Wednesday, August 11, 2010

alhamdulillah

dah habis dah final exam untuk 2nd sem fourth year. fourth year berakhir dengan gembireeee. soalan ortho memang cun lah, dengan dr rafaat yang memang baek gile siap bagi guidance lagi apa yang dia nak untuk setiap soalan tuh. easy wheezy squeezy bak kata beliau. haha tak la senang gila pon, baca pon main-main. tapi jawab sehabis daya ingatan lah. aih. tuh la sapa suruh baca tak fokus sangat. kasihan exam untuk last subjek nih. dah mentally distracted ngan benda selepas exam. huhuk.

alhamdulillah. overall exam i think way better than last semester. mari bertawakkal dan mengharap result keluar dengan cemerlang. bile kuar tah. junior kuar dah. cepat gila kot. oh dah cuak, boleh?

maka bermula lah summer holiday noure!! sigh. lambat gila summer holiday orang lain dah nak habis cuti dah. aih. tabah je lah.

berakhir peperiksaan, bermula summer holiday, bermula juga bulan ramadhan. selamat berpuasa semua. ;)

em sekarang pukul 0143 ingat harini tanak tido nak tunggu subuh baru tido. kena bersahur maa, nak masak apa ini? harini busy sepanjang hari kooot. lepas exam berjalan ke hulu ke hilir pukul 530pm baru lah pulang. huhuhu. penat gila berjalan. dah la semalam tiba-tiba sakit gila tulang belakang kat lumbosacral region. macam salah duduk. lama-lama sakit gila nak solat pon kena gerak slow slow. dah banyak kali dah try reduction, tapi macam takde audible click yang melegakan segala kesakita. argh, macam sedikit dislocation di situ. tak sure sebenarnya exact part sakit. tapi macam dekat pelvis pon iyer la jugak. dan2 je kan exam ortho lepas tuh terus sakit tulang temulang. sigh.

mengantuk pula tiba-tiba. ok nak masak nak makan dan tunggu subuh. kol 0340 macam tuh dah subuh dahhh.
teringat family apa la dorang sahur harini yeh. takpe, sabar noure. nak balik dah. kalau sahur kat rumah memang sume dah terhidang tinggal sumbat je makanan dalam mulut. oh terima kasih mak abah. abah tolong letak nasik dalam pinggan tau hari-hari. huhu. lepas tuh kitorang sume diwajibkan minum susu. wajib setiap hari. tapi sekarang macam dah tak wajib sangat. mak tanye je nak susu ke tak, kalau nak mak buat kalau tanak mak tak buat. wah rindu!

ok ok bye byeee. ramai balik esok. aku balik lusa. tak jeles pon ngan dorang yang balik esok or harini. ii just perfect cause i have enough time to do some shopping and cleaning and bla bla bla.

later!

2 penyebok:

daud said...

tetibe ak jadi tindu gak nk sahur n buka kat rumah

k h a y said...

hye norrrr. cpt la blk msia