lah! hehehe sukehatikau je kan noure.
lepas habis exam tadi mek ya ajak pergi makan. beliau nak belanja makan sempena besday kami yang dah lama berlalu tuh. so ke Bamboo lah kami pergi. i have never been there before. banyak gila-gila kitorang order, haha tak larat nak makan, auntie tuh pon dah la sorang je masak, nak masak kitorang punya makanan tak habis-habis kesian orang lain. by the way, thanks ya belanja makan! eh sedap la jugak masakan Bamboo tuh, memang rasa macam masakan ibu-ibu maybe sebab perempuan yang masak. ;)
lepas balik, berehat sebentar, keluar balik. ohh sangat busy hari ni yeh. berpergian ke carefour pula! gila lah hebat bershopping. gembira semacam menghabiskan duit sebab dah lama tak berpoya-poya. lepas ni duduk diam-diam je kat rumah. -__-
ok ok sekarang nak marathon cerita pulakkkk, nak habiskan chuck season 3 sampai current episode. ada orang tuh time exam haritu bisingggg cakap cakap chuck tengah best gila sekarang, cis menguji keimanan sungguh. nasib baik tanak jugak tengok kaan. THE TIMING IS NOW! haha

macam dah lama tak bubuh gambar dalam blog ni sejak ada PROJECT 365 tuh. gambar sendiri pon jarang je amik. nahhh, amik lah ni sebijik gambar penyeri blog. itu lah tempat pertapaan selama berkurun-kurun. itulah tempat belajar, itulah tempat solek, itulah tempat makan, itulah tempat melepak, itulah dunia kecil ku. hehehe. yer yer, bersepah gila, tau tau. itu nak exam semalam laaa. heh, alasan je padahal memang selalu bersepah pon. ;P aih, segan ah.


dah2.

it's time to play spy!
bye byee

Wednesday, May 19, 2010

bukan nak komplen

habis sudah mcq OBGYN.

50 soalan 30 menet. haaaaaaaaaaaa? tak sempat nak fikir elok-elok. bila dah agak serabut, maen suka hati je jawab kaaaannnn, nak recall semua benda pon rasa macam, eh ehh ehhh tak sempat tayah pikir banyak banyak, jawab je ikut hati. follow your heart, your intuition. he he he.

dah tataw nak cakap apa, dah berusaha mari bertawakkal. esok pulak OSCE. dang dang dang. apa mahu study ini? haritu masa last kelas OBGYN doctor amru ada bagi copy semua benda lah untuk OCSE and what so ever, sekali aku nak cari balik dalam thumbdrive, aku lupa tak copy lagi dalam lappy dan nampak gaya telah di delete. T______T

oh apekah?

esok habis exam, yeay! eyh, jangan gembire dulu lah.


Monday, May 17, 2010

kembali


hahahaha. gedik je berpindah randah seketike. tapi bile fikir balik, sayang lah nama cekodokmanis ni. ramai pon dah tau kan blog ni. karang kalau pindah randah kene pulak inform *ehem* peminat *ehem*. sakit tekak pula tiba-tiba. haha

mungkin suatu hari akan di privatekan jugak, atau berpindah jugak, ceh ceh macam masalah besar pula.

as for now, baru habis paediatrics exam. gaya macam final exam nye haaaa. alhamdulillah. lepas ni OBGYN yang dah berkurun ditinggalkan. rasa macam kena start from zero balik. lusa dah exam. T_____T

sudah-sudah, bagi saya rest otak kejap. lepas tuh berjuang balik! rindu nak membebel panjang-panjang kat blog. tunggu habis exam yeeeeee.... sekarang boleh la cakap macam tuh, nanti kang le[as exam sepatah pon malas nak tulis kat blog agaknya. hehe.

ok2.

doakan noure yeh!!! ;)


update:
kakak baru bagi msg tanya mana pergi blog ngan fb.hehehe. sudah kembali wahai kakak. no wory. fb pon dah activate balik dah. hahah

Friday, May 14, 2010

exam yang berlansung esok

apabila otak sudah tepu gila membaca.

nourenisa7:39 PM

bvjdsugheksl

ouikjjhjk

nourenisa7:39 PM

bdjeefc

tdrdhjj

nourenisa7:39 PM

wenjcjduvbb

rsvvgghhhhh

nourenisa7:40 PM

bdshkavf

7:40 PM

jsbjc

,poui\

7:40 PM

jfhckh

nourenisa7:40 PM

bhggggggg

huyytttttt

nourenisa7:40 PM

hdeuud ge;d jdbhsa

df jhgjhg hjhgjh



somewhere only we know. hahahaaha. mengong


good luck rakan-rakan! ;)

Saturday, May 8, 2010

mata lebam

dah seminggu dah tak cukup tidur. sejak peralihan kuasa eh eh peralihan masa yang diawalkan sejam. tsk tsk. jetlag jadinye tak boley tido seperti biase kerana biological clock cakap takleh tido lagi. bangun pagi pon macam hape je kuyu je mata.


lagi-lagi bila nak exam nih. konon stay up lambat sikit. oh kau cuak gila nak exam nih. baca buku yang baru ibarat secubit garam di bekas garam yang besar. hurmmm.

kehidupan semakin tak sihat, basikal pon dah lama tak jejak. jadi perhiasan je kat rumah nih. exam membuat kehidupan sihat terganggu. aish. sungguh kurang elok.

tuggu lah habis examm. nak tidor sekuat hati. er, sepuas hati?

ok bye byeeeeee.

doakan noure yehhhhh. ;)




Tuesday, May 4, 2010

busy busy

takutnye exam nak dekat dah. tapi asik berpoye-poye je. ape cerita kah? cane nak cover semua obgyn ngan paeds nih. hurmmmmm. ngan assignment nye lagi.

eee. takutnye.
kawan kawan. doakan noure yeh. *gigit jari*

oh cry me a river, cry me a river. study study.



Saturday, May 1, 2010

rise and shine

1 may already!!!


bermaknaaa, lagi beberapa hari sahaja lagi exam nak menjelang. semalam seharian membuang masa. ish ish.

tak lah, final kspci sampai tengahari, balik pening kepala tidur sepetang, malam kemas bilik basuh baju bla bla bla, lepas tuh tidur.

everything is under control.

sooooooo, boleh lah study dengan gembira. masa untuk serius!

tak payah mengharap sangat entry sampai habis exam ok. hidup hanya berkisar tentang buku paeds dan obgyn.

bye byeeeeee. ;)