Friday, March 30, 2012

travel

i'm travelling to Italy with my dear husband tomorrow! hihihi.
doakan perjalanan kami dipermudahkan. doakan kami selamat pergi dan selamat pulang.

holiday mode ;D

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday

nota dua tahun lalu.

Sunday, March 25, 2012

househusband

encek suami kan dah habis exam dan sekarang sedang bercuti. semalam balik dari kelas masuk rumah je terus WOW rajinnye suami kemas rumah basuh baju dan lain-lain. masak pon suami ai yang masak semalam. hihihi.


tapi harini balik rumah tengok collapsed je beliau. baru sehari jadi househusband terus tak sehat dah. hahaha.

int med dah habisssssssssss. study leave beberapa hari kemudian exam!!!! doakan saye dan rakan-rakan.

Thursday, March 22, 2012

exam mode activated.

dah habis semua sebelas department internal med!!! alhamdulillah. berjaya melalui dengan tabah. kagum dengan diri sendiri sebab ponteng sekali je sepanjang-panjang internal med nih itupun waktu pagi time GIT yang kompem2 pagi takpe pape dan harituh pula adalah hari examm. hehe.


next week exam. sabtu dan ahad masih ada lectures dan elective lepas tuh study leave. lepas tuh khamis exammmm!!!

encek suami dah habis dah exam harini. seronoklah beliau mula bercuti. jadi surarumah sepenuh masa la nampaknye. kihkihkih.

ok mari serius!


Monday, March 19, 2012

rajinlah..

kenapa semangat study tak banyak sangat. aaaaa banyak nka kene bace. stress dah. tapi progress lembapsss jugak!!!
cepatlah habis internal med nih. huks. tak sabar nka cuti yeayyy!!! tapi kena exam dulu. T___T
mediterranean from our balcony. ombak besar angin kuat gila sampai tak jadi nak jemur baju takut baju berterbangan di bawa angin laut.
pergi sekolah menaiki tramco. tram tak muncul-muncul lagi sampai sekarang. tramway tuh dah jadi perhiasan je dengan bunga-bunga spring.
depan university.
tangkap gamba sebijik. kikiki.

Saturday, March 17, 2012

last but not least

akhirnya dah kat department terakhir kat internal medicine nih. hoyeahhhh. gila tabah. seperti tajuk di atas, last but not least. chest department nih agak heavy la. fuh.


dah nak habis dah int. med. nih. next week exam. gulp. mcq and osce. scary pulak. lepas tuh cutiiii seminggu! yaahoooo. lepastuh kelas seminggu lepas tuh cuti balik seminggu. -___- cuti seminggu yang tiba2 je ade SR buat announcement tadi. banyak pulak la cuti mengejut tahun akhir nih.

btw, tram mogok kembali.motip nka mogok lelame pon tataw lah. haih.

ok nak study. bye!

Wednesday, March 14, 2012

gadis camera



lihat lah perubahan pada muka si cilik tuh. memang pantang kalau tau orang tangkap gambar die terus senyum lebar je tak kire tengah buat ape pon. haha comel sangat hokeh!


terkesan

excited no more.
:(

Monday, March 12, 2012

tram mogok : day 2

harini pakcik-pakcik taram masih mogok lagi. huwah. so pergi kelas terpaksa la naik teksi sensorang. sobs. encek suami dah pergi kelas awal, ai pegi kelas lambat sikit so padan muke kene naik teksi sensorang.
balik kelas menuju ke tepi laut nak naik tramco, tapi ramai gila lah orang. so saya dan rakan decide berjalan lah kaki balik.
singgah kedai jus buah-buahan lalu membeli lah fruits cocktail yang sodap gileee memang fevret. hehe.

sebentar tadi mendapat berita dari rakan tram dah berfungsi seperti selalu tetapiiiiii harga dah naik woh. lima kupang dah sekarang. selepas hampir enam tahun, naik jugak tambang tram nih. oh selama nih tambang DUA PULUH LIMA SEN SAHAJA. mana nak dapat oi tambang murah camtuh boleh naik dari stesen hujung ke hujung. lime posen pon boleh la consider murah lagi. tapiiii bila dah biasa rubuk(25sen) je bayau terasa mahal pulak. huks.

ok nak goreng tempe and dinner! hihi bye


Sunday, March 11, 2012

tram mogok

tak paham motip tram nak mogok sepanjang hari. susah weh bila tram takde. kene naik teksi, kene naik tramco, kene melalui jalan yang jam kat pantai tuh. tadi sepanjang-panjang jalan orang dok sebok nka tahan tramco. penuh senantiasa. nasib baik la senang jugak nka dapat tramco tadi. alhamdulillah.


pakcik tram sekalian. esok plis la bekerja seperti biasa okeh. saya nka pegi sekolah esok!

pening dengan segala electrolytes dan tugas mereka dalam badan. dari dulu serabut. adeh. ok bubai!

Thursday, March 8, 2012

mother's day promotion

seronoknye lah kalau ada orang hadiahkan bende nih satu set. berangan je lah. haha.

Wednesday, March 7, 2012

Gp7 day out

semalam bergembira bersama groupmates. bab makan memang sumorang nombor satu je. haha. lepas kelas terus lari ke care4 melepak di Fuddruckers lepas tuh bersoping-moping kemudian melepak costa pula. walaupun hari-hari jumpe citer tetap tak habis-habis. hari yang penat tapi seronok!
ci divertiamo!

Monday, March 5, 2012

nephrology

bam bam bam bam bam. si comel ku sayang. maklang rendu bangat.

time nih semangat nak bubuh bedak kat muke mak lang. hahaha.

rindu classic nachos chilis. LAPAR pula di tengah malam ini. huwargh.

Buonanotte!

Friday, March 2, 2012

Ciao, come stai?

angin ribut yang mengganas dari semalam. dasat gila lah angin. tadi lepas encik suami solat jumaat ke pasar lah kami membeli bahan basah yang sudah habis.

rabbits kat pasar. comel sangat kan. tak lari pon dorang nih. bersedia je untuk disembelih dan dimakan. oh tak sampai hati betul.

balik pasar lalu kat kedai pakcik Tibas lalu membelilah fatirah chokolatah. (read: lebih kurang roti canai tapi dalam die ada custard sikit dan atas dia lihat lah sendiri coklat cair dan badam tabur yang yummy gilaaaaa) memang stupendo wa cakap luuuu. berebut2 dengan suami nka bahagian tengah yang paling banyak coklat dan paling banyak badam tuh. haha

ni opkos lah encik suami. kihkih. kalau khusyuk tak bergerak tak bersuara macam tuh kompemmmmm la tengah dok main FIFA die tuh. isk.

esok masuk nephro pulak. perghhhh dengar dari grup2 sebelum nih macam scary je. kene study hard nih. eceh. later!

fair and square

matang lah sikit wei. belajar la berlapang dada sikit. takleh tengok orang lain lebih sikit, takleh nka susah sikit. aiyo. bersyukurlah dengan apa yag ada.


tukar mentaliti pleaseee. sampai bile nka maju camtuh weh.

bye!