Thursday, January 27, 2011

Study Leave and be blocked again

whateverlah nak block fb twitter ape sume. dah maleh nak amik kisah. SEBAB....


dah masuk study leave dah. maka laptop akan dicampak jauh-jauh atas katil kuikui. dok tegak je atas meja berbekalkan buku dan alatulis serta cermin mata gedabak.

doakan noure! study sume orang. all the best! ;)





Wednesday, January 26, 2011

Twitter and Facebook blocked in Egypt

semalam twitter saja, harini fb pula. sebelum blogspot tumblr ym skype dan internet access pulak kene block baek blog awal-awal.


in case you still have no clue what is actually happen in egypt, mereka sedang protest habis-habisan untuk menjatuhkan presiden sekarang nih. semalam sepanjang-panjang jalan dorang protest, serius ramai gila orang. memang boleh dengar dari dalam rumah. dan boleh jenguk je dari tingkap rumah.

doakan keselamatan kami di sini. it was actually, a precious experience. baru sedar orang malaysia nih memang berada dalam comfort zone. membuatkan aku sedar, what is actually happen in the real world. mereka sanggup buat apa saja demi mendapatkan keadilan.

kasihan kan, jadi bersyukurlah wahai rakyat malaysia. and dont bee to comfort.

nak tweet! nak tweet! arghhhhhh.

tataw kene block sampai bila, all the best lah! #jan25

*update
eh dah boleh bukak fb dah. but still, twitter masih block. arghhh. block lame2 fb pon takpe, but not twitter please. tsk
rilek suda, study je la noure. kekeke

*update 10.52pm
twitter is back! hehe tweet sampai muntah.
how did i live before twitter? hmmmm

Tuesday, January 25, 2011

masa untuk menyepi

FULLY BOOKED ON FEBRUARY.

masa untuk berhibernasi. tettttt. bukan berhibernasi ye. masa untuk study!

esok elderly visit. melawat rumah orang tua. khamis last day neuropsychiatry. lepas tuh 2 weeks study leave. lepas tuh end round exam for neuropsychiatry and OBGYN. lepas tuh OSCE for both. lepas tuh FINAL EXAM!!! masak weh masak!

kalau nak menghappykan diri sikit lepas tuh winter holiday! hihihi.
dah takyah pk pasal holiday dulu lah!

i should be prepared mentally and physically.

huwah.
MARI BERUSAHA!

bila teringat OBGYN terus ada irrational unexplained fear (read:phobia) T_____T . doakan saya rakan rakan!

Sunday, January 23, 2011

Selasa la

Kenapa aku ingat cuti hari isnin? kenapa takde orang tegur pon kat entry seblum nih? Kenapa aku ingat 25 tuh hari isnin? kenapaaaaa kenapaaaa?
Hahahahahah nampak sangat tak aware ngan hari.

bye

"iPod Noure"

Saturday, January 22, 2011

MERA

Definitely gonna be mine someday.
hye Mera! ;)

Friday, January 21, 2011

busy like a Bee

minggu nih serius busy. tapi demi menuntut ilmu ku gagahkan jua. eceh. bila ntah nak update 365 nih. busy busy. hari isnin cuti hari polis mesir. -__- polis pon nak cuti jugak ye. hadeh. implikasi kepada pecutian polis polis mesir maka esok ada 2 lecture hoih! panas lah vontot gua duduk kat kerusi kayu lecture hall tuh. tsk. dan disebabkan percutian polis juga presentation yang sepatutnya hari isnin telah dipercepatkan hari ahad. such a short notice eh polis nak cuti nih. haha

oh alex always full of surprises, baru bulan 1 dah macam macam berlaku. tak semuanya berita buruk ada juga berita baik. contohnya tadi maka akan ada sepasang rakan sebatch akan melangsungkan perkahwinan winter break nih. tahniah ;)

minggu last neuropsychiatry minggu ni. saya suka neuro despite hari hari jenuh nak tahan teksi pergi ke nariman hospital tuh. bila belajar neuro nih baru rasa macam otak betul betul dikerahkan tenaga untuk berfikir. penat jugak nak pikir itu ini kaitkan itu ini semua tapi seronok weyh bila otak tuh rasa bergerak sebab berfikir! baru terasa otak sihat. psychiatry sheet pulak sangat complicated. banyak benda nak kena assess. ohhhh. tapi memang takkan lupa catalepsy encik Maher Zain penghidap Schizophrenia. dan juga Heba si Mania yang asik gelak bila tanya soklan. -__-

dah tengok Rain Man! dokter Mental Health lah perkenalkan cerita nih cakap cerita tuh pasal autism. savant autism yang memang bijak gila boleh hafal semua benda. tapi dorang hafal dorang bukan faham pon. sedih gak. Dustin Hoffman ngan Tom Cruise. cerita tahun 1988 ye rakan-rakan. tahun kelahiran aku weyh. dah 23 taun cerita tuh. tapi serius best!!! ending die touching habis. tengok tengok! pegi tengokkkkkk!!!!

dah, enough berpoya-poya. seperti biasaaaa, exam dah nak dekat, FINAL DAH NAK DEKAT DAHHH!!! CUAK GILA BOLEH TAK BANYAK GILA NAK KENA COVER *nangisssss*

bye!

Wednesday, January 19, 2011

kisah semalam

saya dapat bunga!!!!! oh gembiraaaa heheh terima kasih Secret Admirer ;p *bukan seperti yang kamu semua fikir*

pakcik KFC nih tetibe amik bunga saya lepas tuh suh tangkap gamba die. (-____-")

KFC recelebrating Ya's brithday. haha

bergambaran mari.
next plan

we're going to North Pole!
muke pon macam dah seswai je duduk bersama-sama beruang kutub -__-

cantik tak? cantik tak??? tak beli pon. HAHA eh tanya serius ni cantik tak? kalau korang rasa cantik nak beli untuk diri sendiri nanti. hadiah harijadi kepada diri sendiri mungkin. haha apsal ntah berkenan pulak beg nih. aih

sudah, jom pulang.

Tuesday, January 18, 2011

no more Adam couple ;(







habis dah kisah mereka kat WGM. the sempoi-est couple ever! but sweet sangat.
;(

p/s me want polaroid yaw hehe

Monday, January 17, 2011

innalillah

setiap yang bernyawa itu pasti akan menemui mati.

tadi lepas habis clinical round tiba-tiba Pip buat announcemant. seorang pelajar perempuan tahun tiga disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat carbon monoxide poisoning. semua tergamam because no one expect such news. Al-Fatihah.

tak kenal yang mana beliau tapi menurut housemate arwah penah datang rumah nih untuk sc tapi serius tak ingat yang mana. ;( sangat terkejut kan. sedarlah bahawa mati itu tak mengenal usia. untuk mengetahui dengan detail sila klik sini.


haritu baru baca kat buku neuro carbon monoxide poisong despite lack of oxygen there will be no sign of respiratory distress. jadi berhati-hatilah kawan-kawan lagi lagi siapa yang guna heater gas kat toilet. make sure ada pengudaraan ye.

bye

Saturday, January 15, 2011

headache


tajuk esaimen. lepas tuh dokter ade email references untuk esaimen tuh. beliau suh amik dari situ je la. skali bukak hamik kau. aku yang terus headache. tulisan tangan beb. @_@ jenuh aku nak paham.


dah sakit kepala dah. harini overdose segalanya. dah la tak cukup tidur semalam. tsk

badan dah rasa panas, habis je buat esaimen nak tidow lah. erk, kene baca balik lecture harini. huwaaaa penat sangatttt. sebab tuh la tak suka kalau tak cukup tidur. kenapa tak cukup tidur? palpitation semalam dekat nak tidur. panic attack. lepas tuh palpitatiion tanak hilang susah gila nak tidur. entah pukul berapa tidur sedar2 dah subuh.

penat melampau.

bye

Thursday, January 13, 2011

di kala petang hari

Glee ep 10. hahaha entah bile keluar baru tengok kan. itu pon sebab stress cerita2 fevret tak kuar pulak minggu nih. hmphhhh. tataw nak donlot ape last last teringat glee tak donlot lagi. so mari donlot ye kawan kawan. dah tak minat sangat pon glee nih. busan lah. haha


lagi sejam maka noure akan beraya! sabar noure sabar. dah semakin lambat ye maghrib skang.

argh tataw nak buat ape. external takde pulak. petang2 macam nih harus lahhhh berehat. nak buat ape nih?

malam nih pergi umah Ya ada makan-makan sempena besday beliau yang ke 23! wow 23 weh 23! rasa dah dewasa gilaaa.

ok bye

Monday, January 10, 2011

Anger Management

tadi Mental Health belajar pasal Anger Management. okai mari kita share sikit. macamana nak control kemarahan korang on the spot nih. simple saja.


Time Out Strategy
haruslah menjauhkan diri daripada punca kemarahan korang tuh. kalau nak padamkan api, jangan simbah dengan minyak tanah *wow pandai gila berperibahasa* kalau membe buat korang marah, jangan dekat ngan die sekejap sampai hilang marah tuh. kalau pakwe buat korang marah, pergi merajuk. by merajuk maknanya korang takkan cakap ngan die kan. kekeke sukehati aku je bagi contoh. oh kalau pakcik teksi buat korang marah, pergi je lah bukak pintu teksi dan terjun dari teksi tuh. grr nak meletop dengan pakcik teksi pagi tadi.

Breathing Exercise
ha meh nak ajar cara nak bernafas untuk releasekan stress
1. sit back and relax, make yourself comfortable ye.
2. cuba try lepaskan tension yang korang rasa tuh*translate sebijik2 dari note lecture haha*
3. okai mari mula bernafas dengan bersungguh!
4. tarik nafas panjang-panjang dalam-dalam melalui hidung sambil dalam hati kira sampai 8. make sure korang rasa chest korang tuh kembang penuhhh dengan udara.
5. tahan kejap dan hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 4.
6. sure korang rasa relax!

ulang lah beberapa kali sampai rasa hilang sikit tension korang tuh.

tariknafasssssssssssssssss
hembuuuuus
tariiiikkkkkkkkkkkkk
hembusss
tariiiiiikkkkkkkkkkk
hembussss.


ok jom tido
bye!

Sunday, January 9, 2011

AJL

wow noure nak bercakap pasal AJL ke nihh. hahaha tak kose lah aku. tak amik tau pong. kalau takde twitter mungkin aku takkan tau AJL arini.


semua dok bercakap-cakap pasal AJL. dan pemenangnya adalah Ana Raffali. haha macam ramai je tak kenal kan. cakap kat hosmet pon die cakap balik Sape Ana Raffali? lepas tuh tengok FB dan Twitter macam ramai je tak suke. kuikui

oh Ana Raffali tuh senior kat MRSM dulu. sebab tuh la kenal. kalo idok, i dont bother la. sama-sama first batch of MRSM Pendang dulu. cuma aku form one dan beliau form 4. die BWP kot dulu. biro puteri eh? tak sure.

btw, tahniah la ye.

ha kan terus teringat skolah dulu. best kot kat pendang dulu, lagi-lagi kitorang nih dah la first batch, bila dah form 3 tuh dah jadi SUPER SENIOR ok. hahaha. tapi form 4 dah pindah ke Serting pulak so tak dapek la nak jadi SUPER SUPER SUPER SENIOR. tengok gambar dorang reunion baru baru nih tengok sekolah tuh dah cantik gilaaaaa. dah menghijau dah. dulu masa memule masuk, padang jarak padang terkukur je (eh betulkan pepatah tuh?). takde rumput pokok apa semua lah. masa memula masuk public phone pon tadak. camno nak call rumah. sobsob. dah la homesick gila. tapi alhamdulillah. survive jugak kat skolah tuh.

banyak kenangan kat sekolah tuh. terima kasih cikgu dan rakan-rakan to be part of my life. hehe.

dah bye!

Friday, January 7, 2011

pree of charge

Journey 3
Reservation for 4 passengers
Price paid: GBP0.00




memang terbaik lah. ;DDDD

kedai peralatan pakcik mac

Apple baru launch Mac Apple Store. menarik jugak. lagi menarik kalau kaye raye boleh beli macam-macam apps sesuka hati. hahaha.

oh tetiba teringat The Big Bang Theory latest episode, Leonard and the gang nak cipta app untuk detect equations apape lah. bila tangkap gambar terus boleh detect apa nama equations tuh. lebih kurang mcm tuh la. they are talking physics, i barely understand. hahaha.

they name it Lenwollopali Differential Equation Scanner app.
okai jom carik kat App Store

bye.

Thursday, January 6, 2011

pallor

macam ramai pulak tegur kenapa muka nampak pucat lemah tak bermaya macam orang sakit. hurm padahal sihat je. tapi sebenarnye memang macam sedar kalau tengok diri sendiri pale je muke. last year dokter penah tegur muka pale anemic. ingat nak buat blood test tapi sebab takut betul nak kene cucuk lepas tuh sayang pulak darah nak bagi kat lab tuh kan ;P so tak buat buat blood test sampai ke sudah. balik msia harituh macam dah makan kerang banyak banyak nak tambah iron kalau anemic pon kan.
kenapa kenapa kenapaaaa??
pale sangat keeee?
okai mulai sabtu nih tempek lipgloss banyak banyak kat bibir bagi nampak ceria sikit. hurhur
gambar siang masa tadi berjalan dari hospital ke university. ada la dalam 5km camtuh. eh ye ke? tak sampai kot. dalam 20 menet berjalan. lenguh kaki sampai sekarang. hahaha.

Wednesday, January 5, 2011

neurology

bila dah start belajar neuro pergh! bergegar otak dengan semua input.
dah, mari belajar balik segala hapa benda pathway pathway nama pelik pelik kat setiap kepala hotak hang tuh.

pening pening @_@ go noure go!

pagi tadi bangun tidur kena fainting spells, mebi sebab hypoglycemic, kot. entah. baru nak iron baju, dunia rasa kelam macam ada vacum menyedut otak. terhuyung hayang masuk bilik baring balik kat katil kejap. then tak lama lepas tuh ok balik. kesannya, palpitation sampai sekarang pon boleh rasa lagi. penat gila rasa. tsk.


i heart neuro i heart neuro i heart neuro *bagi semangat kat diri sendiri*

Tuesday, January 4, 2011

mula sekolah



pagi pagi baca status acik zana gelak guling-guling kejap. hahaha. mak die yang gelabah first time anak masuk skolah rendah. wow amsyar dah besar, dah darjah satu dah. dah lama tak dengar kabar acik zana nih. nanti lah kalau free nak call. huhu



busy skarang wey!

Sunday, January 2, 2011

pendatang izin tanpa dokumen

dah berbulan bulan aku jadi pendatang izin tanpa dokumen. semenjak kembali ke mesir haritu la. sampai je terus passport kene rampas. oppss, kena hantar untuk dihentak cop visa setahun. dah la baru renew, tak puas lagi aku bermanja-manja ngan passport baru aku tuh dah dipisahkan. bermanja-manja di sini bermaksud menghapal nombor passport serta melihat gambar passport yang comel dan dewasa. hahahaha. bukan saja passport baru, passport lama pon kena hantar skali. tuh tak kesa la kan. dah tak guna pon.


sampai sekarang passport masih tak dapat lagi. T___T dah la tak ingat no passport baru. tak salin pon no passport harituh. ha harituh nak beli tiket airasia tergagau gagau mencarik no passport. nasib baik adeeeee. huhu

dah nama dok kat luar malaysia, orang tak pandang kad pengenalan malaysia tuh la weyyyy secantik mane pon kad tuh. ic aku renew harituh, tak sempat nak siap masa aku balik. erk, mak da amik ke belom ic yekkkk???? bertahun tahun ic jadi perhiasan wallet je. nasib baik tak lupa lagi apa nombor ic. hehe

berbalik kepada passport, apa yang menstresskan sikit apabila sampai sekarang tak dapat-dapat lagi, nak keluarkan duit kat bank pon tak boleh. ye, memang la guna ATM je. tapi kalau nak kuarkan duit dolar kene kat counter la dapat dolar terus melainkan kau cucuk kat US. kena kuarkan sebelum hujung bulan satu nih sebab nak gi membayar hutang tiket kat rerakan. malas la nak tukar genih ke dolar, rugiiiiiiiiiii!!! tolong lah passport dapat cepat. dah la bank tuh jauhhhh. kenapa la berpindah tempat jauh sangat bank oi. hadeh.


oh passport, I MISS YOU!

Saturday, January 1, 2011

1.1.11

not gonna missed the entry of this beautiful number. once in a lifetime wey.


hello 2011.

many plans in 2011 i have wrote it down on my iCal. i just cant wait! huhuhu. but the biggest event i'm looking forward for 2011 is IM GONNA BE A 6TH YEAR MEDICAL STUDENT!!!!! insyaAllah. still long journey though. final year awaits. okai cuak sangatttttt. lagi lagi bila lepas tengok BostonMed nih. huwah!

as me being typical, i just wanna say

NEW YEAR, NEW SPIRITS EVERYONE!

;)