Monday, April 30, 2012

i'm a big big girl

 
 
 
 
anak sedara ai sorang nih dah besar sangat dah. almost 2 years now. ;)
hari-hari pon rinduuuu.
jumpa maklang die kat laptop je. kang jumpe maklang yang sebenar ntah kenal ntah tidak kan.

last week skype buruk gila. this week skype terang gila. puas hati! dibah, nampaknya dell alip lagi cantik dari macbook. nih takleh jadi nih. hahah.

end round exam paeds surgery hari rabu. hari selasa cuti, rabu exam, khamis jumaat cuti. too much of the holiday. bersyukurlah. hihi.

later!

Friday, April 27, 2012

bambambam

 
gambaq untuk buku grad. serius tembam bam bam. T__T
tarikh grad dah tau dah.
13 October 2012.
;))

kene belajar sungguh-sungguh untuk lepas final sem nih kemudian boleh la grad dengan gembiranyaaaaaa.
doakan kami ye kawan-kawan. ;))

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday

 
adding to the collections ;)

Tuesday, April 24, 2012

planetarium

girls day out lagi lepas kelas. kalini kami ke planetarium bibliotheca alexandrina pula.
seronokkkk. serius rasa macam di awang-awangan. sampai rase nak terjatuh siap hold tangan kat kerusia padahal diri statik tak bergerak lansung. semangat sampai dongak2 ke langit nak tengok benda kat atas tuh. lepas ni nak tengok Cosmic Voyage pulak! membe cakap tuh lagi rase pening macam nak pengsan. hahaha
kemudian, apa lagi ke Cinnabon kita segera. nih yang paling semangat semua orang. haha
caramel pecanbon. i'm sharing with mira. lepas makan pening terus sebab serius manis gila, i knew it tho.
semua orang memang mantoppp. serius gua kagum dorang boleh habiskan satu tuh.

Saturday, April 21, 2012

kisah di Florence

begini kisahnya, kan dah booking hostel segala bagai seblum travel kan. bila sampai kat Florence dengan takde map hanya berpandukan written direction yang di print out seblum travel memang gigih kami mencari hostel tuh. terlupa nka cek map seblum bertolak. tengok hostel map untuk rome je. -__-


dengan berpandukan map buruk yang terpacak tepi jalan kami pun berusaha mencari kedudukan sebenar hostel kami tuh. setelah berhempas pulas menyimpang jauh dari jalan sebenar akhirnya kami sampai juga ke hostel yang tingkat tinggi jugak lah. sampai kat hostel tuh nampak macam horror je. dah la ramai je orang dengan orang tengah baiki toilet ke ape ntah. then bila jumpa orang yang menguruskan hostel tuh, bila di cek booking kami tiadaaaaa. say what??

hmm hmm hmmmmmmmm. orang tuh cakap maybe hostelbookers tak emel lagi booking tuh. so ornag tuh bagi pilihan tunggu petang sikit untuk sediakan tempat kitorang or pergi cari hostel lain. so we decided to find new hostel berhampiran. orang tuh cakap ada beberapa hostel dekat je dengan hostel tuh.

so perjalanan mencari hostel bermula. tapi bila jalan tak nampak pulak rupe hostel. sebab biasanya hostel takde signboard besar macam hotel tuh kan. bila dah macam tak berjaya nka carik hostel kami pon decide masuk je lah hotel banyak-banyak sepanjang jalan nih tanya price kalau rasa ok amik terus. dah la dengan tarik beg ke hulu ke hilir bising gila. jalan kat florence dah la brick besar yang tak berapa nak rata. seksa jugak la nak tarik beg tuh.

few hotel yang kitorang tanya ada yang mahal gila, ada pulak yang dah full lah ape lah. so akhirnya berjaya jugak jumpa hotel satu bintang yang affordable!! alhamdulillah. ;)))

hotel yang sangat comel!
free map yang cantik dan nampak mahal gitew. ;p
bila malam layan commentator barca-acmilan game. bukan tengok bola ye, tengok commentator je dalam bahasa italy. encek suami pernah cerita pasal commentator ni yang semangat gila bila game milan. serius memang semangat nampak sangat memang kipas-susah-mati gila gila ac milan. sadly, ac milan kalah malam tuh. ada orang sedih ;p

Friday, April 20, 2012

goodbye holiday

cuti seminggu sudah sampai ke penghujungnya. lepas nih takdop dah cuti panjang2 macam ni sampaiiiii la habis belajar. 4 months to go! 3 bulan lagi untuk surgery, lepas tuh exam finale, lepas tuh pre-internship 3weeks lepas tuh baru lah betul-betul habis isitu 2 hari sebelum raya!


so raya pertama kali sebagai isteri di mesir sahaja lah. tak payah nak bertekak berebut balik kampung raya first. heheh. itu kita boleh start taun depan. ;p

cuti seminggu ni takde la buat apape pon. berehat dan berehat dan berehat sahaja. sehari je tri ke fayoum haritu lepas tuh sambung berehat berehat berehat. compensate cuti seminggu yang penuh dengan berjalan kaki.

nak bercerita pasal italy kat belog tapi punyalah malas busy. hehe lagipula sape je la yang bukak belog ni kan. kikiki. petang ni ada advance course so dah start lah kelas unofficially harini. tapi bila tengok jadual untuk paeds surgery pon takdelah busy. surgery ni memang la tak berapa nka busy, alhamdulillah. so boleh lah gunakan masa ini dengan mencover segala benda internal med dan juga surgery. TAK BOLEH NKA MAIN-MAIN DAH!!!!

campo di fiori, roma.
later!

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday

best gelato in Venice! nyumss

Tuesday, April 17, 2012

day trip to Fayoum

wheat field
sunflower field ;)))
Qarun lake.
watermill
Qarun Palace. 3 tingkat telah ditelan bumi yang tinggal hanyalah 2 tingkat atas je.

al-Qasas ayat 76-82
Malay
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
Malay
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
Malay
Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
Malay
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik".
Malay
Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar".
Malay
Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.
Malay
Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"

Saturday, April 14, 2012

My Mr. Map Man

sepanjang-panjang trip ke italy encik suami lah yang bertanggungjawab melihat peta dan arah perjalanan setiap tempat. saya follow je lah. trust your husband! hiks. so encik suami yang bagi arahan kite pusing sini, pusing kanan, pusing kiri, amik jalan nih, amik jalan tuh. saya tengok peta setakat tengok je la dan tengok tempat2 mana lagi yang nka pergi. kekeke.
tapi kalau encik suami dah takleh nak baca map, takleh nak taw kat mane kami berada sekarang dalam map, so saya akan ikut gerak hati je. hahahah.
alhamdulillah, perjalanan tak sesat pun. sampai je destinasi walaupun kekadang menyimpang jugak dari jalan sebenar. hehe

dream comes true

The Leaning Tower of Pisa.
salah satu tempat impian. hihik. encik suami cakap bila sampai sini je terus muke excited melampau. serius memang excited. solid reason to go to Italy. maka kalau pi italy tak sampai sini by my definition memang tak cukup italy le tuh. hehe

italiano trip akan diupdate lagi. tunggu kerajinan. kekeke. gambaq dah upload kat facebook. so tak banyak la gambaq akan diupload kat belog nih kot.


Friday, April 13, 2012

rainbow


God never promise us a good life on earth;
but He gave the assurance that there will always
be a rainbow after the rain. ;)



otw to Milan from Venice.