Thursday, September 30, 2010

di suatu ahad

went to kak sue and atif wedding with hani the driver hehe and dayah norbi. kami geng banting yaw! *gigih melihat peta*

stunningly beautiful. ;)

rakan dan taulan alexandrian sekalian. *bersama seorang lagi pengantin baru hehe*

big apple alamanda. yeah i like duren-duren the most! *dayah norbi belanja donut yeyeay*

before hani sent me home, makan-makan dulu KFC. muwahaha. hari penuh dengan makan.

ps: click for a better view ;)

Saturday, September 25, 2010

holiday that gonna end soon

good thing i know about 5th year is it will end somewhere around july!

hah terok asik fikir cuti je.

sedih mode dah nak balik egypt. passport tak renew lagi, barang2 tak listkan lagi nak beli, banyak lagi lah benda. argh. 2 weeks tuh lame kan? boleh rilex kan? tak sampai 2 weeks pon lah! TT____TT

sekejapnye cuti. dah dapat semangat baru ke belom??

huwaaaaaaaaaaa. serius lah sedih.


Tuesday, September 21, 2010

kisah dua minggu di Hospital Banting

rajin pulak lah nak berblogging sekarang ini ya. bila dah takde apa nak dibuat. batrisyia pon tidur, bagus. good girl. baru lah boleh membesar dengan cepat. semua orang yang tengok die cakap di panjang. memang pon tengok dah semakin memanjang, semakin berat. baru angkat sekejap dah terasa lenguh tangan. huih. ala normal la tuh maknanya sehat lah tuhhh kan. dah semakin-makin sehat dah pon batrisyia. muka booolat. nak cerita pasal batrisyia sebulan pon tak habis kot. comel bangatt. sure nanti rindu bila dah balik egypt. sob sob sob

okai sebenarnya nak cerita pasal 2 weeks attachment time puasa harituh. tak menyempat-nyempat nak bercerita kan. busy sangat lah kononnya. yelah balik dah penat dah tuh sebok tengok tb apa bagai so malas nak mengadap laptop lama-lama lepas tuh dah tidor.

so saya telah membuat 2 minggu attachment kat hospital banting. hospital daerah je so kecik je la. saya dan hani hidayah, nasib baik lah hani ada. balik malaysia je cepat2 apply kat hospital tuh. seminggu jugak la baru hospital reply. kitorang nak jugak buat time puasa. xpe lah puasa pon, kat rumah bukan ada buat apape pon kan.

start attachment kat emergency. seminggu lah kene dok emergency. menurut orang2 kat situ, time office hour memang tak ramai sebab dorang akan pergi kat outpatient. so first day tuh dah takde ape kitorang pon pergi ke outpatient. kebetulan bertemu dengan student medic final year UM. lucky enough, dorang ajar lah macamane nak amik blood sample. cucuk sana sini. so my first patient was Hani! saja try amik darah kat beliau. i made it yaw! but sory hani, saya tak sanggup untuk dicucuk. tsk tsk. pastuh bila try kat sorang pakcik nih darah xkuar lansung. pakcik tuh pon bengang je muke. hehe. sori la pakcik. dorang cakap orang tua memang susah sikit sebab vessels senang lari bila dah tua.

dalam seminggu dok kat emergency ni macam-macam dah belajar. MA's dan doctor pon baek saja. MA la yang kitorg slalu follow, ha lepas tuh suruh kitorang try sendiri. banyak bende dorang ajar. serius dorang sangat baik dan happening. huhu. mula-mula tengok la dulu macamane daily life kat emergency tuh. kena tau pasal triage. patient yang datang akan di check pastuh akan dibagi triage color code. green untuk tak emergency sangat, yellow untuk emergency sikit, red pulak macam biasa of course lah paling emergency kan.

macam-macam case dah kitorang jumpa, patah itu ini, demam denggi, MVA la banyak, ada jugak case nak bunuh diri telan obat bejuta-juta bijik, yang berdarah itu ini kena pisau, myocardial infarction, demam biasa, fit, tuh la mostly case kat emergency. kat sini memang kena tau serba serbi lah pasal semua benda. i really gained a lot here. bila tengok ECG terpinga-pinga macamana nak baca. haaa hambik kau bila doc suruh analyse. errrr...

kalau nak cerita satu-satu pon macam tak habisss sebulan nih. oh dan kami jugak berpeluang tengok post mortem of gunshots incident. pagi2 tuh MA dok sebok cerita pasal gunshots, 2 mayat sedang menunggu untuk post mortem. wey masuk berita tawww penjenayah paling dikehendaki tuh. fuh. kalau kat hospital daerah mcm banting nih forensic slalunye under emergency. so ada pakcik yang akan buat post mortem tuh ajak kitorang tengok, so apa lagi. lepas mintak kebenaran head of emergency department, Puan Rozita kitorang pon join lah post mortem tuh. pakar yang buat post mortem tuh memang kecikkk je orangnye tapi gila lah sempoi je buat itu ini kat mayat tuh. perempuan hokai. kagum sekejap. sangat rumit dan lama post mortem nih. kitorang tengok halfway je pon. that was a new experienced for me. ok sekarang baru tau post mortem macamana, semua benda kene dikeluarkan ditimbang, even darah yang ada pon kene jugak record brapa banyak. hoh rumit kan. tapi aku sangat kagum apabila melihat BRAINS dikeluarkan. cantikkk. ok dah. cukup pasal post mortem.

lepas tuh at one time tuh MVA case. (read:motor vehicle accident) memang teruk gila lah, semua MA dan doctor memang tak menang tangan. so my first time tengok the real emergency cases to save life. patient got hemothorax, so need to do chest tube. bayangkan la kat tempat non-sterile tuh kene tebuk ribs pakcik tuh without anaesthesia,eh maybe local kot tapi ye lah kan nak tebuk ribs lepas tuh doc guna tangan je nak koyankkan intercostal muscle nak masukkan tube tuh. menjerit-jerit pakcik tuh kesakitan. i was like. WOW. dan cuak jugak how i'm gonna do like that in few years time. helping out a little tho but most of the time im just watching. terpana sebentar. doctor yang buat tuh memang cekap gila lah. pakcik tuh ada multiple fracture, kepala pon luka memang kena jahit time tuh jugak la, open fracture sampai nampak tulang, apa lagi tak ingat. the he referred to hospital klang. memang ape bende serious cases pon akan refer ke klang.

about my own experiences, konfiden nak amik blood sample tuh macam xde sangat. bila dah nak habis kat emergency tuh baru lah berani offer diri nak tolong itu ini, cocok sana sini, insert branula, amik blood sample, set iv line dan hari last aku berjaya suture kaki orang. hehehe. seronok tawww dan susah jugak rupanya nak jahit kaki orang nih. tak sama lansung dengan jahit baju. isk. terima kasih MA dan juga doctor yang mengajar kami macam-macam. ;)

the following weeks pulak kat Medicine. kat sini macam bosan sikit lah. takde ape nak dibuat, just pagi ikot doctor buat ward round. bersedia lah nak kena soalan bertubi-tubi dari doc. aih, terasa hampeh gila bila tak dapat jawab. lepas mcm takde apa nak buat kat ward, lari balik melepak kat emergency sampai la berakhir 2 minggu. hehehe.

kalau nak compare hospital kat msia ngan egypt, memang jauh panggang dari api. yang paling aku suka nak amik blood pressure, tokan sajork terus keluar accurately tak payah nak pam pam carik artery dengar hapa bagai. haish. takpe itu kan basic. hehe.

doctor bila cakap kitorang nih lack clinical skills lalu mereka pon cakap, xpe nanti bila dah kerja semua pon sama je. dan pesanan yang paling penting! JANGAN SOMBONG! baek doktor. ;)

so thats all about my elective posting. next year kalau ada rakan taulan nak buat lagi lah kat situ. ;)

nih la emergency and trauma department. kecik je pon.
kena punch kad taw. meraaahhh memanjang. kekeke

the gediks in me. Bluek. HAHAHA

Hospital Banting.
nicest MA ever! thanks. ;)

ha kan sonang tekan je dapat lah sume data.

itu saya lah yang jahit. ok the middle part at least. hehe. oh cantik dan kemas. perasan! continuous suture.

girl in yellow














;)

Sunday, September 19, 2010

takdak apa nak dibuek

lepas maghrib tadi rasa nausea gila perut tak selesa lalu pengsan lah kat katil tak sedo2 sampai la nak dekat pukul 12 baru la rasa ok sikit. gagahkan diri bangun tuh pon sebab lapa. hahahah. lalu terus lah ke dapo lalu makan dan sekarang kenyang dan tidak mengantuk maka apa yang perlu dilakukan sekarang? melangut depan laptop amatlah membosankan macam movie semua dah habis tengok saja. eh belom lagi. ada lagi belom tengokkk lah. ha selalunya tengah tengah malam nih tengah bercinta la dengan encek buah ati hihihi tapi apakan daya beliau sedang berseronok di luar negara maka kita biarkan beliau bergembira tak perlu lah kacau. ceh cane nak kacau pon kann.

hari ini sangat busy, mak masak masak menjemput sedara mara datang makan. haa call saja makcik yang kat bangi tuh, memecut je datang kalau pasal makan. kekekeke. menu soto dan bubur merah yang tengah-tengah tuh ada kaler putih korang tau takkk? kecik kecik dulu suka kot makan. seperiuk besar lah mak masak soto tuh. habis dah la. sodap tak terkiree.

rakan-rakan nak datang umah datang je yehh, tapi beskut raya dah habis lah. hehehe.

wey skarang kan banting memang hot stuff lah kannn. kalau sesiapa tak tau memang bukan warganegara lah gamaknyee. isk. kalau cakap je dari banting orang akan respon" ohh kat tempat pembunuhan tuh ek. dekat ke ngan rumah? " (-_-") faymous not in a goodway betol. sangat lah tak syiokk. tapi kan tadi kitorang saja-saja lah pergi melawat tempat kejadian. jauh la jugak dari rumah. Ladang Gadong tempat kejadian tuh masih masih ada lagi polis jaga, denga media siap melepak-lepak kat kuil sambil ngadap laptop. penuh lagi orang media kat situ. lepas tuh tengok pulak office suspek yang dok depan balai polis besar gedabak tersergam indah kat pekan banting tuh. cis, polis nak pergi office suspek tuh jalan kaki melintas jalan je weyyyy. melampauuuu.
lepas tuh blakang office tuh pulak kawasan perumahan beliau, nak jugaakk pergi tengok kann. gila busy body betol. heheh. sebaek mak aku tau lah tempat tuh jalan apa rumah suspek tuh mak abah pon kenal je dengan jiran suspek tuh. huih. semangat waja je kitorang pergi tempat2 terlibat kann. huhuh

tapi sangat kejam lah. sedih betul bila tengok berita newpapers apa semua. sori lah yer, bersemangat waja nak bubuh gambar tapi cable camera tak jumpee lah pulak. len kali okai.

wokai lah, see ya!

Saturday, September 18, 2010

batrisyia di hari raya

hye, nama saya batrisyia. ini raya pertama saya.










ini pulak aunties batrisyia. hehe


p/s: batrisyia dapat duit raya berjuta-juta. amboih.

Sunday, September 12, 2010

salam aidilfitri!

dah bebrape hari raya dah pon ha baru sebok nak wish. hehe.

maafkan salah silap. kasihan kan blog nih dah terabai sungguh. maafla, walaupun tiap masa on je laptop nih tapi orangnye takdop. orang nye melepak depan tb la ape lagi. ehehe.

salam aidilfitri. banyak nak updet cerita. tapi tunggu rajin lah nka menaip naip panjang ok. takde life la asik nak mengadap laptoooopppp je memanjang. itu life kat mesir ah. ahahaha

bye!