Friday, December 7, 2012

comfort zone

assalamualaikum!
hai kawan kawan sekaliannnnnnnnnnnnnnnn. lama gilos dah tak mengupdate belog. last update kat mesir sebelum balik hahahaha. bila dah sampai msia ni memang malas lah nak update2 ni busy senantiasa. hihihi

kehidupan di malaysia alhamdulillah. sangat menyeronokkan. setiap hari mestiii hujan. tapi kalau tak hujan tuh memang panas la. oh rindu winter sobs.

sekarang kat rumah banting la. hihik. banyak sangat benda yang terjadi dalam sebulan lebih dah kat msia ni.

i'm 19weeks pregnant now. dah sihat senantiasa alhamdulillah ;)
dah daftar segala benda untuk kerja. i am now a qualified doctor hiks.
berulang alik ipoh banting sebab banyak sangat hal nak kena urus
dah interview spa dan sekarang hanya tunggu surat dari SPA dan tunggu induksi.
makan tak henti-henti untuk menaikkan berat badan. bahagianya makan kat msia niiiii. all you can eat.mostly dah dapat apa yang nak alhamdulillah.

live the jobless life to the fullest! berdebar jugak nak tunggu kerja dan takut akan dicampak ke mana laaaahhh nanti dengan perut memboyot ni. boyot lah sangat. sumorang cakap perut kecik taknampak pon mcm pregnant. dah boncit sangat okaiiii. haha.

okai. update later tapi entah bilaaa. ni pon update bila org asik tanya apesal tak updet belog. tapi rasanya encik suami je yg banyak kali tanya. hahahahaha




Sunday, October 21, 2012

back for good

going back home tomorrow!!!!
oh tak sabarnye.

doakan perjalanan kami selamat. ;)
see you in Malaysia. insyaAllah.

Friday, October 19, 2012

graduation



 
 

alhamdulillah i'm officially graduated from alexandria med school. 

;)

syukur yang tak terhingga berjaya mengharungi 6 tahun pahit maung susah payah belajar medic hanya tuhan saja yang tau betapa tabahnya diri ini. 

i'm blessed to have my family on my graduation day. terima kasih mak abah mak ayah sanggup datang beribu kilometer untuk menghadiri grad kami. ;')
mereka sudah selamat sampai dan selamat kembali ke malaysia. 

dan hanya tinggal lebih kurang 3 hari je lagi untuk menghabiskan sisa-sisa masa di bumi Alex ni. perasaan tak sabar nak balik tuh opkos. tapi at the same time rasa sedih jugak nak tinggalkan alex nih. 

lepas ni akan bermula fasa baru dalam kehidupan. 
semoga semuanya dipermudahkan! 


Monday, October 8, 2012

next!

 
Saturday, 13th October gonna be our graduation day!
;DDDD

Thursday, September 27, 2012

anniversary present

this is our first anniversary present. Alhamdulillah. ;')
 
mommy and daddy to be! masa scan tadi perasaan bercampur baur. bila dah nampak sac tuh rasa hepi sangat-sangat. lepas tuh bila nampak jantung baby berdegup laju perasaan yang tak tergambar. subhanallah. such a wonderful feeling.

doktor kira CRL (crown-rump length) panjang baby dari kepala ke bontot so dapat la estimate gestation age. i'm 7 weeks pregnant ;) 

Friday, September 21, 2012

ketidaksabaran

tahu kah anda. tak sabar gila dah nak balik malaysia for good.
in less than a month mak abah nak mai mesir, nak grad nak balik malaysia.
tak sabarrrrr!

:DDDDD

Sunday, September 9, 2012

Dr. Noure MBBCh (Alex)

sorry for lack of update. bila suami dah tanya kenapa tak berbelog dah i knew it's time to rajinkan diri menulis merepek kat sini. so much to tell yet, so malas nak berbelog. mood cuti kan. hihik.

seperti semua sedia maklum melalui twitter dan facebook, result saya dah keluar beberapa hari lepas. berita first skali dapat semua malaysian lulus dengan cemerlang. ALHAMDULILLAH! we all passed our final exam!!!!! tapi mesti lah nak tengok sendiri kan result masing-masing. that is the most anticipated hour of my life semasa menunggu SR upload result ke Alexmed. semua orang tak kira kat malaysia kat egypt kat mana-mana menuggu dengan sabar. tapi dah lega sangat pon bila tau dah lulus. hehe.

tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua rakan-rakan!!! tunggu grad pulaaaaa.

i cant thank Allah enough, my husband, my family, doctors and professors, and all my friends. tanpa mereka semua saya takkan dapat melalui pahit getir susah payah selama enam tahun bergelar medical student. masa first year dulu memang la menyesal kenapa amik medic. kena hapal itu ini memang la bukan otak ku. tapi kepahitan harus ditelan. nak menyesal pon tak guna kan. belajar la dengan diiringi doa ibu bapa dan keluarga.

bila dah masuk clinical year, baru rasa keseronokan belajar. dan berjaya mengharungi dengan tabha semua exam-exam yang tak terkira banyaknyaaaaaaaaaa. mak abah kawan2 pon dah bosan dengar ai asik exam je kan. hahahahha.

especially this year, i have my husband with me. serius suami memang banyak sangat membantu untuk final exam haritu. penuh sabar melayan mood swing saya time exam, stress dan lain-lain lagi lah. *nangis terharu* dan suami saya juga banyak mengajar saya untuk study dengan lebih relax. dan banyak berbincang-bincang recall most topic. dan ketika saya hampir give up baca buku untuk clinical integrated exam, beliau la banyak bertanya soalan yang menyebabkan saya kene study betul2 general examination yang memang time case tuh doktor banyakkkkkk sangattttt tanye pasal general exam. thank you abang thank you Allah.

kawan-kawan sepermainan sepembelajaran sepanjang enam tahun kat sini. yang saya takkan lupa. oh sedih la pulak nanti dah berpisah betul-betul berpisah bila semua balik malaysia dah. bukan senang nka jumpa. sure i'm gonna miss you all. ;( terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bantuan!

dan kepada family yang sentiasa berdoa untuk saya. tanpa doa mereka, mungkin saya tak berjaya melepasi dugaan hidup enam tahun kat sini.

i passed my final year in medical school. i am now a doctor.  *nangis terharu lagi*

maka secara tak rasmi berakhirlah kisah-kisah ketika noure belajar medik. saya masih mood cuti, taknak fikir lagi pasal kerja taknakkkkkkkkk.

ok bubai!

Monday, August 20, 2012

salam aidilfitri


Eid Mubarak dari suami dan saya di rantauan. maaf salah silap terkasar bahasa tersinggung kata.
our first eid together, our last eid in Egypt, insyaAllah. ;)

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday

 
selamat berangkat pulang ke Malaysia!

Saturday, August 11, 2012

tees

 
ohhooo 

Thursday, August 9, 2012

Critical Care Unit

being in CCU is depressing. hari-hari patients arrest. kena buat CPR lama-lama, if the patient come back, well and good. alhamdulillah. but sadly most patient dont. tak pon arrest, come back for some time, then arrest again. and never come back. sedih kannnn. sobs.

semalam shift malam. baru je sampai sorang patient post-arrest. nampak doktor buat DC pastu patient macam okay dah. not really okay lah, at least she come back from arrest and need close monitoring. sedang follow sorang doktor nih untuk tukar ETT tetiba bila dokter check no pulse detected. so apa lagi, resuscitation begin. tiba-tiba selang satu katil nampak dokor pon start buat CPR jugak. oh my, 2 patients arrest at the same time. pengsan lahhhhh nak buat CPR. tak menang tangan lah mereka.

serius memang tak cukup orang untuk buat CPR, lalu doktor suruh kitorang standby pakai glove apa sume. then bila doktor2 dah penat sampai lah turn kitorang. first time buat CPR kat patient sebenar. i felt the responsibility of a doctor inside me. to do all my best to save the patient. tapi penat melampau-lampau tahu nak buat CPR tuh. sampai panjat katil untuk buat CPR. nasib la manusia pendek ;p bila dah nak dekat setengah jam jugak kot, still no pulse detected, flat ECG so CPR is stopped. both patient died. ;(

lepas tuh kami follow doktor yang case first tadi, memang nampak critical. doktor duduk sebelah patient je untuk monitor patient. tak sedar doktor buat ape, tiba-tiba doktor start buat CPR. panggil semua doktor lelaki untuk buat CPR. doktor suruh kitorang standby jugak, tapi sebab dah ramai sangat dok buat CPR bersilih ganti kami tak berpeluang la nak buat dah. and the patient never come back. sedih sangat bila doktor bagitau family members yang patient tak dapat diselamatkan. ;( untuk patient last ni memang ramai family members datang tengok, yang perempuan dah meraung-raung kat luar. yang lelaki pulak tersedu-sedan menangis bila tengok patient tuh. serius sedih. ;'(

kat CCU ni bile review case mostly alleged intake of unknown substance. macam-macam dorang ambik. pelik gila banyak sangat case drug toxicity time sekarang ni awat ntah. tak pon RTA (road traffic accident) patah sana sini tapi tak la sebanyak drug toxicity tuh.

malam ni last day kat CCU. tak sabar nak habis! dah la duduk CCU yang macam sauna. panas dia memang tak terkata. memang terbakar segala lemak-lemak kalau duduk sepanjang hari. suami ai duduk CCU ekon. #untungla. tapi kat CCU 1 nih macam lagi best sebab banyak case fresh dan menarik. hehe

later!



Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday

 
 
 
 
rindu makanan malaysia yang best-best tuh huwah! ;(

Friday, August 3, 2012

used to

terbaca balik entry belog tahun 2008, tak sangka pulak rajin gila aku bercerita itu ini dalam belog. hahaha.  biasa lah kanak-anak tak matang suke merepek meraban entah hapape.

nak compare sekarang ni mungkin diriku sedar diriku semakin dewasa. ecewah. lalu nak merepek meraban tak tentu hala pon segan. hehe. lagi bila dah berlaki ni makin busy la nak mengadap laki bila kat rumah hihihi. lepas tuh pulak kang kalau merepek ntah hapape dalam belog nanti ada stalker ai baca belog ai kuat-kuat saje nak bagi ai dengar. cis.

kira ok lah kan walaupun kekadang upload gamba seketul dua dalam belog cakap sepatah dua ai updet jugak kan untuk tatapan kakak kakak kesayangan di malaysia yang rindukan adik mereka nan jauh ini kikiki.

opkos la banyak entry berkisar kehidupan sebagai pelajar perubatan. emo sana sini malas sana sini. asal rasa pre-clinical dulu macam teruk gila je ponteng kelas sana sini. ish ish ish. alhamdulillah selepas dah masuk clinical year mungkin seronok belajar so dah takde dalam otak nak ponteng je. same goes to my hubby. dulu die ponteng seminggu kelas pon orang tak sedar tak kisah dah, sejak masuk clinical year mana datang keinsafan dalam diri tak penah ponteng dah. tapi bila time clinical rugi gila rasa kalau ponteng. itu sebab utama tak ponteng kot. dan sangat lah tak faham manusia-manusia yang sukaaaaaaa sangat tak pergi kelas. ye, tau la dah hebat boleh belajar sendiri dari buku, tapi sedarkah mereka medicine is not exactly like textbook. anything can happen in medicine. so mana nak dapat info-info yang takdop dari buku tuh opkos la dari lecturer2 dokter2 yang tak pernah jemu mengajar berdasarkan pengalaman-pengalam mereka in medicine. setiap patient itu berbeza tahu. eh ni apesal ntah sekarang baru nak membebel padahal belajar habis dah insyaAllah. hehe.

kehidupan pre-intern nampak je gah dengan shift2 tuh kan. memang lah ade tapi sekejap je pon 2-3jam dah boleh balik dah. hehehe. tapi next week CCU. oh memang kene bersedia lah bermalam kat spital segala bagai.

sudah separuh Ramadhan dah. alhamdulillah. masih diberi peluang untuk terus menikmati Ramadhan. peringatan unutk diri sendiri harap dapat terus mengisi Ramadhan ini to the max! semalam rasa sayu pulak bila fikir ramadhan dah nak dekat ke penghujung walaupun masih ada separuh lagi. serius Ramadhan kat mesir ni sangat seronok. kemeriahan yang sangat dirasai. lets live our Ramadhan to the fullest! ;))


pizza mushroom + sausages. disaluti sausages at 2 sides. 
kerajinan entah dari mana selepas didesak suami pon ada jugak untuk buat pizza at 12am. walaupun pizza simple je hehe. makan dengan spicy chicken wings yang memang perap dari petang tak jadi bakar sebab blackout. dahh tak payah dah pizza hut lepas ni. bila summer nih doh pizza mengembang berganda-gandaaaaa. gebu gila pizza ai tahuuu. hihik.

Monday, July 30, 2012

i iz a doctor

i never thought the harsh reality of becoming a doctor begin soon after we finished our exam. a day break and today we start our pre-intership. you're now no longer a student. real doctor as you should. that scared me quite enough. i thought this pre-intership merely the same as our usual clinical round plus we're in the month of Ramadhan so i hope it's not gonna be that heavy.

in your dream lah. i got cardiology department for the first week, got separated from my husband sobss. and we gonna have shift system. 9am-3pm. 3pm-9pm. 9pm-9am. gulp! our shift gonna start tomorrow as today all the student still in shock. haha. we have really no idea what gonna happen in our pre-intership till this morning. hmphhhh.  so tomorrow i'll start with morning shift, the day after evening shift and for the next day night shift, and next day break. so i think it is bearable. i get to break fasting and sahur in hospital. yeayyyyy *cry*

i heard CCU is the BEST of all. 9am-9pm.9pm-9am. and of course, i chose CCU among those 3 dept we need to complete. cry me a river. hati kena mahu tabah! my husband in OBGYN now, and from what he said, they dont have night shift yeay. my turn will come. just be patient.  i cant wait to complete this 3 weeks of pre-intership though i havent started officially!

Saturday, July 28, 2012

the end.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
dah habis dah exam. dah habis dah belajar! perasaan yang sangat tak tergambarrrrrrrrr. aaaaaaaaaaaaaaaaa. *jerit kuat-kuat*

hehehhee gembira sangat tak terkata. alhamdulillah. penat lelah belajar selama enam tahun. akhirnye tiba ke penghujungnya. tapi tak boleh nak hepi sangat. kena tunggu result dulu, lepas tuh lulus baru lah boleh grad dengan jayanyaaaa. marilah bertawakkal!

exam tadi lame menunggu je. exam sekejap gila 5 spot tuh. -__- tapi alhamdulillah, ok tak ok belakang kira. yang penting dah habis dah. no more exam lepas niiiiiiiiiiiiiiiiiiii. kalau nak kira entry kat belog ni pasal exam rasanya almost 2/3 cakap pasal exam saje. hahahahha.

lepas balik rumah tadi call emak walaupun tau time tuh nak dekat sangat buka puasa. saje kaco sekejap nak bagitaw dah habis exam. hihihi. oh ye, suami saya tak habis lagi. esok baru beliau habis. tapi gayanya dari semalam macam dah habis exam dah. itu perkara biasa -__-

oh sambung balik, lepas call omak sekejap mak suruh skype malam pulak. mak cakap mak dah belikan baju grad hhihihihi. omak la yang semangat dari haritu nak beli baju grad. hihihi.

so skype lah kite. i loike my baju grad. hehehe. tak sabarnyeeeee nak tunggu mak abah mak ayah mai mesir! ;)))

i am free...... NOT. lusa dah start pre-intership. sobsss. i need rest i need more more rest. harap-harap tak heavy sangat lah pre-intership. tak larat oih panas-panas ni lagi bila puasa pulak. dugaan besar.


anyway, kawan-kawan yang exam esok, all the best! kheir insyaAllah. ;)


awat ntah buat muke pelik budak kecik sorang ni. hahaha 

Friday, July 27, 2012

serious

serious la esok habis belajar. serious la hari ni sangat malas nka bukak buku. buku ibarat sudah digam takleh nak bukak dah. aaaaaaaaa. perlu takut ke bergembire je seperti suami saya walaupun tak baca study lansung untuk clinical integrated internal med haritu tapi dapat fullmarks. heh.

dalam proses study la ni. tapi banyak sangat bermain-main nye. dan entry ini lah sebagai bukti. kekeke.

harini ada orang request nasi ayam. tak sabar nak tunggu habis exam sebenar nampak gayenye ;p

lepas exam officially no more otlob. no more delivery. no more fast food!
 
banned!

terima kasih otlob memudahkan kehidupan sepanjang exam. hahaha. pakcik otlob pon dah kenai sangat dah kot. kahkahkah.

okai perlu berusaha hingga ke akhirnya! *tetibe insaf*
later! 

Thursday, July 26, 2012

surgery surgery

alhamdulillah. dah habis written paper surgery!!!!! gembira melampau-lampauuuu. hehehehhehehehehhehehehhehehehhe. *gelak secara sopan*

belum habis exam lagi. next saturday baru final of all finals. clinical integrated exam untuk surgery pula. lepas tuh merdeka!!!!!!!!!! oh tak sabarnye.

 
KTTIans di Alexandria ;)

Wednesday, July 25, 2012

Last written paper!

Surgery written paper tomorrow. Sikit je lagi sikit je lagi kene bertahan. Doakan!

Saturday, July 21, 2012

sleep deprived

i really really really really really really really really really really really really really really really really really really really really need long hours of sleep.

;(

#tabah!

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem.

Hari ini dah start berpuasa kat Mesir ni. Ingatkan hari sabtu macam Malaysia tapi bila lepas maghrib semalam memang nampak anak bulan maka start lah berterawih eemalamdan berpuasa hari ini.

Pertama kali berpuasa bersama suami tahun ni. ;)

Selamat berterawih dan selamat berpuasa kawan-kawan! Marilah perbanyakkan amal ibadah.

Tuesday, July 17, 2012

goodbye

alhamdulillah! perasaan kegembiraan yang tak terkata. i'm the happiest person on earth! this one of the most heavy subject, the most that give me mental torture. it's oooovvveeeerrrr now. ;))))

harini adalah hari clinical integrated exam, you have to take full history of patient, by yourself, on whatever disease they might have in medicine based on the lucky draw number you chose earlier. masa untuk menggunakan semua vocab arab yang ada di dalam diri. yosh! saya dapat case chest. aaa scary jugak masa mula-mula. chest memang la antara yang ai paling risau. alhamdulillah berjaya mengharungi exam dengan jayanya walaupun taklah perfect sangat tapi berpuas hati dengan diri. walaupun masa bagitau findings kat doktor berterabur itu ini. haha. dan doktor2 jugak baik je. ;))

next pulak problem solving dapat iron deficiency anemia. thank you Allah. thank you suami, thank you  mak abah family dan kawan-kawan yang banyak membantu dan mendoakan saya. 

farahin number 2, me number 3, kami memang tak dapat dipisahkan lansung walaupun amik kad nombor tuh randomly je. exam sentiasa je sebelah-sebelah since my ID number is after her. jodoh kuat sangat haha. 

dan after exam, berdating la dengan suami. hihi. ke carrefour membeli stock untuk ramadhan yang bakal menjelma. ramai gilaaaa manusia semua orang beli barang macam beli stock untuk setahun. 

 
 
quality time with tersayang ;)

next surgery! tapi harini marilah merehatkan otak yang dah nak edema dengan maklumat ni. esok baru study sampai lebam lagi. later!

Saturday, July 14, 2012

merehatkan otak sebentar

Venice, I've been missing you. 
Gelato to die for. 
tengok gambar member pergi Venice time summer serius cantik gilaaaaaaa.

1paperdown

alhamdulillah dah habis paper written untuk internal medicine. alhamdulillah soalan MCQ takla 'killer' sangat macam end round exam haritu. tapi untuk essay tuh hi hi hi banyak jugak la ai main goreng je sukahati. ada soalan yang insyaAllah jawab dengan konfiden ada soalan yang tak berapa nak konfiden. SHOUD BE LESS THAN 15 LINES. saye kan skema kene la tak lebih 15 line walaupun mostly tak sampai pon 15 lines tuh ;p tapi takpe, dah berusaha sehabis daya, marilah bertawakkal kepada-Nya. doa lah doktor pemurah je marking paper ai tu.

next, clinical integrated exam for medicine nih. bernasib baik ada gap 2 hari. tapi encek suami exam esok. harap semuanya dimudahkan.

8 hari tak keluar rumah mengadap buku 18 jam sehari. serius mentally exhausted tapi perjuangan harus diteruskan.

teruskan berdoa untuk saya suami dan rakan-rakan lain! thank youuuuuu ;)

Tuesday, July 10, 2012

globesity

 
Obesity protect against osteoporosis #truestory

Thursday, July 5, 2012

The Final Battle!

cherry in summer ;)

my study leave officially begin now. dah habis dah end surgery exam. alhamdulillah. walaupun ntah hapape jugaklah jawab ngan dokter tadi. untuk mcq boleh la cemerlang insyaAllah tapi untuk osce tuh vascular macam hancus je. T____T vascular yang belajar sikit tapi bila exam soalan die. perghhhh. mantop! cardiothoracic dapat dokter maged yang sangat baikkk! kompem2 die akan bagi sumorang fullmarks. yes, sumorangg yange exam ngan die. memang die dah bagitau siap2 dah tadi. ;) tapi untuk yang lain2 dept tuh ok je kot. entah, berserah dan bertawakkal sajalah.  sangat serabut bila dah hujung-hujung tambah2 panas gilaaa rasa lemas nak pengsan dah. balik rumah nka naik tangga tuh mmg rasa nak collapsed dah. sampai rumah terus makan eskrim kegemaran. oh bahagie.

this one last exam seems to be the toughest of all. next written for internal med and integrated clinical exam. followed by surgery also with clinical integrated exam.  ok jangan pengsan dulu! dokter haysam pon cakap banyak sangat clinical exam kitorang nih. dokter, apatah lagi kami yang kena melalui nye!

warming up dulu malam ni. esok baru sprint. tolng lah otak jangan cramp. kawan-kawan i really need your prayers. doakan semua exam mudah2 saja dong.

last but not least, as always motto untuk exam dari zaman SPM dulu.
TABAH LAH MENGHADAPI EXAM!
be strong noure!

Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday

 
finished class for final year! ;)

Monday, June 25, 2012

Morsi Wins!

pakcik ni banyak sangat membebel nye sebelum nak announced keputusan


semalam merupakan detik bersejarah bagi semua penduduk mesir. keputusan pilihanraya presiden diumumkan. berdebar-debar sangat menunggu keputusan. walaupun bukan negara sendiri tapi semangat tuh kalah dah pilihanraya kat malaysia tuh. semangat streaming dari pukul 2 lebih. tapi biasa lah kan nama pon mesir, pukul 3 tuh maknanya tambah setengah jam lagi. penat menuggu sampai dah hilang debaran tuh akhirnya pukul 4 lebih diumumkan presiden baru mesir. Morsi wins! Alhamdulillah. perasaan kegembiraan yang tak tergambarrrrrrrr. ;')))))

semoga Morsi dapat membawa perubahan kepada Egypt dan Islam di dunia terutamanya negara jiran Palestine dan juga Syria.

suami tengok bola separuh screen ai baca mcq seblah lagi screen sebab ada exam keesokan harinya. hehe. laptop suami selow bebeno nak  stream bola so guna laptop saya yang laju tuh buat harte tengok bola. bila bola tak habis-habis saya pon nak guna laptop maka gini lah jadiknye. 

carrefour sangat meriah dengan jualan-jualan kurma dan berbagai lagi persediaan untuk menyambut RAMADHAN. 

i can feel it now. Ramadhan yang semakin menjelang. tahun terakhir berpuasa kat sini. sedih........ tapi tak sabar sangat rasa nka tunggu bulan Ramadhan ni. bulan yang sangat meriah dan bulan pesta beribadah bagi umat islam.  ;D kalau kat malaysia sekarang ni orang dah mula sebok dah dengan tempahan kuih raya segala bagai. T___T ntah ntah kat shopping mall sume dah sebok sale untuk raya. i betul tak??




dinner with encek suami. hehehe. 

Thursday, June 21, 2012

morning

saya nak meluah perasaan lah kononnye kat belog ni pasal satu bende. tapi asik type delete type delete all type type type delete all. hahahaha lepas tuh malas dah. biarlah simpan dalam hati nanti luahkan perasaan/pandangan/pendapat kat suami je. kehkehkeh.

rasenye ai ni memang tak berbakat nka tulis benda-benda serius kat belog ni lagi satu macam segan je nak bagi pendapat/pandangan/mengupas sesuatu isu. inferiority complex. dan sebab utama tak reti nka susun ayat bagi cantik haha. lagi suka cakap directly dengan org rapat2 pasal satu2 isu untuk dibincangkan eceh. 

dan tak semestinya org yang tak bercakap pasal satu2 isu hot pada masa itu dan tak tolong trending kan kat twitter/facebook die tak mengambil tahu pasal satu2 isu tuh. ye dok. 

harini cuti lagi. suami buat muke bila ai bgtw cuti harini. hohohoho. exam vascular nih masih misteri bila sebenarnya. so rasa bersalah perlu ke study vascular dengan serius dah atau masih boleh study bende lain. banyak sangat bende nka kene study untuk final ni. rasa nak nangissssssssssssss. T_______T orang lain especially yang cemerlang2 one dah siap dok buat mcq dah. gua masih lagi terkedek2 nak baca satu buku tuh. 


exam just around the corner. aaaaaaaaaaaaaaaaaa stress! 

p/s: pagi2 dah membebel kat belog, this is rare. so marilah studyyyyyyyyyyy. 

Tuesday, June 19, 2012

visible body

sekarang kan tengah surgery. so bila nak power surgery kene lah power anatomy. basic weh basic. tapi ntah hapa lah saya belajar masa anatomy dulu banyak benda macam tak pernah belajar. T____T

jadinya cuba lah cari anatomy book pdf ke hapa kan sebab malas nak bukak buku anatomy dolu-dolu. carik punya carik punya carik jumpa lah 3D Human Anatomy yang ohsem. sila rujuk gambar di bawah. and i loveeeeeee them. seronok bermain-main dengan benda nih. boleh pusing pusing 360 degree. boleh zoom in zoom out nak tengok kecik besar structure. boleh hilangkan or fade kan benda sekeliling. kalau heart tuh boleh nampak valve kat dalam sume. ohhhh i loike.

 
 
 

bende nih sume kene download content die tapi bukak kat browser. takde internet pon boleh je bukak. walaupun tak la perfect details sangat but it help me a lot! ;))


Sunday, June 17, 2012

buah hati


macamana la tak rindu si comel ni sorang sobs

Friday, June 15, 2012

bertarung dengan ketam


lihatlah ketam-ketam yang bergelimpangan itu. ade yang masih hidup iaitu yang paling besar dan paling ganazzzzz. dakt dapur tadi dah macam medan perang antara encik suami saya dan ketam. alhamdulillah, ketam besar ganaz dah siap jadi masak lomak cili api dah. hehe
 
eskrim kegemaran. nyumnyumnyummm. 

Thursday, June 14, 2012

photographic memory

assalamualaikum.

harini encik suami exam kat department nephro yang terkenal dengan kehorror-an nya itu. tapi suami saya tuh macam biasalah time exam tak exam rilek je. banyak kali
membebel
suruh baca buku tak jugak bukak2 buku tuh. saye yang lebih banyak bukak buku kot. tapi he knew his target for the day. baca xsampai 2 jam dah tutup buku.

malam sebelum exam semalam bersoal jawab dengan suami. beliau suh tanya benda dalam buku tuh. hampir 2 jam jugak la mengadap buku nephro dan kertas int med general examination tanya beliau macam2 tapi yang sangat kagumnye hampir semua bende beliau ingat. bila masa lah suami aku study ni?! cemerlang tak hengat. sampai ade certain part baru lah paham ohhh camtuh rupenye. camni rupenye. i dont like nephro that much. susah betol nak grab sume bende. T__T jeles sangat dengan orang yang ada photographic memory ni. senang sangat nka ingat. you can be one, just train yourself to be one! ;))

alhamdulillah bagus jugak encek suami exam kat nephro, banyak bende dah boleh paham dah. insyaAllah. hehe. beliau exam pukul 12 nanti. saya doakan beliau dapat dokter yang baik dan dipermudahkan segala urusan. amin.

oh harini saya cuti. hehehe esok cuti, sabtu cuti, ahad cuti. banyak sangat cuti nih. mana boleh berpoya-poya bersenang hati dah. kene baca buku. final nak dekat dah. doakan!!


 



Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday


Tuesday, June 12, 2012

Al-'A`rāf

 
And We divided them into twelve descendant tribes [as distinct] nations. And We inspired to Moses when his people implored him for water, "Strike with your staff the stone," and there gushed forth from it twelve springs. Every people knew its watering place. (7:160)


Sinai Explorer '10

Saturday, June 9, 2012

get busy

assalamualaikum...

kehidupan semakin busy lah kononnye. sedang menikmati minggu-minggu terakhir pembelajaran. fuhh. ade lagi 4 minggu untuk habis round surgery. sekarang dah masuk vascular, lepas tuh neurosurgery lepas tuh start lah exam study leaves exam bertimpa-timpa.

banyak sangat nka kene cover niiiiiiiii. aaa dah stress. tapi progress selow gila.

makin nak habis belajar makin berdebar-debar. bila dah habis belajar menandakan akan bermula kehidupan yang lebih scary. T___T semoga semuanya dipermudahkan.

ok nak study. later!

Friday, June 1, 2012

pictures


kimbap nyums

cantaloupe season. murah-murah. 

tauge + tauhu goreng kicap. hari sebelum tu dah masak tauge masak lemak putih sedap gilaaaa. dah lama dah teringin tauge tauhu ni. 

baby sarah. muka sebijik mak dia. hehe

baby widad melawat baby sarah. first time jugak jumpa widad. 

cucur udangss. 

berjalan-jalan tepi pantai depan rumah di petang jumaat. tujuan asal turun nak beli barang sebenanye.

ramai manusia bermandian di laut. it's summer time!

pure and fresh sugarcane juice. sedap gila betul tak tipu! 

Monday, May 21, 2012

plastikos

assalamualaikum....

lamenye melupakan belog ini hehe. biasalah wanita busy berkerjaya surirumah separuh masa, tak hengat dah belog-belog ni. lagi pula sebok dengan kelas lah hape bagai. eceh.

sekarang ni nak habis dah pon round plastic surgery. bila nak exam je baru nak updet belog. motip? nampak sangat takleh khusyuk nak bace buku. -__-

mencoret panjang-panjang bukanlah noure namanya. oleh itu marilah korang tengok gambar kat bawah ni xtvt sepanjang advanced course minggu lepas. walaupun beberapa ketul je pon gamba hahaha.  dah habis dah advanced course yeayyyyyyyy. dah berminggu-minggu hari jumaat tak cuti. sobs.

sekarang ini mesir sedang sibuk dengan pilihanraya presiden. harap segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada pertumpahan darah. aminnn. biarlah revolution ini berjaya sehingga ke akar umbi pokok pangkal daun buah dan segalanya.

dah tak sabar nak habis belajar. nak balik malaysia. oh rindu gila kampung halaman! few months left. tapi bila mengenangkan final exam rasa sangatttt scaryyyyyyy. T_____T
be strong be strong. 


belajar cucuk-cucuk orang. eh ni bukan orang ni patung. tapi ai dah cucuk tangan hasben ai 2 minggu lepas pastuh takmo bagi tangan sendri kene cucuk. hahaha ;p

lalu encek hasben pon pegi cari mangsa yang lain hehe
 
belajar menjahit-jahit. walaupun bayak sembang je lebih. dokter ajar simple suture saye dah advanced pergi buat segala macam jenis sutures. ;p

last gambar ni ialah my first suture on human being ever! semat kan. HAHAHA. ni sebenanye gamba 2 tahun lepas masa attachment. eh rasanya dah masukkan dalam belog lah!