Thursday, November 18, 2010

happy eid everyone

masih dalam raya lagi kann. so rasanya masih belum terlambat lagi nak wish selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia. ;)


ha harini barulah berpeluang untuk sit back and relax kat katil. muwahaha. sepanjang panjang cuti adalah penuh dengan aktiviti. sangat busy. serious. but i loike. ;D

secara pendeknya, seperti entry sebelum nih aku dah cakap. jumaat sabtu join Seminar Ibadah Pesakit, tak ponteng satu slot pon tau. seronok mendengar walaupun macam ada jugak busan sikit sikit. alhamdulillah, banyak jugak dapat ilmu baru termasuk la JOM MELABUR DENGAN MEMBELI EMAS! untung woooo. tak payah lah melabur ngan amanah saham dot dot dot apa bagai. huhu.

hari ahad pulak terus bergerak ke cairo pagi pagi tuh bersama kay dah mek ya. seharian di city stars berjalan jalan makan makan hehehe. bermaam kat umah tiqah aina nik. dah lama gila tak jumpa mereka. ha banyak jugak korek cerita. kekeke

then the next day pagi pagi dah keluar mahu menuju ke mansoura pula, gerak pagi pagi takut takde tiket. cuak je. maklumla esok kan raya. tapi alhamdulillah, sampai je kat stesen bus tuh terus beli tiket terus naek bus, dan bus terus jalan. huhu dalam pukul 12 lebih kot sampai lah kami di mansoura. melepak di rumah ain dan zura.

raya tahun ini kat mansoura, beramai ramai berkumpul. seronok lama dah tak berjumpa dorang sume, like always la makan makan bergosip gosipan. hehe lepas tuh petang raya tuh jugak terus gerak balik alex bersama 3 warga mansurah intan aida aimi.

sampai alex nak dekat pukul 8pm dorang nak pergi carefour terus, bawak lah mereka. huhu oi ramai gila manusia kat carrefour tuhhhhh. serabut gila.

then the next day seharian duduk kat dapur memasak. hahaha. mee jawa resepi Dila dan jugak again my tiramisu, sebab nak menghabiskan kek tiramisu arituh dan jugak gigih squeeze lemon buat lemonade. haha tengahari tuh opkos la pergi memenuhi jemputan open house rumah paan. hehe kenyang sepanjang hari.

pagi ni pulak pagi pagi dah ke pantai berpicnic. ya masak nasik lemak yeay! had a great time with KTT friends. setiap kali berkumpul mesti ada je kisah kat ktt yang dibangkitkan. gelak besar weyy. seronok. bila nak gather semua orang pulak nihhhh????

lepas berpiknik, sekarang tiba masanya untuk melepak pulaaaaaaa. tammo turun katil harini!!! muwahahahaha. esok last day cuti. lepas tuh dah sekolah balik....... so cuti to the fullest!!!!

really had a great time this cuti. so encek yang hp mati tak bawak charger ape bagai, i do miss you but not that much so no worry okai ai tak merajuk ape ke. kekekeke. ha jangan extend cuti, report kat makcik hajar kanggggg.

masa raya tipulah tak hosemsick. sedih taww. nasib baik malaysia raya sehari lambat, so hari raya first dah ada kat alex boleh lah call umah. bila call semua dok busy nak memasak. dibah yang tak rajin ke dapur pon sibuk memasak jugaaaaa. huwaa bila call bunyik sangat meriah, dengar sore batrisyia nangis lagi lah rinduuuuu.

nanti noure upload gamba. tenet lembap macam hape je. Zzzzz.

ja!





2 penyebok:

ain_dira said...

xpaham la. nape tarikh ry x sama padahal kite ikot kelendar islam je kan. pastu ry aji kan ikot hari wukuf kat arab. camne ade negara ade lewat n awal sehari.

p/s: agk2 ko reply x?

noure said...

kalendar islam kan ikot anak bulan. boleh laen la kot sebab maybe dorang dah sepakat anak bulan xnampak lagi timu tuh.(nih aku xsure pulak)
betul tuh ikot hari wukuf, 9 zulhijjah. xde la ikot arab kot sebab masa pon lain lain kan. yg penting 9 zulhijjah. tp sume negara aku tengok dah raya awal sehari malaysia je lambat sehari.