Friday, July 30, 2010

Ob/Gyn

nak exam sudah hari esok di pagi hari.

doakan noureeeee sume oranggggg!!!!!!!!!!!
wajib doa!!!!!

hehe. cuak ohh

gudluck sume ;)

tak aktif sume bende, kalau rindu follow me on twitter keh. :P kat situ je lah tempat melepak time exam nih. haha

Wednesday, July 21, 2010

OSCE, done! written, next!

dah ada rupanya title OSCE,done! so sambung title untuk tidak memparodykan title entry lama tersebut dengan menambah written, next. zzz tayah explain pon takpe kot.

well well, alhamdulillah. OSCE dah habis. tadi osce ortho. lebih kurang macam oral exam jeee feeling die. dah lame takde oral exam kan. yolah sejak alex uni memansuhkan oral dan menggantikan dengan assignment busy gila lah pulak buat assignment berderet2. hari ni macam bernasib baik jugak kot case senang je, tak la dapat wrist drop lah claw hand lah brachial plexus injury lah sume bende berkaitan ngan nerve-nerve yang memang sudah buat aku serabuuttt. huhuhu. roomate sorang je xabeh exam lagi, tuh ngah gigih lah tuh study ortho, aku pulak bergelak ketawa tengok running man. ehehe. cover2 la jugak gelak kesian beliau ngah study. uih, musti stress kitorang dah habis arini beliau exam esok. sabar ye makcik.

dah habis osce macam dah bais final pulak ye merelax2, amboi amboi engkau noure. haaa maka bermulalah study leave. study leave not to leave study, but leaving other things to study!!!! contoh other things? facebook dah deactivate dah, mekbuk pon da campak ke katil dah, em em apa lagi? oh project 365 macam on hold until habis exam. kalau rajin ai update yek. eh tak bermakna stop tak amik gambar, upload lambat je. hari-hari jenuh pikir nak tangkap gambar ape tau. aih, maklumla ai kan tade life skarang. takkan la hari-hari nak tangkap gamba buku baca muke surat berapa?? gila lah menangis aku tengok projek aku tuh. hahahaha

exam bloody four paper, huhuhu. sem lepas la best 2 paper je, tapi nak bace untuk satu paper tuh macam nak pecah otak. semni 4 paper ingat boleh rilek ke? oh tidakkkk, macam nak hentak kepala kat dinding. jadual ada je kat nota tepi tuh, gi tengok. malas nak tempek jadual kat entry. kan da bagi dulu kann, yer2 tau korang nak doakan buat solat hajat apa semua time noure exam nanti. bagus2. amatlah digalakkan, rujuk jadual di sebelah yeeee. hehehe

dan isu wajib disentuh,
nak balik dah. yeay yeay. oh oh dibah, my 2nd sis dapat posting kat SMK jugra. dekat je ngan rumah. duduk je lah kat rumah beliau itu, wah meriah la rumah balik nanti. ngan kakak baru bersalin opkos mak yang jage. mak siap da pesan awal dah, "haa balik ni tolong mak jaga baby" hait hati. ai akan ajar kakak cane nak wat examination kat baby. boleh la belagak sket. wahahahaha. balik ni rumah tak sunyi sepi la macam selalu balik aku melangut sensorang jadik anak tunggal kan. haha. adik ngan alip je la kat johor tuh. adik jangan nangis la ramai orang kat rumah puasa nanti berbuka puasa beramai2. wahahah gelak jahat.


ok ok dah, nak sambung tengok running man. lepas tuh bersemangat lah untuk study!!! yosh.

Thursday, July 15, 2010

exam mode activated

baru lepas habis end round exam tropical medicine. maka telah berakhirlah kelas untuk 4th year nih. tinggal exam je bertangga-tangga yang menanti.

next week osce untuk tropical med ngan orthopedic. lepas tuh start pulak exam untuk written. kan dah post jadual sebelum nih. haha tak penting pon untuk korang.

exam exam exam.

selamat study rakan-rakan. exam exam, jangan main-main. lepas ni nak campak macbook jejauh campak ipod jejauh. tuh sume benda melaghokan tuh. campak pakwe jejauh jugak. mwahaha. tuh dah memang jauh dah pon.

semalam masa ngah study akak SC call, ingatkan kenapa rupanya ajar gi bazar jual makanan melayu macam-macam. oh ada eh. baru tau. tak janji akan pergi but then after exam Ya ajak jugak pergi. so pegi lah kami serius gila banyak makanan sume nampak sedap gila rasa nak beli sume benda. hahaha. napsu weh napsu. makanan melayu pulak tuhhhhh. rahsie la ai beli apa, penfollow twitter je tau. wahaha. gedik lah. nak soya sejuk lagiiiiiii. waaa tak sabar nak balik malaysia, hari-hari suh abah beli soya. tak sejuk, panas. tak panas sejuk. nyum nyum sedapnye soya.

semalam semalam call emak, cakap helo je pastuh mak terus cakap lagi sebulan nak balik dahhh. weee mak ingat je kan anak die nibalik bile. hehehhe. gembire la tak sabar dah nak balik. ;D

perlukah berfoya-foya dahulu harini. rest jap lah otak penuh dah dengan parasit-parasit binatang binatang. ohhhh. cramp otak weh.

Monday, July 12, 2010

eiiiii

i have let go of my emotions before.
my life was so stable, and i really enjoy doing things i wanna do, i need to and i have to without thinking of anything else.

but now, i need to start all over again. eiiiiii!!!!!!!!!!! dont you know how hard it was for me?!

i'm lacking of concentration, i lack of sleep. i sleep during lectures, i lazy to go class, i'm not listening to what prof said during class, i skip class today. what happen to me?

eishhhhh!!!

it pissed me off lah. sigh. sooooo hormonal!!!! i hate you PMS.

bye

Friday, July 9, 2010

busy dah weh

nak bagitau skang sampai lah balik msia nanti mebi akan meninggalkan sarang labah-labah kat blog ni. sebab busy nak exam maaaaaa. lepas nih exam datang bertimpa-timpa termasuk lah final. ok doakan noure like always! ;)

ain, jangan rindu2 pegi carik keje. muahaha.

lagi sebulan nak balik malaysia!!!!!!! wow. :DDDDD

Monday, July 5, 2010

mango juice

sedapnya mango juice. baru beli tadi dah simpan kat peti ais untuk berbuka. nyum nyum. kemaen jauh la kedai asir. malas nak menapak.

ow ow bulan 7 nye elaun gune bank draft. adodoi. nak kene cash kan pule, macam nak bawak balik msia je cash kan kat msia dapat ringgit terus. tapi masalahnye kalau nak tuka kat KL je pulak tuh. malas sungguh. pikir lah balik nanti. hurhur. kesimpulannya sekarang ini kaya dalam erti kata yang tak sebenar. haha

cepat la maghrib, harini rasa sangat penat. nak tido can?

selamat malam rakan-rakan. asik tido petang je. haish. sangat la tak elok. ok bye bye. ohhh nak call mak la!!!

Friday, July 2, 2010

berita sedih

Nurul Jamilah Nor Azharr

Nurul Jamilah Nor Azharr salam... Joned Jumali kemalangan.
tempat kejadian : berhampiran umah Anissoffia Ahmad Tahar
kecederaan : sangat teruk. kini d rawat d unit icu hosptl klang. terdapat darah beku dlm kepala.
***minta doa dri semua agar dy kembali sihat dan selamat... tq =(
***tolong gunakan LAMPU ISYARAT knderaan anda!!!

Yesterday at 7:47pm · ·


baru je jumpe balik junaidi kat FB. bertegur sape sekejap kat fb tuh. dah lama gila kot tak jumpa. oh dia kawan sekolah rendah dulu. kawan-kawan tolong doakan kesejahteraan kawan saya tuh ye. ;(

lepas tuh ada lagi berita sedih. petang tadi tak dapat tengok brazil lawan sebab ada makan-makan besday Asza dan Noni kat rumah Ya. dah sedang-sedang elok tengok nak start dah tiba-tiba internet tade sampai lah habis game. suruh amanon update je kalau da score ke ape. bad news for me, Brasil kalah!!!! ;(( macam sedih gila kot sebab tak dapat tengok. pasni tade dah brasil maen. takpe, german harap-harap menang lah world cup taun nih. "adat bola" kata beliau. ah malas dah nak tengok bola. mengecewakan je. hahah. EMO!

Thursday, July 1, 2010

splenomegaly

dulu nampak mr skeleton kat sekolah rasa sangat menakutkan. kalau tengok cerita ade tengkorak rasa sangat scary, sekarang macam dah tade perasaan pon. bermain-main dengan skeleton dengan gembiranya. tiba-tiba je benda ni terlintak kat fikiran aku tak tau kenapa. hahaha


dah dua minggu dah sekolah tropical medicine. hari-hari pon amik history kat patient yang sama, palpate spleen, palpate liver, buat transmitted thrill, shifting dullness, bersembang-sembang sampai jemu dan bersembang-sembang sampai jemu lagi masa clinical round.

tabah tak? dengan kepanasan summer yang memancar-mancar. takpelah, tuh semua ilmu. belajar benda yang sama pon tak jugak terer-terer kan. so tak payah la sebok nak ponteng sebab hari-hari belajar benda yang sama. doktor asik ajar ascites portal hypertension jaundice je. takpe, ilmu tuh. tak rugi pon belajar. in fact, aku suka je doc ulang-ulang so aku jadi lebih paham dan ingat. tak payah susah-susah nak baca buku nak pahamkan. doc dah ulang berjuta kali pon tak melekat jugak kat otak. tsk tsk.

lagi 2 minggu tropical, lecture dah keluar macam-macam binatang dah. kan aku cakap sebelum ni seronok belajar balik benda yang pernah belajar dulu. mostly memang repeatition untuk parasit and micro dulu. nanti exam tak tau lah. oi oi cuaknye. banyak nyeeeeeee binatang binatang!!! tapi tak jugak nak belajar elok-elok kan. ok dah melagho je masa untuk serius. kira bape juta kali noure cakap nak serious? hahaha. eyshhhhhh, kali ni serius laaa!!!!

dah 1 july! malas nak countdown bape hari lagi balik. lagi countdown lagi lama pulak rasa, fokus je apa yang aku lalui sekarang malas nak fikir pasal balik. eh tipu sangat lah tuh tiap masa pon asik nak balik je kan.


nak buat assignment!!! kena jugak siapkan malam nih. macam-macam kot nak buat malam nih. nak buat yang mana dulu nih???? aaaaaa!!!! yang penting solat dulu. ok dah isyak. bye byeeeee

ow ow thank ewa belikan romper untuk baby kakak! :D

sometimes

kadang kadang kau rasa kau dah rasa kuat untuk mengharungi semua benda. semua elok je bahagia je kau rasa dengan keadaan itu tapi tiba-tiba kau terfikir balik apa yang terjadi out of the blue dan kau pun menangis spontaneously. macam spontaneous bacterial peritonitis tuh. er merepek kejap. abaikan nama itu. takpe, menangis seminit dan merasa lega, kau senyum dan semakin kuat. optimis. ;)