Monday, June 21, 2010

jadual final

FINAL EXAM FOURTH YEAR (31.7.10 – 10.8.10)

DATE

SUBJECTS

31.7.10 (Saturday)

Obstetric & Gynaecology

3.8.10 (Tuesday)

Paediatrics

7.8.10 (Saturday)

Tropical Medicine

10.8.10 (Tuesday)

Orthopaedics

11.8.10

Summer Holidays start



jadual exam sudah keluar. habis exam 10 ogos. balik msia 12 ogos. sempat sehari puase kat sini. eh sehari setengah? flight dari cairo petang. akan berbuka kat kuwait kot nanti. eh eh. semangat kalau cakap pasal balik ye. opkos la, ai da tak sabar youuu nak balik nih. sebulan lebih je lagi. yeay!

haaa. sahabat di daegu yang nak balik msia lagi beberapa hari tuh. bergembire lah puas2 kat korea. hahahah.

hari ini hari ke 3 tropical medicine. so far okay la kot tapi yang tak ok nye ramai-ramai dalam ward ape kes? crowded gila. bila belajar balik binatang-binatang mikroorganisma mikroorganisma yang pernah belajar dulu aku sebenarnya rasa macam seronok. tataw lah kenapa. hahah. gile ke seronok. sekarang ye lah boleh cakap macam tuh, haaa tengok lah nanti. menangis lagu waving flag je lah kauuu. aish, lagu tuh macam dah melekat dalam kepale otak tanak tanggal bile aku dengar beberapa hari lepas. amanon lah nih. hesh. clinical round adalah tidak disukai. argh argh. tape, bagi masa dulu. baru 3 hari. too early to judge everything. presentation 2 slide each person. hahahaha. tak rasa ke 2 slide tuh macam lagi mencabar. tepat dan padat dan tak merepek.

sekarang ini menurut laporan suhu kat mac aku ni adalah 42 darjah selsius. balik tadi pukul 1 tengahari macam berjalan dalam oven yo! T_____T dan telah ditakdirkan pulak aku berpuasa hari ini, ini namanya dugaan. tabah ye. bukak puasa harini pukul 8.07pm. zzzzz

tadi tak tengok sangat pon portugal punye match, bukak jugak pastuh gi layan FB tengok gambar membe kawen harituh. tawu-tawu berjuta-juta gol kau. ceh, boleh la stakat north korea. kesian ah sikit north korea tuh. menyampah aku tengok muke cristiano ronaldo nak sepuk je rase. heh. hahahahha. emo gile. pasni tengok la kau lawan brazil. geget jari je lah. tapi kaka tade. sedih ah. emo sebab kaka kene red card semalam. hahah. portugal ni hebat sangat ke? kalau kaka tak main brazil stil hebat ke? aku tataw mane yang hebat sangat bukan amik tau sangat pasal bola ni pon kan. . argh. tolong lah brazil menang nanti ok. hehe. tak sabar la nak tgk next match brazil. sebab ape sokong brazil? mestilah sebab ade kaka! hehehe nasib baik laaa africa tuh lebih kurang je mase ngan mesir nih. kalo le kat msia tuh, haaa takde harapan lah nak tengok WC ni. takde mase aku nak bangun malam-malam bute nak tengok bola. oh tidakk tidakk.

selepas satu penyakit, penyakit lain datang menimpa, tsk tsk. sedih tau. harap takde pape lah. doakan noure sehat sejahtera ye kawan-kawan.

8 penyebok:

ain_dira said...

banyak gap antara exam ko. so bole setadi byk2.haha.

emo pasai bola nmpk.=)

noure said...

banyak gila nak kene study. pendek je gap tuh. huhuk

saye kerink said...

salam sis, nak tanya, tropical medicine tuh macam mana huh? uyooo nak xm final dahh. gdluck gdluck! takuttt nye huhu.. ;]

noure said...

tropical medicine tuh belajar pasal penyakit-penyakit disebabkan oleh parasite2. macam denggi kat msia tuh. ;)

beckpanda said...

Whoa!
jadual final nor dah kuar.
Sila stadi kuat kuat,jangan dok ngadap Brazil je ahoho.jk.
All the best nor!
Dah abis final,lpas abis struggle,balik Msia cpat2.
Puasa,Raya!
Yeay.
muah!

noure said...

hehehe. thanks beck!
haruslah study tapi skang malas lagi. adeh

k h a y said...

jgn study. gi tido je.

hahaha. teghok.

ak nk balik dh. nk g jeju island bebeh! =D

nnt blk msia kite buke sekali ok

noure said...

oi. hampeh punye rakan. aku lom start study nih. hehe
yeah nak buke skali. tahun nih harus lahhh.

leklok gi jejudo tuh.