Wednesday, June 30, 2010

tiada hala tuju

entry ni yang tiade hala tuju. oi mengantuknyeeeeee. zzzzz
*yawning countless-ly*





comotnye lah manusie ni. haih

Monday, June 28, 2010

sometimes

ada manusia yang macam rasa orang lain buat semua tak betul. just let people enjoy their moment cant you? bukan buat salah pon, just nak blend ngan situation and get a little excitement. tak salah pon kan selagi tak melampaui batas agama? so why bother anyway? heh.

Sunday, June 27, 2010

selamat tinggal dikau

maka selamatlah england kena belasah dengan German 4-1. first half aku tak tengok sangat sebab tenet pon macam lembap sikit dan sebok call rumah tapi tak berangkat. call hp mak rupanya kat rumah nenek. mak cakap nenek tiba-tiba tak boleh jalan 2 hari lepas. terkejut aku. bila tanya tak pergi jumpa doktor ke? mak jawab, doktor dah balik dah. ha? konpius sekejap. owh rupanya mak maksudkan pakcik aku. tak payah bawak jumpe doktor, doktor dah balik kampung dah balik semula ke rumah beliau. kekeke. mak cakap nenek takde apape pun, sekarang ni pon dah makin ok, dah boleh dah berjalan sikit-sikit.

eh kan tadi cakap pasal england, ow memang la aku sokong england walaupun setelah beberapa game aku tengok england ni hampeh tapi sokong jugak lah konon tak tau kenapa. hari ini tengok england lawan sebab nak tengok german kalahkan england. hahaha.bajet macam german menang la 1-0 ke, 2-1 ke kan.nasib baik 2nd half aku tengok. haaa hambik kau england. 4-1 terusssss. bye byeeeeee lah. hehehe.

tak sabar nak tunggu esokk!!!!!!!! serius tak sabar!!!! hahaha. BRASILIA! yeay. kaka oh kaka goodluck game esok! :DDDD maaplah encek pakwe, ai curang sekejap.ngehngeh. malam ni nak mimpi kaka boleh tak?? tak sabar nak tengok kaka maen tawwww. :DD esh, dah. over pulak. hihi

apa lagi? ow ow. harini baru lah merasai mental torture seperti yang beliau cakap masa tropical dulu. seksa jiwa sungguh. otak dah tepu takleh nak masuk input lansung. dah la dah lupa pasal HIV ni. dengan macam-macam nama pelik melik jelik semua ada. @_@ kena baca balik elok-elok. huhuhuk. rajin la noureeeee. rajin laaaaa, isk!!!! sekarang ni masih melagho je keje. tak sedar dah nak exam kan. ish.

Saturday, June 26, 2010

pencinta nasi

lapar gilaaa takde tenage dahhhh nih. nak makan nasikkk. nak nasikk. masalahnye sekarang air takde dari petang bawak ke malam. selalu air tade macam lepas zohor sampai la asar, pastu petang-petang tu ade dah la. rumah ni air la prob sikit. tapi takde la masalah. sebab air kecik. dah beberapa hari air elok je lepas tuh hari ni tanak ade ade sampai la malam dah ni. adei. sampai takleh la nak masak. last-last membe delivery tapi aku tanak sebab aku nak makan nasikk. paham tak perasaan seorang yang terasa lapar dan nak makan nasik dan hanya nasik lah pengubat kelaparan? hahaha. eh tak emo pon di sini. sila baca dengan nada yang cool saja ok.

serius tade tenaga nak buat apape nih. nak makan benda merepek pon dah takde benda merepek nak dimakan. nak nasik nak nasik nak nasik. sekarang ni dah ada kot sikit-sikit air. sekejap ada sekejap takde. eh tataw lah at the moment ade ke tak. ade dah kot. entah tak cek pulak.

bile lapar nak baca buku nak buat apape punnn malas.

tapi kan, sekarang ni macam tak kisah berlapar pun. bukan la tak kisah, macam malas nak makan. so kira tak kisah la berlapar kan? eh tak tak. kisah, tapi macam kalau lapar tuh tak la rasa lapar gila even tak makan. er ape aku cakap ni. main point di sini, summer buat aku kurang makan, tak rasa nak makan pon. agak-agak berapa la berat sekarang. turun berjuta-juta gram gamaknye, aish. nak exam nanti lagi lah. oh mak tau ni sure membebel beliau. diet tak sihat lansung. >_<

ok lah rakan-rakan, banyak benda nak buat ni. bersenang lenang je dari tadi, nak revise balik parasit tadi, lecture malaria dan untuk TBL esok. hoh. banyak nye. adakah aku akan end up makan bersenang lenang dan tidur? nantok dari petang. huhuk.

wish me luck. eh exam apakah ini? haha. nite people. owh owh. kejapppppppppppp!

hari ini merupakan hari ke seratus PROJECT 365! wow. bangga sekejap dengan diri sendiri mampu mencecah hari ke seratus. seratus hari tuh baru 3 bulan je pon. 365 tuh ada 12 bulan makcik noure, berapa juta hari lagi nak sampai 365 tuh. semoge noure terus tabah menangkap gamba walaupun dah tak tau nak tangkap gambar ape sekarang ni. aish.

dapat kad kawen harini!!!!! hahaha tulis nama NORANNISA BT ROHIMAN taw. seronok seronok.

sometimes

i wish i am EMOTIONLESS.

Friday, June 25, 2010

sometimes

sometimes rasa nak sangat update blog merepek kat sini tapi sangat lah takde benda nak dimerepekkan. dengan ini noure mengisytiharkan entry di bawah label sometimes where you can find Sometimes as the entry title. sometimes something happen and you need to type it out in short for a quick relief. ;)

Wednesday, June 23, 2010

sometimes

kadang-kadang kita nak cakap banyak-banyak pon orang macam tak paham apa yang kita rasa. tak ke lagi bertambah sedih je kan.
jadi lebih baik simpan je sendiri. suppress la dalam2. tak payah nak tunjuk lemah sangat. tak payah cakap banyak-banyak.
diam is the best way of all.

Monday, June 21, 2010

jadual final

FINAL EXAM FOURTH YEAR (31.7.10 – 10.8.10)

DATE

SUBJECTS

31.7.10 (Saturday)

Obstetric & Gynaecology

3.8.10 (Tuesday)

Paediatrics

7.8.10 (Saturday)

Tropical Medicine

10.8.10 (Tuesday)

Orthopaedics

11.8.10

Summer Holidays start



jadual exam sudah keluar. habis exam 10 ogos. balik msia 12 ogos. sempat sehari puase kat sini. eh sehari setengah? flight dari cairo petang. akan berbuka kat kuwait kot nanti. eh eh. semangat kalau cakap pasal balik ye. opkos la, ai da tak sabar youuu nak balik nih. sebulan lebih je lagi. yeay!

haaa. sahabat di daegu yang nak balik msia lagi beberapa hari tuh. bergembire lah puas2 kat korea. hahahah.

hari ini hari ke 3 tropical medicine. so far okay la kot tapi yang tak ok nye ramai-ramai dalam ward ape kes? crowded gila. bila belajar balik binatang-binatang mikroorganisma mikroorganisma yang pernah belajar dulu aku sebenarnya rasa macam seronok. tataw lah kenapa. hahah. gile ke seronok. sekarang ye lah boleh cakap macam tuh, haaa tengok lah nanti. menangis lagu waving flag je lah kauuu. aish, lagu tuh macam dah melekat dalam kepale otak tanak tanggal bile aku dengar beberapa hari lepas. amanon lah nih. hesh. clinical round adalah tidak disukai. argh argh. tape, bagi masa dulu. baru 3 hari. too early to judge everything. presentation 2 slide each person. hahahaha. tak rasa ke 2 slide tuh macam lagi mencabar. tepat dan padat dan tak merepek.

sekarang ini menurut laporan suhu kat mac aku ni adalah 42 darjah selsius. balik tadi pukul 1 tengahari macam berjalan dalam oven yo! T_____T dan telah ditakdirkan pulak aku berpuasa hari ini, ini namanya dugaan. tabah ye. bukak puasa harini pukul 8.07pm. zzzzz

tadi tak tengok sangat pon portugal punye match, bukak jugak pastuh gi layan FB tengok gambar membe kawen harituh. tawu-tawu berjuta-juta gol kau. ceh, boleh la stakat north korea. kesian ah sikit north korea tuh. menyampah aku tengok muke cristiano ronaldo nak sepuk je rase. heh. hahahahha. emo gile. pasni tengok la kau lawan brazil. geget jari je lah. tapi kaka tade. sedih ah. emo sebab kaka kene red card semalam. hahah. portugal ni hebat sangat ke? kalau kaka tak main brazil stil hebat ke? aku tataw mane yang hebat sangat bukan amik tau sangat pasal bola ni pon kan. . argh. tolong lah brazil menang nanti ok. hehe. tak sabar la nak tgk next match brazil. sebab ape sokong brazil? mestilah sebab ade kaka! hehehe nasib baik laaa africa tuh lebih kurang je mase ngan mesir nih. kalo le kat msia tuh, haaa takde harapan lah nak tengok WC ni. takde mase aku nak bangun malam-malam bute nak tengok bola. oh tidakk tidakk.

selepas satu penyakit, penyakit lain datang menimpa, tsk tsk. sedih tau. harap takde pape lah. doakan noure sehat sejahtera ye kawan-kawan.

Friday, June 18, 2010

nikmat kesihatan

minggu ni merupakan minggu yang agak tak berapa nak sihat. dalam erti kata lain macam-macam penyakit menimpa diri dalam masa seminggu ni. alhamdulillah, i'm getting better now. tak pernah-pernah nak ambik ubat pun 3 hari telan ubat saje. punye lah tanak jumpa doctor. betapa sekarang baru sedar nikmat kesihatan merupakan nikmat yang sangat besar sekali. bersyukurlah dengan kesihatan yang ada. lagi pulak bila teringat baby2 kat NICU. bertambah rasa bersyukur. nih baru sakit sikit ni, orang lain sakit lagi teruk macam-mcam penyakit mereka tabah je.

seriusly tak pernah rasa sakit kepala yang macam tak boleh nak hilang lansung, nak tidur pun tak boleh sebab sakit gila. rasa nak hentak kepala kat dinding, tapi memang dah hentak kepala kat bantal masa baring sebab sakit gila tanak hilang even dah makan ubat pon. semalam alhamdulillah hilang pun sakit. a bit complicated but i think i know why. haha teori sendiri. abaikan.

so semalam last day class neonatal care. apa yang terjadi sepanjang dua minggu telah disampaikan dengan baiknya oleh rakan se-elective saya. encek meor. sila klik blog beliau. memang itulah apa yang saya rasa sepanjang 2 minggu ni. perlu kah gembira jika tiada presentation mahupun peperiksaan. technically, kitorang dah buat dah presentation dah siap burn kat CD lagi semua benda tapi berejam menunggu doctor tak kunjung tiba. maka haruskah kami dipersalahkan? sorang-sorang dah keluar masuk bilik kat nicu tuh untuk cari doctor last-last give up lah pergi lah kami bermakan-makan. siap tinggal surat cinta untuk doctor marwa ;) harap-harap lepas lah dengan cemerlang and there wont be any misunderstanding between us and the doctor. risau juga ini.

makan-makan yang taklah dirancang dengan rapi sangat. bila semua orang dah bersetuju nak bawak makanan dan kitorang makan-makan so jadilah farewell party(?) ini. hahaha. siap buat kat taman depan bibliotheca lagi tuh. nice jugak tempat tuh rupanya yeh. cuma lepas ini harap dapat lah spot yang redup kalau nak makan kat situ lagi. panas oh panas. makanan semua memang sedapp lah tak terkata. haa, time nih la semua orang pun nak tunjuk bakat masing-masing. haha. sorylah nik arif aku tak buat karipap yang ko request tuh. aku tak reti ler nak buat kuih-muih nih. tak reti satu hal, tak minat nak buat dan aku tak suke sangat karipap maka menutup segala keinginan nak buat karipap tuh. hehe.



skills in neonatal care.

esok hari baru, round baru. mari tanamkan azam dan semangat baru. sebulan untuk tropical medicine. walaupun dorang cakap tropical nih busan lah, mental torture lah, apa macam segala. aku harap aku tabah menghadapi tempoh sebulan itu. it's not that bad kan? i hope so. >__<

mulai esok tak boleh dah main-main. mulai esok kena aktifkan balik otak dengan ilmu-ilmu baru dan terus berjuang sampai habis final. hoyeah!

pray hard for me friendsss. from now on it just me and my books, nothing else is gonna matter. ;)

Wednesday, June 16, 2010

sometimes

show your care and empathy is more than enough, rather than forced me to seek medical advice which of course i would rejected in the first place.

go away headache, i've taken drug already! what do you want more from me?! and by the way, half of my face are tender and inflamed for real, though it may not be seen grossly but it did affect me.

jeez, i dont know how i want people to react to make me feel somewhat better.

mak, sakit kepale tanak hilang. ;(

Sunday, June 13, 2010

hilang pulakk

eeeee tadi penat tau taip panjang-panjang pasal outpatient sepanjang 4 hari ni. pastuh baru sedar tenet tetibe takdeee. lepas tuh tak tersave lahhh.

xdapek ler nak nolong eh. malas dah nak menaip banyak-banyak lagi. tadi sungguh berilmiah jugak taw, takde nak emo-emo macam entry sebelum nih. hehe.

ok by the way hari ni last kat outpatient, harini terasa seperti doktor sebenar pulak. check sendiri baby yang datang, dengan parents yang tengok kita check baby dorang dengan harapan baby mereka just fine. bila dalam keadaan macam tu terasa macam tanggungjawab sebagai seorang doktor tuh sangat tinggi. mampukah aku? insyaAllah. doakan noure yeh ;)

haha. ok lah mood dah datang nak menaip. mood nak study takde lansung harini. dysmenorrhea macamane nak khusyuk kan. haih.

most baby yang datang buat follow up selepas lahir, and of course most of them ada physiological jaundice, so basically doctor kat outpatient ni buat regular check up kat baby. lepas tuh tengok level bilirubin, naik ke, turun ke. follow up case lah. baby yang ada jaundice kene datang every 2 day, then analyse level bilirubin dengan weight of baby. ada jugak 2 baby with ambigous genitalia, so kena lah buat further check up. pergi tengok tumblr ada triplet kitorang jumpa yesterday. then what else in outpatient? oh one of cases today sorang baby tuh unilateral undescended testis. tapi just follow up case je la sebab mungkin not completely descended. hari ni banyak pulak microsomic baby. baru lahir semalam, tapi besar gila, tapi mak mereka takde diabetes pun. so bukan lah IDM.

seronok kat outpatient, macam-macam orang dari banyak latar belakang kitorang jumpa. kat sini dapat lah tengok bagaimana kasih sayang seorang ayah kat anak mereka. bersusah payah menunggu membawa mendukung baby kecil walaupun mostly nampak kekok. lepas tuh bila baby kene cucuk kat kaki untuk ambil darah, ada ayah yang pandang tempat lain tak sanggup nak tengok anak mereka kena cucuk, huuu, i miss abah tiba-tiba. sobsob.

what else then, oh nak jadi doctor kat sini kena lah tegas. macam doctor semalam dia nampak je botol baby berisi selain susu, terus dia amik botol tuh buang isi dia. most people kat sini suka bagi yansuun instead of milk. lepas tuh nampak je puting untuk baby tuh terus ambik campak tong sampah. nice kan. huhuh.

ayat famous sepanjang kat outpatient BREASTFEED 12 KALI SEHARI SETIAP 2 JAM. kakak, baca nih. no worry, i'll teach you everything regarding baby's heatlh balik nanti okai! heheh. beruntunglah anda anak anda bakal dijaga oleh bakal neonatologist. muahahah.

esok NICU pula. bersedia lah untuk diajukan dengan pelbagai soalan yer!

saya suka lah neonatal care, rasa sangat bertuah choosen to be here walaupun pada mulanya masa nak pilih elektif nih tak yakin lansung akan dapat neonatal care ni tapi letak je lah first choice kan. hot stuff kot semua orang pilih neonatal. mari mengimbah kembali, masa mula-mula encek SR announce sume orang dapat ape, bila tak dapat regional pain yang kitorang letak 2nd choice, macam dah yakin gila akan dapat imaging yang kitorang letak 3rd choice. sebab tuh la masa nak buat pilihan 3rd choice arituh lagi susah daripada nak pilih first choice. berjuta-juta kali berbicang. consider semua elective yang ada. hahahaha. serius niiii tak tipu lansung. but then bila neonatal care dah diannounce macam blur, oh what? dapat neonatal care ke?? hahaha. gembire. ;)

ok lah, macam nak tidur pula. bye byeee.


;P

Saturday, June 12, 2010

chocs

khayzenourenisa

aku sedikit sedih lah. apa kata anda?

Aiyo. Jgn sedih2 mek. Be happy ok. atau pun, makan chocs. hehe.



nak coklat, please.

Friday, June 11, 2010

blank

it just that, i lost my word to write in here. having unstable emotion right now, looks like my luteal phase kinda hit me pretty well this time. haih. wanna lock myself in a small room, isolating myself from people, with internet connection of course. just only me and my baby mac, oh not to forget medical book. life is getting tougher for me here each day. ;(


i just wanna go home. throwing myself on bed at home, talking to family face-to-face, eat lunch together, watching tv and all stuff.

yes, im just a typical girl whom always thinking of going home everyday. ;(

like seriously, i'm tired of being here but all i can do is all the same routine i had everyday for years. please, pray fpr me to be strong. i'm afraid i can handle no more. ;(

lean on me, when you're not strong, i'll be your friend, i'll help you carry on. duh, what a perfect song playing from iTunes right now. sigh.

okay, let me copy paste lyric of Lean On Me from Glee Cast.

Sometimes in our lives
We all have pain
We all have sorrow
But if we are wise
We know that there's always tomorrow

Lean on me!
When you're not strong
And I'll be your friend
I'll help you carry on
For it won't be long
'Till I'm gonna need
Somebody to lean on

Please! (please)
Swallow your pride (pride)
If I have things
You need to borrow
(For) for no one can fill
Those of your needs
That you wont let show

So just call (call) on me brother (hey)
When you need a hand (When you need a hand)
We all need (need) somebody to lean on!
(I just might have a problem)
I just might have a problem that you'll understand
We all need somebody to lean on!

Lean on me (hey)
When you're not strong (When you're not strong)
I'll be your friend (I'll be your friend)
I'll help you carry on (help you carry on)
For it wont be long (o it wont be long)
'Till I'm gonna need somebody to lean on

(Just lean on me) you just call on me brother (hey)
When you need a hand (when you need a hand)
We all need (need) somebody to lean on! (somebody to lean on)
(I just might) I just might have a problem that you'll understand
We all need somebody to lean on!
Lean on me

If (If)
There is a load! (there is a load)
You have to bare (you have to bare)
That you can't carry
I'm (I'm higher) right up the road
I'll share your load
If you just call me

Call me (I'm calling)
Call me (when you need a friend)
Call me (call me)
Call me (call me) (when you need a friend)
Call me (when you need a friend)
Call me (if you need a friend)
Call me (any time of day
Call me

It won't be long till I'm Gonna need somebody to lean on, lean on, lean on
Lean on lean on lean on me when you need a friend
Lean on lean on lean on me lean on me
Lean on lean on lean on me
I'm gonna need (somebody) somebody to lean on
I'm gonna need somebody to lean on (somebody to lean on)
Yeah

More lyrics: http://www.lyricsty.com/lyrics/g/glee_cast/#share

this is the song played in the video during Night of Reflection as one remember. one of my favorite song from Glee Soundtrack. ;)


Wednesday, June 9, 2010

otak-otak

Alif Firdaus Rohiman bersama makcik sy, Zanariah Dimon dan keluarga menikmati sup tulang... mega mac x mkn lagi nie..
huhuhuuh

Sunday at 11:32am · ·
Norannisa Rohiman
Norannisa Rohiman
acik gi johor ek. tadi call mak cakap ngah tunggu acik bawak otak-otak dari johor. amboi2
Sunday at 4:49pm ·
Alif Firdaus Rohiman
Alif Firdaus Rohiman
yup..
huhuhu.. jupe la gak td.. seb bek sempat calling2..
hahaha
Sunday at 5:48pm
Zanariah Dimon
Zanariah Dimon
acik jd dealer otak2 skang...mabuk otak2 ler minggu ni
Monday at 3:55am
Nor Muliana Bt Rohiman
Nor Muliana Bt Rohiman
hohoho....manyak gler kot acik beli tuh....terkejut sume org..mmg berbaloi2 g jauh2 tuh...hehhehe
Monday at 9:07am
Norannisa Rohiman
Norannisa Rohiman
sedapnye otak2. tsk tskk
Monday at 2:45pm ·
Alif Firdaus Rohiman
Alif Firdaus Rohiman
hahahha..... sup tulang pn sedap gak.......
Monday at 3:04pm


testing testing
nak testing kalau copy paste benda kat sini akan jadi sebijik jugak ke. aah la. hahaha. apekah kau noure.

abaikan entry ini. terima kasih.

Sunday, June 6, 2010

maaflah

rasa macam blog ni dah xsemenggah pula. update pon main tulis typo banyak gila pon tak edit balik. edit jugak tapi ada jugak missed. hehehe.


serius la sekarang asik typo, amanon pon dah pasrah je ngan ketypoan aku. malas nak betulkan paham2 sendiri sudehhh. hahahaha

antara typo yang aku selalu sangat typu adalah

nak jadi nka tuh memang semua nak pon aku type nka kot.

tuh tengok tuh nak tulis typo pon boleh tulis typu. blerghh. apekah kau noure. maybe sebab keyboard laptop nih lain sikit and still not getting used to it. ke sebab otak aku yang dah berterabur? oh tidakkkkkk. ayat pun selalu tunggang langgang kalau korang perasan la.

ini menandakan noure dah exhausted. heh. dari haritu pon cakap macam ni kan. but really though. i need a loooooooooong breakkk. nak empty balik otak. reset balik supaya menjadi noure yang baru yang dah tak bosan dengan semua benda. but i kinda have fun with my elective course now, mind you. ;)

nanti bila dah rasa fresh balik update elok-elok okai. betol nihh, tak tipu. sile jangan percaya. T____T

geez.

friday : reawakening the inner you

gambar-gambar masa night of reflection batch 06/12 jumaat yang lalu. ;)













sekolah

harini still kat normal delivery. menunggu baby baru lahir. tahukah anda, the first one minute when the baby was born is the most crucial time. semalam hanya observe, harini pula try sendiri walaupun membantu sahaja. berpeluang la jugak nak inject baby with vitamin k, dry baby lepas tuh ada sorang baby tuh tak nangis beriye kitorang rubbing blakang baby ngan tapping tapak kaki sampai lah baby nangis. ;) tapi xberpeluang nak clamp dan potong cord baby. esok harus lahh. setakat ni takde la serius cases, semua normal je sihat walafiat. on examination pun semua ok, tapi ada sorang baby girl beliau ada 6 fingers! wow, first time dalam hidup.


oh seronok juga buat moro reflex kat baby, dah la banyak2 kali, lepas tuh try pulak suckling reflex. semua normal. ;)

esok dah berpindah pulak ke c-section. still resuscitation la jugak untuk 2 hari. lepas tuh berpindah ke tempat lain. dah macam attachment lah bak kata mereka. kena beli scrub. harini nak beli sungguh malas panas gila nak berjalan. balik pun naik teksi walaupun rumah sekangkang kera je dari hospital. hehe

medical crap je semua ini. harap korang tak bosan. haha.

bye byee

Saturday, June 5, 2010

neonatal care

apa khabar rakan dan taulan sekalian? rindu noure? opkos lah kan. bagus2. muahaha


hari khamis lepas habis dah orthopedic, exam yang dekat lecture hall memang boleh nampak je orang sebelah punye jawapan tapi jujurla tak payah nak tiru okai. gonna miss Prof Rafaat and his favourite kapito word.

semalam seharian bermalasan. habis exam nama pon kan. hehe. bangun lambat lepas tuh tak turun katil layan cerita sampai lah petang nak pergi ke majlis batch Night of Reflection. nanti update gambar. kalau rajin.

harini pulak dah kelas balik dahhhhh. elective for 2 weeks. aku dapat skills in neonatal care. kembali ke nicu. so sepanjang 2 minggu ni takde lecture takde round what so ever. 2 weeks of working. working ke? nenonatal ni 10 orang lepas tuh kene lagi divide into 3 groups for resuscitation, outpatien and NICU itself. basicaly, semua orang akan follow resident kat situ, mamca aku sekarang amik resuscitation so tunggu lah baby lahir untuk resuscitation. busan gak nka tunggu orang bernanak. bukan tiap masa pon kan. hari ni tak dapat lagi buat sendiri. esok haruslahhh buat resuscitation. every 4 day, tukar pulak ikut lah nak kat nicu atau outpatient.

dah takde ape nak membebel.

later!


Tuesday, June 1, 2010

screen shot

me is supposed to study tapi melagho pula menukar desktop background. haha.

gambar sinai kat hamam firaun. suka gamba ni. ;) watak dalam gambar dirahsiakan atas sebab keselamatan. eceh.

ps: abaikan folder cerita yang byk kat desktop tuh.