Saturday, April 21, 2012

kisah di Florence

begini kisahnya, kan dah booking hostel segala bagai seblum travel kan. bila sampai kat Florence dengan takde map hanya berpandukan written direction yang di print out seblum travel memang gigih kami mencari hostel tuh. terlupa nka cek map seblum bertolak. tengok hostel map untuk rome je. -__-


dengan berpandukan map buruk yang terpacak tepi jalan kami pun berusaha mencari kedudukan sebenar hostel kami tuh. setelah berhempas pulas menyimpang jauh dari jalan sebenar akhirnya kami sampai juga ke hostel yang tingkat tinggi jugak lah. sampai kat hostel tuh nampak macam horror je. dah la ramai je orang dengan orang tengah baiki toilet ke ape ntah. then bila jumpa orang yang menguruskan hostel tuh, bila di cek booking kami tiadaaaaa. say what??

hmm hmm hmmmmmmmm. orang tuh cakap maybe hostelbookers tak emel lagi booking tuh. so ornag tuh bagi pilihan tunggu petang sikit untuk sediakan tempat kitorang or pergi cari hostel lain. so we decided to find new hostel berhampiran. orang tuh cakap ada beberapa hostel dekat je dengan hostel tuh.

so perjalanan mencari hostel bermula. tapi bila jalan tak nampak pulak rupe hostel. sebab biasanya hostel takde signboard besar macam hotel tuh kan. bila dah macam tak berjaya nka carik hostel kami pon decide masuk je lah hotel banyak-banyak sepanjang jalan nih tanya price kalau rasa ok amik terus. dah la dengan tarik beg ke hulu ke hilir bising gila. jalan kat florence dah la brick besar yang tak berapa nak rata. seksa jugak la nak tarik beg tuh.

few hotel yang kitorang tanya ada yang mahal gila, ada pulak yang dah full lah ape lah. so akhirnya berjaya jugak jumpa hotel satu bintang yang affordable!! alhamdulillah. ;)))

hotel yang sangat comel!
free map yang cantik dan nampak mahal gitew. ;p
bila malam layan commentator barca-acmilan game. bukan tengok bola ye, tengok commentator je dalam bahasa italy. encek suami pernah cerita pasal commentator ni yang semangat gila bila game milan. serius memang semangat nampak sangat memang kipas-susah-mati gila gila ac milan. sadly, ac milan kalah malam tuh. ada orang sedih ;p

2 penyebok:

Fathiah Farid said...

ala tomeinye bilik hotel tuu :)

noure said...

comel sangat. rase nak duduk je kat bilik sepanjang hari. hehe