Monday, August 20, 2012

salam aidilfitri


Eid Mubarak dari suami dan saya di rantauan. maaf salah silap terkasar bahasa tersinggung kata.
our first eid together, our last eid in Egypt, insyaAllah. ;)

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday

 
selamat berangkat pulang ke Malaysia!

Saturday, August 11, 2012

tees

 
ohhooo 

Thursday, August 9, 2012

Critical Care Unit

being in CCU is depressing. hari-hari patients arrest. kena buat CPR lama-lama, if the patient come back, well and good. alhamdulillah. but sadly most patient dont. tak pon arrest, come back for some time, then arrest again. and never come back. sedih kannnn. sobs.

semalam shift malam. baru je sampai sorang patient post-arrest. nampak doktor buat DC pastu patient macam okay dah. not really okay lah, at least she come back from arrest and need close monitoring. sedang follow sorang doktor nih untuk tukar ETT tetiba bila dokter check no pulse detected. so apa lagi, resuscitation begin. tiba-tiba selang satu katil nampak dokor pon start buat CPR jugak. oh my, 2 patients arrest at the same time. pengsan lahhhhh nak buat CPR. tak menang tangan lah mereka.

serius memang tak cukup orang untuk buat CPR, lalu doktor suruh kitorang standby pakai glove apa sume. then bila doktor2 dah penat sampai lah turn kitorang. first time buat CPR kat patient sebenar. i felt the responsibility of a doctor inside me. to do all my best to save the patient. tapi penat melampau-lampau tahu nak buat CPR tuh. sampai panjat katil untuk buat CPR. nasib la manusia pendek ;p bila dah nak dekat setengah jam jugak kot, still no pulse detected, flat ECG so CPR is stopped. both patient died. ;(

lepas tuh kami follow doktor yang case first tadi, memang nampak critical. doktor duduk sebelah patient je untuk monitor patient. tak sedar doktor buat ape, tiba-tiba doktor start buat CPR. panggil semua doktor lelaki untuk buat CPR. doktor suruh kitorang standby jugak, tapi sebab dah ramai sangat dok buat CPR bersilih ganti kami tak berpeluang la nak buat dah. and the patient never come back. sedih sangat bila doktor bagitau family members yang patient tak dapat diselamatkan. ;( untuk patient last ni memang ramai family members datang tengok, yang perempuan dah meraung-raung kat luar. yang lelaki pulak tersedu-sedan menangis bila tengok patient tuh. serius sedih. ;'(

kat CCU ni bile review case mostly alleged intake of unknown substance. macam-macam dorang ambik. pelik gila banyak sangat case drug toxicity time sekarang ni awat ntah. tak pon RTA (road traffic accident) patah sana sini tapi tak la sebanyak drug toxicity tuh.

malam ni last day kat CCU. tak sabar nak habis! dah la duduk CCU yang macam sauna. panas dia memang tak terkata. memang terbakar segala lemak-lemak kalau duduk sepanjang hari. suami ai duduk CCU ekon. #untungla. tapi kat CCU 1 nih macam lagi best sebab banyak case fresh dan menarik. hehe

later!



Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday

 
 
 
 
rindu makanan malaysia yang best-best tuh huwah! ;(

Friday, August 3, 2012

used to

terbaca balik entry belog tahun 2008, tak sangka pulak rajin gila aku bercerita itu ini dalam belog. hahaha.  biasa lah kanak-anak tak matang suke merepek meraban entah hapape.

nak compare sekarang ni mungkin diriku sedar diriku semakin dewasa. ecewah. lalu nak merepek meraban tak tentu hala pon segan. hehe. lagi bila dah berlaki ni makin busy la nak mengadap laki bila kat rumah hihihi. lepas tuh pulak kang kalau merepek ntah hapape dalam belog nanti ada stalker ai baca belog ai kuat-kuat saje nak bagi ai dengar. cis.

kira ok lah kan walaupun kekadang upload gamba seketul dua dalam belog cakap sepatah dua ai updet jugak kan untuk tatapan kakak kakak kesayangan di malaysia yang rindukan adik mereka nan jauh ini kikiki.

opkos la banyak entry berkisar kehidupan sebagai pelajar perubatan. emo sana sini malas sana sini. asal rasa pre-clinical dulu macam teruk gila je ponteng kelas sana sini. ish ish ish. alhamdulillah selepas dah masuk clinical year mungkin seronok belajar so dah takde dalam otak nak ponteng je. same goes to my hubby. dulu die ponteng seminggu kelas pon orang tak sedar tak kisah dah, sejak masuk clinical year mana datang keinsafan dalam diri tak penah ponteng dah. tapi bila time clinical rugi gila rasa kalau ponteng. itu sebab utama tak ponteng kot. dan sangat lah tak faham manusia-manusia yang sukaaaaaaa sangat tak pergi kelas. ye, tau la dah hebat boleh belajar sendiri dari buku, tapi sedarkah mereka medicine is not exactly like textbook. anything can happen in medicine. so mana nak dapat info-info yang takdop dari buku tuh opkos la dari lecturer2 dokter2 yang tak pernah jemu mengajar berdasarkan pengalaman-pengalam mereka in medicine. setiap patient itu berbeza tahu. eh ni apesal ntah sekarang baru nak membebel padahal belajar habis dah insyaAllah. hehe.

kehidupan pre-intern nampak je gah dengan shift2 tuh kan. memang lah ade tapi sekejap je pon 2-3jam dah boleh balik dah. hehehe. tapi next week CCU. oh memang kene bersedia lah bermalam kat spital segala bagai.

sudah separuh Ramadhan dah. alhamdulillah. masih diberi peluang untuk terus menikmati Ramadhan. peringatan unutk diri sendiri harap dapat terus mengisi Ramadhan ini to the max! semalam rasa sayu pulak bila fikir ramadhan dah nak dekat ke penghujung walaupun masih ada separuh lagi. serius Ramadhan kat mesir ni sangat seronok. kemeriahan yang sangat dirasai. lets live our Ramadhan to the fullest! ;))


pizza mushroom + sausages. disaluti sausages at 2 sides. 
kerajinan entah dari mana selepas didesak suami pon ada jugak untuk buat pizza at 12am. walaupun pizza simple je hehe. makan dengan spicy chicken wings yang memang perap dari petang tak jadi bakar sebab blackout. dahh tak payah dah pizza hut lepas ni. bila summer nih doh pizza mengembang berganda-gandaaaaa. gebu gila pizza ai tahuuu. hihik.