Saturday, December 31, 2011

31.12.2011


bubai 2011!

Friday, December 30, 2011

friday day day

gumorning everyone.

hari jumaat yang ditunggu-tunggu telah tiba. bila masuk int med hari hari kene bangun awal kelas stat pukul 8 lah sangat sobs. 1week down. 10 week to complete all units. 12 week to finish int med! esok start hematology kene panjat tangge berjuta-juta tingkat sebab kelas atas langit huwaaaa. penat lah kumpul lemak-lemak dalam badan tak sempat nka tepu lagi dah nak kene bakar. huks.

dah nka habis tahun 2011. wow time flying fast. bnyak gileeeee bende bersejarah berlaku sepanjang 2011 nih. serius. the most memorable year of my life? kekeke perhaps.

dari awal tahun dah banyak drama. revolution tuh la. tak penah melalui debaran hidup macam duduk kat negara tengah perang. but alhamdulillah semuanya selamat. dapat nek kapal pree ke jeddah. duduk kat jeddah kerje makan minum tido makan minum tido makan minum tido sementara tunggu flight balik msia. walaupun beli tiket sendiri tapi tarikh lambat nau. sobs.

lepas tuh sebulan gak dok malaysia. HEAVENNNN. oh tidak. kene baca buku untuk final exam. macam-macam hal lah.

dan the most unexpected things happen this year. hehehehe. takpayah teke sume orang mesti dah tau. i am being a wife to someone. ;) terima kasih yang tal terhingga kepada family yang membantu dan memberi sokongan padu dan macam-macam lagi. oh homesick pulak. :(

hemhem ape lagi yeh. ohhhh. my final year in medical school!!!! dah nak habis belajar dahhh.

ok bye!



Monday, December 26, 2011

gee gee gee geeriatrics

weehoooooo assalamualaikum kawan-kawan. saye dah habis exam alhamdulillah. berjaya mengharungi dengan tabah. walaupun hanya 2 paper tapiiiiiii gile lah study macam separuh gila. now i'm back to my sanity. hehe.


semester terpendek amat sudah berlalu. sekarang nih masuk lah semester terpannnnnjaaaaangggg gilaaaa. fuh. 13weeks int med 13 weeks surgery then i'm done with school! woho. lame lagi lah. -__-

kene bukak balik buku cane nka amik history bla bla bla banyakkkkkk. semoga tabah lah noure. dah semoga rajin!!!

dah nak habis sekolah dah nak habis sekolah. marilah bergembra as a student to the fullest. nanti dah keje nak tidoq pon ntah ade mase ntah tak. sobs.

ok bai!


Monday, December 5, 2011

berdebar-debar dah rasa

exam yang semakin menghampiri. banyak gila kena baca. T______T serius stress wehh. tapi study lembap jugak. T___T


harini baz kawen. sedih taw tak dapat pegi. dah la kat banting rumah sekangkang kera je la boleh kire. teringin nak attend wedding kawan-kawan sekolah. cepatla kawan-kawan kawennnn!! eh tunggu lepas bulan 10 taun depan plis.

esaimen commed yang menguji kesabaran. pening tapi menarik la jugak sebenanye. lain daripada esaimen slalu tuh. tapi seksaaaaaaa.

nak tido. gunnaiiiteeee. selamat berpuasa di hari asyura. asza nak bagi bubur asyura esok. yeay! hihi

Sunday, November 27, 2011

thank you friends!




makin dah tua ni biasala makin malas nak menaip banyak-banyak. tempek gambar seketul dua ketul dah kire update lah blog nih kan. aci la kan. terima kasih kawan-kawan KTT bersusah payah masak macam-macam untuk meraikan kami. hihihi. merasa la jugak potong kek kawen ek. haha time kawe haritu cupcakes je. eh kejap, lepas majlis ade potong kek la dari hantaran. haha.

sume makanan sedap lah! kenyang gila. hohohoh gembire takyah masak dah. ;p

esok hari mengundi kat alex ni. semoga semuanya berjalan lancar. no more drama please. all the best egypt!




Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday

♥ ♥2m ♥ ♥

Monday, November 21, 2011

life is complete now

new oven in the house! ;DDD
big thanks to ewa and paan. i lub u both beriberi muchhh!!! hihihihi

maka telah dirasmikan dengan membuat pizza. semua benda ada dah so apa lagi, mari lah buat pizza untuk merasmikan oven. tak sabar nka baking. teringin buat cake. tapi mixer tak ehem dapat ehem lagi. ;p

bye!

Tuesday, November 15, 2011

kerinduan

gambar summer holiday haritu.

gambar terbaru i guess. adik yang upload kat fb.


rasanya baru je sekejap balik mesir. bila tengok gambar batrisyia dah lain sangat dah muka. nampak dah besar dah. bukan besar dewasa dah matang, maksudnya dah besar sikit lah u know what i mean kan. owowow rindunye sama budak kicik itu!

hujan dah beberapa hari. angin kuat gila dari laut. dugaan betul bangun pagi. huhuk. sejuk! winter dah nak menjengah nampaknye. last winter in alex insyaAllah. next year tade dah la winter2 kat msia nih.

bye!

Sunday, November 13, 2011

eh dah boleh dah

dah boleh pulak upload picasa nih.



kempunan parasailing sobs

nasi lomak

takleh nak upload gamba guna picasa la ke dalam belog nih. error ape bende ntah. maleh dah la nak upload sebijik sebijik gambo. minta mahap lah ye.

so skarang nih dah start dah round baru. family medicine. kire termasuk dalam community medicine. hari pertama rasa macam nak nangis je time lecture. ngantuk gileeeeeeeeeeeeee. hari kedue, lebih kurang jugak. tabah je la sobsob. balik rumah kene gelak dengan suami, suke bebeno tanye macamane family medicine, best ke pas tuh gelak-gelak cis cis. mentang-mentang la dorang dah habis. takpo, sebulan je sebulannnnn.
berkenaan tajuk, saya baru je habis masak nasik lomak. jom makan!


Wednesday, November 9, 2011

salam aidiladha

dari kami sekeluarga; suami dan saya. ;)

walaupun macam dah lambat je tapi still nak wish jugak. ini boleh la dikire gambar official hari raya aidiladha. spending the day with the fish. seronok! hihi. takde la sedih sangat bila mengenangkan sefamily busy menikmati daging korban. bersama-sama melihat lembu disembelih sebab semua ada bahagian masing-masing termasuk la saye jugak tapi kan nak buat macamane apabila duduk nun jauh di perantauan maka terpaksa la mewakilkan je orang lain tengok lembu disembelih sobs.

tiap kali aidiladha mesti kempunan sup tulang. hmmm.

mari menghabiskan sisa-sisa cuti! ;D more picture coming up! tunggu rajin la. haha


Monday, October 31, 2011

pagi yang sejuk

gumorning. pagi yang indah dans ejuk katil pulak memanggil-manggil tapi kerana forensic ku gagahkan jua untuk bangun eceh. tengok ada manusia dok sedap melingkar jeles betul T__T

jangan terpengaruh jangannnnn.

semalam tuh intro je la untuk terjunkan diri balik ke dunia belog. eceh. mek ain dah bising tak updet belog. so here i am. writing all over again. ehehehe

so far life has been wonderful. tengah nka adapt dengan situasi baru, which is bersuami. everything changes. we move in to a new house. no internet connection for almost one month and finally the day before yesterday we got our internet connection yeay! clap clap clap. you should know how hard my life had been without internet. nak buat esaimen pon susah. nak tau lecture kat mane lecture ape lecture kat mane pon susah nak call umah pon susah nak keep in touch with family pon susah. macam hidup dalam gua. *konon je la padahal nka tengok running man susah, nka update pasal cnblue pon susah, nak update twitter pon susah ahahahaha* tapi takpe, now i can google resepi banyak banyak banyak at anytime! hoho

dah hampir sebulan dealing with dead people. forensic yaw. and poisonsssss. ^&*%^ banhyak gile belajar toxicology. dah overdose dahhhh argh.

ok gotta go. asphyxia is waiting to be read. practical exam this coming thursday. banyak gila tak baca lagi. nangiss. later!



Sunday, October 30, 2011

howdy!


hye people. loooong time no see in blogging world. by the way, meet mr husband. ;)


Thursday, September 22, 2011

tomorrow

morning! bangun pagi terus palpitation. big day tomorrow! and the day after. heheh. serius berdebar-debar. got few things to be settled. selagi xmajlis selagi tuh la xsettle ye dok.


doakan semua nya berjalan lancar ye kawan-kawan. doakan yang terbaik untuk kami. insyaAllah. ;)

last update as a single women. lepas nih akan update sebagai wife insyaAllah. oh sedih jugak. perasaan yang bercampur baur.

gottta go. bye!

Monday, September 12, 2011

10days to go

it's getting nearer. counting down. honestly speaking, semakin hari semakin mendebarkan. doakan yang terbaik.


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.


Thursday, September 1, 2011

Rabbi Yassir Wala Tu’assir

Rabbi Yassir Wala Tu’assir

Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah kau susahkan.

Tuesday, August 23, 2011

donel!

alhamdulillah. dah habis dah exam dah habis dah 5th year!!!!!!

gembira gilaaaaaaaaa. aaaaa perasaan yang tak tergambar.

so next sem dah masuk FINAL YEAR!!! like finally weh.
lagi bebrape hari nak balik malaysia yeayyyy!!!


Tuesday, August 16, 2011

Semangat lah noureeeee aaaaaa 
Next ENT
Banyak gila ㅠㅠ

Yosh!!!!
ㅋㅋㅋㅋㅋㅋ

"iPod Noure"

Tuesday, August 9, 2011

Tabahlah

Tabah noure tabah. Oh exam. T_T takottt

Thursday, August 4, 2011

study leave.

dah habis kelas 5th yearrrr!!!!!!
hematology walaupun kekadang bosan tapi sangatlah gain my knowledge. selepas 10 hari kat hemato kami sume da expert dah leukemia! ho ho ho
FINAL EXAM!!!
MASA UNTUK STUDY SAMPAI LEBAM.
study study jugak, terawih jangan dilupa. sangat seronok berpuasa kat sini. tapi part yang tak berapa nka seronok time buke ngan sahur la. T___T oh rindu keluarga.

yeayyy. lagi 3 weeks nak balik malaysia!!
tak sabar nak balik malaysia, nak raya, nak kawen. HAHAHAHAHAHAHAH

doakan saya ye rakan-rakan. please please please. ;)
preparing chemo. CHOP for Non Hodgkin Lymphoma.

ini memang obat kegemaran. sebab... sebab... sebab tengok la. kale merah maaaa! hehe
zpolaroidz

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday

Platelets : 0

Friday, July 29, 2011

jadual final

[ FINAL EXAM 5th YEAR ]

1) OPHTALMOLOGY
Date: 15 August 2011 / Monday
Time: 10am - 12pm
Place: CC

2) ENT
Date: 18 August 2011 / Thursday
Time: 10am - 12pm
Place: CC

3) DERMATOLOGY
Date: 21 August 2011 / Sunday
Time: 10am - 12pm
Place: CC

4) UROSURGERY
Date: 23 August 2011 / Tuesday
Time: 10am - 12pm
Place: CC


bawak-bawak lah study noure oi.

Tuesday, July 26, 2011

threesixtyfive


Project365Noure is now officially end. HAHAHAHA.
sebenarnye dah lame dah habis. tapi bile dok busy gila dari balik mesir dulu sampai la lani dah nak final baru lah tak busy sangat.baru lah ada masa nak upload the rest of the pictures.
alasan sangat tak boleh belah kau ye noure

ini gamba yang ke 365.
macam dalam mimpi time tuh. pagi hari bergembira bekpes bersukaneka bermain laut bersama family. tuptup petang tuh dah sensorang dalam flight ke klia NAK BALIK KE MESIR DAH. serius macam takleh terime hakikat. takde family hantar kat KLIA. sedihnyeee. sob3. nasib baik besfren sudi datang hantar ai dengan seseorang. eheh.

terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan Projek 365 ini. dalam kepala otak macam nka buat projek baru but this time opkos with my Mr Pola. ehehehhe. we'll see yek.

later!

Sunday, July 24, 2011

5th year, done.

unofficially done for 5th year. done dari segi takyah belajar benda baru untuk final exam nanti. mulai esok start elective course for nearly 2 weeks. seploh hari je. HEMATOLOGY! entah pilihan ke berapa ntah sebenarnye tuh. kesiannye kan. but i guess it would be fun. hehe let's hope so. membe yang penah amik hemato seblom nih cakap best. tapi yang takbest nye kene panjat tingkat enam la bangunan int med tuh. lif ade takkkk?


harini hari ahad. harini cuti!!! itu pon sebab public holiday. -__- semalam end round exam urosurgery. lepas habis exam serius rase nak nangis. sobs sobs. huwaaaaaaa. takmo la kuar markah. kecewe kang nak final nih. huwaaaaaa.

let's move on. so harini kan cuti kan. pukul 8 dah max dah tdo takleh nka pejam mate lagi dah even pakse pakse pon. hahahah. berguling-guling-gulng sepanjang hari. layan cite macam dah habis final. padahal end round je pon. -__-" penat tengok cite tido, penat tido tengok cite balik, pastuh tido balik. serius banyak gile tido harini. HAHAHAHAHA ada org call kat mane tuh. kat umah la. time tuh serius baru bangun tido. kekekeke. ;p

sakit kepale. mebi sebab banyak sangat tido? so rase mcm perlu tido dah. esok kelas dah. lepas nih dah takleh main-main dah. kene prepare untuk final exam!!!!! *harap-harap la*


ok bye


Saturday, July 23, 2011



Wednesday, July 20, 2011

Mr PolaPink


say hello to Mr PolaPink everyone.
but now i think i wanna call him; of course a he, Mr PolaPola. hehe

super excitedddddd. of my first try using polaroid. selca la ape lagi. hahahaha. saje buat efek sepia nampak ala-ala oldies gitew.

hehehehehehhe. gembirenye.

same ;p
p/s: end round urosurgery hari sabtu. nangissss. baru nak stat study nih!!! pray for me.

Saturday, July 16, 2011

it's drawing near

RT @nourenisa org mesir dah nampak bz nka menyambut ketibaan ramadhan, org malaysia pulak dah busy nka menyambut hari raya.

tiba-tiba rasa excited nak berpuasa kat mesir nih ;)

Friday, July 15, 2011

mentally drained

tetibe rase penat ngan sume bende. penat nak pikir, penat nka buat apape, penat nak buat esaimen, penat bergolek-golek, penat tengok cite, penat nak belajar, penat nka mengadap laptop, penat nak kemas, penat nak pikir sume bende. penatttt.


apesal ntah.

i need to get out of this routine for a while. ;(
cepatlah cuti. cepat lahhhhhhh.

call mak ngah odw gi mane ntah. takdengar sangat. sedih

nak tido pon penat! huwaaaaaaaaaaa. summer memang tak seswai le nak belajar. holiday holidayyy!!!! hurm.


Wednesday, July 13, 2011

delivery party

beeeesar gile blueberry cheesecake delight skang. besar dan nipis. tapi sedap opkos sedap. hilang dah craving for cheesecake. delivery je sonang. tapi frust gile nka delivery oreo cheesecake skali satu slice takde. sobs2.
okeh nih festime delivery Dominos pizza. walopon time nka order tuh lama gila tanye itu ini macam-macam 10 menet kau. cakap ngan pakwe pon xsampai 2 menet. heh.
hahahaha banyak gile sebab banyak mulut yang nak makan ye.
sambut besday nad, asza dan noni.
wewewe
gembira gila craving cheesecake dah dapat, craving pizza dah dapat. hihihi. ;)

bila kenyang suka hati. la la la.

Monday, July 11, 2011

kesayangan semua

senyum amik ati. dah memang well known dah batrisyia memang suke senyum amik ati. hahaha. cucu kesayangan nenek dan atuk. yela, sorang je cucu for now. asik asik dapat baju ngan toy. asal kuar je balik kompem akan beli baju batrisyia. *jeles*


dah nak umur setahun dah next month!! hihi tak sabar nak jumpa. nampaknya akan miss besday party whtsoever nanti. sobs.

Saturday, July 9, 2011

Anosognosia

awak kerajaan tak semestinya semua awak buat tuh betul.

awak pembangkang tak semestinya semua awak buat tuh betul.

susah la semua nak mengaku die je betul.

orang gila tak mengaku die gile sebab sangat poor insight.

boleh relate?

ok bye.

Friday, July 8, 2011

cornie

sesape follow WGM brave couple nih mesti perasan won joon suke gileee ngan cornie nih.

nak dijadikan cerita, lepas exam harituh kan mestila berpoya-poya kan. masa round-round dalam care4 tuh tetibe kitorang terjumpa Cornie!!! hahahahahha

serius sebijikkkk!!!!!

ok bye

Thursday, July 7, 2011

ouija

penah dengar apa itu ouija. harini festime denagr sebenanye. tapi sume org tau kot game yang dorang main oanggil spirit untuk ramal masa depan(?). so we played the game today during clinical round. with the doctor ofkos. HAHAH. ok lah, not the real ouija. just dokter suh klik klik klik kuar la tulisan. pastuh punyelah dokter merepek mereke-reke cerite. -__-


by the way. harini first day of Urosurgery. baru fes day dah macam muak mengadap xray. HAHAHAHA.

what i've taken so far in 2nd semester.

ophthalmology 1month
dermatology 2weeks
ear nose and throat 1month
urosurgery 2weeks
elective 2weeks

then study leave, then final exam, then going back homeeeee!!!

hihihihi sabar sabar.

lepas kelas tadi gigih pergi rumah cik atie untuk bermain keyboard. yeayyy dah reti dah main lagu Love Light ho ho ho. harus dimantapkan lagi. next time leh main lagi. hehehe. tenkiu cikgu atie ;p

tadi macam rajin nak merepek panjang-panjang. pastuh internet pulak macam ntah hapape pulak tetibe. heh. ok now bilikd ah gelap. nak tidoq dah. layan cnblue sat. heheh

bye!



Friday, July 1, 2011

july love love

it's july already. bulan depan balik malaysia yeayyy!
ORL-HNS dah habis dah. eceh name nak sedap je. ENT dah habis le semalam. harini esok lusa tulat study leave. tonggeng terbalik end round exam. ade ke org paham aku cakap nih. biarlah. hahahahaha


baru bangun dari tidur yang tak berapa lena dengan bunyik alarm. gile ngantuk susah gila nak bangun. zzzzz. ha internet connection dah macam ok dah. awal bulan dah kan.

mulai malam semalam dah simpan dah external. bahaye betul kalau external melekat kat laptop. asik melayan yonghwa je. yo~ong effect memang kuat habis laaaah! hehe. tak sabar nak tengok citer baru yonghwa. dah ade dah tapi nanti lah lepas exam nak tengok. tolong lah jangan kuarkan gosip yonghwa dengan org lain. tak sukeeeeeee. ngan seohyun je boleh. plis plisss jangan nka bergosip sangat pasal yonghwa okay kpop. hahahha gile ke ape aku nih. nasib baik lah die dah cakap never date park shin hye. fuh lega.

dahhhhh. nak campak laptop jejauh. banyak nka kene cover ENT nih. nangissssss. so macam biase lah, kekawan yang dah jemu tengok aku asik nak exam je. please doakan ye. hihi. ;)

yongseo jumpa lepas examm!!!!

later!

Friday, June 24, 2011

Love Light



sekarang tengah demam CNBLUE ngan Yonghwa. HAHA. gara-gara Goguma Couple yang comel sangat. dugeun dugeun.

bile kelas rilek sangat menjadikan diri nih malas gile. esaimen tak siap lagi. stress dah buat. T___T rajin noure rajinnnnnnnn!!!!!!! dengan internet lembapzz gila tahap ular sawa baru makan gajah. sabar je lah. huhuk. nka google banyak bende pon susah. tensen gua.

nak tweet pon kadang-kadang berjuta kali try baru berjaya. heh

sudah, cukup membebel noure.

errr. mahu cakap apa lagi? tengah upload gamba buah hati. harap-harap berjaya lah terupload. serius internet lembap gila sejak beberapa hari. kenapa kahhhhh?? dah la line tepon pon sengal jugak. nangissss. why egypt why??? summer sudah sampai ke kemuncak. panas. eh ye ke kemuncak? tapi dah panas la. saat paling best time summer adaah selepas mandi. terasa wangi dan segar. nyumnyum.

sudah perlu struggle. dah nka exam. menghitung hari dengan tabah untuk balik malaysia. serius tak sabar. tak sabar. tak sabar.

harini penat. so nak tidoq awal. semoga esok lebih baik dari harini.

ok bye!

tak berjaya upload gamba buah hati. ;( next time saya upload okai. janji! hehe dah lama tak bawak kamera ke mana-mana. huhuhu. malas nka tangkap gamba. tunggu balik malaysia la, tak sabar nka tangkap gamba guna polaroid. heehhehehe.


*edited*

BERJAYA! nah gambar buah hati pengarang jantung. hehe



Wednesday, June 15, 2011

oh time, please fly by faster.


cepatlah hujung bulan 8. nak balik malaysia. tak suke duduk sini tak suke. ;'(

“La tahzan innallaha ma’ana”

Tuesday, June 14, 2011

off day

harini hari selasa dan harini cutiiiii. HAHAHA. terime kasih ENT sebab bagi banyak cuti kat kami. hehe.


result dah keluar haritu, alhamdulillah. ;) satu batch lulus with flying colors. takde sorang pon fail. sume result mantop2 kau. tahniah sume orang.

semalam buat dadih. cuak gak xkeras, tapi pagi tadi tengok tadaaa! menjadi yeayyyy. hihihi. okai dah boleh cross dadih dari list. hihihi. banyak bende lagi nka buat. bercite-cite je dulu. entah bile masenye nak buat ntah. dah la sekarang nih siang malam air selowwww je nak keluar. haih. summer memang ada catuan air ke? bile dah tengahari nak ke petang tuh lagi la, jangan harap nka ada air. T____T

harini nka jugak masak paprik. yosh!

bye

Saturday, June 11, 2011

avatar


time summer memang wajib la kena bacterial skin infection. T.T memang tetiap tahun kot. WAJIB OK WAJIB.
nasib baik round dermatology, pegi kelas tunjuk dokter, mintak prescription, pastuh beli la antibiotic kat pharmacy. kalau korang perasan ada suatu ketika tuh dok bising je nausea nausea lah amik ubat hape bagai kat twitter. i was actually on 3 days course of antibiotic. Azythromycin. selama 3 hari lepas 3 jam telan obat nausea tak boleh belah. -__-
this was when my friends called me Avatar.

same ke? same ke??????!!
kejam punye rakan-rakan. ade ke patot. HAHA


Thursday, June 9, 2011

haiyaiyai

morning all. kat luar mentari dah panas membahang menerangi alam saya masih dok melingkar atas katil seperti ular dengan bilik yang malap-malap beserta angin sepoi-sepoi bahasa dari kipas jenama Fresh. dah lama tak bermalasan di pagi hari macam nih. hahah


harini hari khamis. dan harini cutiiii. ho ho ho. eh minggu lepas pon cuti hari khamis. tapii, minggu lepas kene study sebab hari sabtu dan ahad osce serta end round exam. tapii, harini memang cuti tanpe peru studyyy ho ho ho. padahal banyak je lecture kene cover sejak start round baru nih. -__-

by the way rakanss, skarang nih saya dah masuk ENT. ear nose and throat. fes day lecture ENT rasa macam dokter tuh cakap bahase alien. serius apebende lah dokter nih ajar tak leh nak catch up lansung. nangissss. tapi takpe, by time insyaAllah sume akan okai. yang penting study le noure oi.

ENT nih relax giler. kelas sehari 2 lecture je. lepas tuh kol 10 dah balik rumah. dalam seminggu 2 kali je clinical round. bahagia sungguh. okai amik masa nih untuk setelkan apape yang perlu.

gotta go. nak layan movie jap. ehehe.

bubai

Sunday, June 5, 2011

foods are everywhere

ps: dont read with an empty stomach hehe




















gambar berjuta-juta. updet secara pukal. ehehe. sejak bila suka bubuh gamba makanan dalam blog nih? okai briefly, haritu makan kat portofino. then merajinkan diri buat sushi. then lepas habis exam semalam mengisi perut kat coffee roastery sambut besday atie jugak then terus ke carefour bersuka ria lah kononnye selepas exam dan melepak costa and that's all. hehe