Tuesday, December 14, 2010

lahir ikut tingkap

harini tengok CS setelah sekian lama meninggalkan obgyn ni. eceh. lama lah sangat. apa itu CS? Caesarean section lah. according to Alexandria Manual of Obstetrics where Caesarean came from? okai sedikit history, dulu masa zaman dulu-dulu masa Zaman Caesar ni memerintah dorang ada buat law, pregnant women yang mati but still have the baby inside her wombs cannot be burried unless the fetus is taken out. so kirenye dorang akan buat post mortem keluarkan baby dalam perut ibu tuh melalui perut yang dipanggil Caesarean Law. lepas tuh terus la melekat kalau keluarkan baby dari perut namanya Caesarean. *betul ke ape yang aku ingat ni? semalam baca gitu-gitu je pon.nanti lah cek balik okai. hehe*


kalau dulu Obstetricians memang seboleh bolehnye nak elakkan CS nih sebab more hazard than normal vaginal delivery. risk yang paling orang takut tuh opkos lah rupture uterus sebab dulu dulu buat incision kat upper segmen kalau sekarang nih lower segment. risk hanya 0.4%. but still might happen tho, aite? tapi sekarang nih zaman dah berubah, dunia dah maju. CS sekarang dah jadi à la mode dah. trend dorang sekarang malas nak push push berejam rejam tahan sakit, terus buat CS je sonang kan.. isk.

eceh, aku nak bagi lecture pasal CS ape ke nih. semalam lecture pasal CS. doctor tuh sempoi gila. nak start lecture tuh beliau pegi google pasal CS. lalu keluarlah benda nih.




tengok! kalau google C section je berjuta juta result kuar. About 73,900,000 results. gila banyak. lepas tuh dokter klik kat first result, the most famous Wiki lah kalau ada yang tak tau tuh ntah dari zaman mane ntah. Alam Bunian kot. wakakakaka *inside joke*


ha inilah dia Caesarean Section from wikipedia. biasanya ini untuk lay people atau dalam bahasa melayunya orang kebanyakan. Lepas tuh dokter mengajar pasal CS ni based on that Wikipedia. haha. macam kelaka pulak. klik kat gamba atas ni untuk ke website tersebut.

eh sambung ayat first, petang tadi pergi tengok CS. indication for CS, precious baby *every baby is precious wey*. makcik tuh G5 P1+3. okai untuk rerakan yang tatau formula matematik apa aku guna dalam medik sejak bila belajar matematik kat medik ni pon. itu adalah formula untuk obstetrics history makcik tuh la. gravida 5 bermaksud makcik tuh dah mengandung sebanyak lima kali. Parity 1+3 bermaksud satu baby berjaya dilahirkan dan lagi 3 abortion. eh 1+3=4 mana datang lima, simple je rerakan, tuh yang sedang nak dilahirkan tuh. kira tak ke kali ke 5 dia dah pregnant. ha lepas ni kalau korang pregnant atau isteri korang pregnant kalau nampak kat file korang atau isteri korang masa antenatal visit ke apa ka, korang boleh paham dah la ye? ok, bagus!

procedure CS nih SEKEJAP GILA WEY! lame sikit lah nak buat Spinal anaesthesia tuh sebab susah kot nak cucuk kat tulang belakang nak carik tempat yang betul. lepas tuh semua macam kilat. surgeon potong perot, potong lemak, potong uterus PAP! air ketuban pecah dari perut memancut2. haha air ketuban kelakar pulak menyebutnye, dokter pon struggle keluarkan kepala baby dan akhirnya baby menangis! alhamdulillah. macam tak sampai 5 menet pon procedure tuh. serius tak tipu.

okai dah penat membebel. bye bye!



4 penyebok:

k h a y said...

5 minit lahirkan bby? bia betooi.

aku tgk tv sampai 10 jam pon ado. huhu..

ok, pasni ak nak ngandung senang la.

mcm tgh belaja pasal pregnancy pulak masuk blog kau ni. pakwe takde jugak aku ni. kahwin apetah lagi.

noure said...

5 menet kalo ikot tingkap la wey. cs tuh. kalo normal ikot bawah tuh lame kot. huhuhu

saye kerink said...

uwh! terasa mcm part of medic-ians. hahaha. teringin nak tahu lagi. lagi lagi lagi. hahahah. harini belajar dari kak noure few terms.. pastuh gravida parity. hehehe.

If my mum.. G6 P4+2. heheheh SERONOK. TQ ;]

daud said...

hebat gile lecturer tu, guna wiki je e.